Rate

BAB 226

Romance Series 197165

Tengku Qistina sakit hati apabila Tengku Harith Zaqwan menolak pelawaannya untuk makan malam.

"Kenapa ni akak? Nampak macam orang sakit hati aje.." Soal Tengku Delisha.

"Harith tak nak dinner dengan akak. Dia tu alasan bagi tahu tak!"

"Tak nak?"

"Yelah, tu yang akak sakit hati!" Marah Tengku Qistina.

"Confirm sekarang ni dia ada dengan perempuan lain. Tapi sebenarnya dah berapa kali dia tolak pelawaan akak dinner ni?" Soal Tengku Delisha yang sedang menikmati jus oren.

"Dah dua tiga kali.."

"Dinner?"

"Yup!"

"Delisha rasa akak kena pantau Abang Harith tu. Mana tahu dia tipu, cakap busylah apa, sedangkan belakang akak dia keluar dengan perempuan lain. Kalau dia dah sangkut dengan perempuan lain, mimpi akak untuk menikmati setiap harta dia takkan jadi realiti.."

Tengku Delisha sudah bijak dalam membangkitkan rasa kurang senangnya terhadap Tengku Harith Zaqwan.

"Akak takkan benarkan!"

"So, you nak buat apa sekarang ni akak?"

"Sesiapa pun yang mendekati Harith, dia harus mati!" Keras Tengku Qistina menyuarakannya.

"Akak tak takut masuk penjara ke?"

"Akak tak takut pada sesiapa, lagipun akak tetap akan capai tujuan asal untuk merebut harta Harith," nekad sungguh Tengku Qistina.

"Wait! Macam mana dengan saingan akak Tengku Arissya tu?"

"Sedang menuju kematian," balas Tengku Qistina tersengih. Kemudiannya tergelak, Tengku Delisha juga turut sama tersengih. Dia tidak kisah jika Tengku Arissya mati, setidaknya dia dapat membuat hidup Tengku Elvia menderita kerana kehilangan seorang kakak.

Selesai bercakap dengan adiknya Tengku Delisha, Tengku Qistina menelefon Tengku Harith Zaqwan lagi berulangkali. Dia tetap mahu mengajak lelaki itu keluar makan malam bersamanya.

"Tuan macam mana kita nak fokus kalau dari tadi perempuan iblis tu call," ucap Sharleez. Dia sedikit terganggu dengan bunyi ringtone milik tuannya.

Tengku Harith Zaqwan menekan butang 'off' di telefonnya.

"Aku nak kau pantau siapa dua orang lelaki yang selalu follow Tengku Arissya tu.."

"Baik, aku akan hantar secara details. Tapi tuan aku syak dia orang upahan Tengku Qistina, dari segi cara dia memerhati gerak-geri Tengku Arissya seperti dia mahu melakukan sesuatu.."

"Aku tidak akan benarkan!" Bentak Tengku Harith Zaqwan kasar sambil menumbuk meja di hadapannya. Terkedu Sharleez dibuatnya.

"Tuan sabar, Tengku Arissya akan selamat. Aku tidak akan benarkan sesiapa pun menyentuh walau sehelai bulu romanya.."

"Good, kau kena buktikan.."

"Mulai esok kau kena pantau Tengku Arissya lebih teliti lagi, jika perlu kau mahu aku mengupah orang lain lagi?"

"Aku saja sudah cukup untuk handle tuan," balas Sharleez. Dia berjanji pada dirinya sendiri, dia akan menjaga kesayangan tuannya dengan sebaik mungkin.

"Aishh laaa.. aku tengah angaulah Qi, teringat kat perempuan tu. Aku rasa kita kena cepat culik dia.." ucap Roy pada kawannya.

Qi tergelak, "Gilaaa arrrr... Kau ni kalau bab perempuan laju aje aku tengok.."

"Eh, perempuan kali ni cunlah. Lain ni, tu yang aku gelojoh weyyy.." balas Roy yang sudah tergila-gilakan Tengku Arissya.

"Sabar bro. Kau ingat senang ke nak culik anak Datuk Mustaqim? Silap hari bulan meringkuk dalam penjara kalau salah planning.."

"Aku tak takutlah, relaku harungi demi perempuan tu. Asalkan aku dapat dia. Aku nak dia, Qi!"

"Kau ni memang bernafsu iblislah!" Ucap Qi tergelak besar. Roy tersengih, dia mengakuinya. Dia memang kaki perempuan. Bentuk tubuh fizikalnya yang sasa digunakan untuk memerangkap perempuan selama ini.

Tengku Arissya sudah menjadi kesukaannya, jadi dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya, dengan apa cara sekalipun.

"Jangan risau bro. Esok kita akan pantau dia lagi, kalau ada peluang kita terus aje culik dia.." balas Qi ingin meneruskan tugasannya esok.

"Bagus, kau kena tolong aku dapatkan perempuan tu. Kalau aku dah selesai dengan dia, aku akan bunuh dia!"

"Kau yakin nak bunuh dia?"

"Kenapa tidak?"

"Bukan ke kau tergila-gilakan perempuan tu?"

"Gila nafsu, bukan cinta!"

Qi tergelak lagi, kawannya memang tak guna. Semua perempuan cantik dia nak. Dasar buaya! Buaya darat yang paling ganas...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience