Rate

BAB 70

Romance Series 197165

Dua minggu kemudian..

Tengku Harith Zaqwan sudah mengetahui siapa sebenarnya Aakif Aryanz, Darius dan Zulfiqar. Gaya hidup mereka bertiga sangat teruk. Pernah Tengku Harith Zaqwan diajak untuk ke rumah mereka pada malam itu.

Semua yang dilihatnya membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergamam. Cara hidup barat yang diamalkan di situ rupanya. Bunyi lagu disko kuat yang membingitkan telinga, ada dua tiga orang perempuan berbangsa lain di situ dijemputnya juga berparti, mereka berjoget tarian sumbang tak mengenal siang dan malam. Minum minuman syaitan yang memabukkan. Terlanjur terhanyut dibuai kenikmatan yang sementara. Allahu.. terlalu jahil cara hidup mereka. Semua itu membuatkan Tengku Harith Zaqwan berasa sangat sedih. Di mana hilangnya Allah dalam hati mereka sehingga sanggup berbuat dosa sedahsyat itu. Barangkali mereka mengira bahawa Allah hanya berada di tempat tertentu sahaja, sedangkan Allah berada di mana-mana. Sesungguhnya Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Tengku Arissya tidak pernah tahu siapa Aakif Aryanz. Kalaulah dia tahu siapa sebenarnya lelaki itu sudah tentu dia tidak akan sesekali mendekati racun. Segalanya sudah dia lihat, kini masanya Tengku Harith Zaqwan perlahan-lahan bertindak. Bertindak untuk melindungi Tengku Arissya. Dia tidak mahu orang yang dia sayang di aniayai lelaki itu. Lelaki yang tidak mempunyai harga diri. Lelaki yang sanggup mempermainkan cinta dan hati seorang perempuan.

Tengku Arissya rancak sedang bersembang dengan Tengku Elvia menerusi telefon. Sudah lama dia tidak menelefon adiknya.

"Akak ni betul-betul dah lupakan Elvia. Jarang call sekarang ni," ucap Tengku Elvia diiringi gelak tawa Tengku Arissya. Dia tahu adiknya merajuk.

"Mana ada akak lupakan Elvia. Akak cuma busy sikit. Hari tu musim budak exam kat sini," balas Tengku Arissya.

"Yeke busy sebab tu? Atau akak busy dating tak.."

"Apa yang Elvia merepek ni.."

"Akak busy dengan lelaki yang nama Aryanz tu kan?"

"Eh, jap! Akak suka dia ke?" Sambungnya.

"Elvia akak dengan dia cuma kawan biasa je, tak lebih dari tu.." balas Tengku Arissya.

"Tapi setahu Elvia akak jarang rapat dengan mana-mana lelaki, tapi dengan Aryanz ni nampak lain sikit. Mengaku ajelah yang akak sukakan dia," Tengku Elvia sekadar ingin menguji sejauhmana perasaan kakaknya pada lelaki itu.

Kedengaran Tengku Arissya mengeluh kecil, "Okay akak akui yang dia baik. Dia suka ambil berat pasal akak. Kami pun memang selalu keluar time petang jalan-jalan kat Menara Eiffel. Puas hati?"

Tengku Arissya mengakui rasa senangnya dia dengan lelaki itu, tapi soal perasaannya pada lelaki itu dia tidak pasti.

"Tak kisahlah akak suka dia ke tak, dia baik ke tidak.. tapi Elvia tak suka kakak rapat dengan lelaki yang akak tak kenal hati budi dia macam mana," tegas Tengku Elvia.

"Elvia tak baik buruk sangka dengan Aryanz. Dia baik, percayalah.."

"Kebaikan tu boleh dilakonkan akak. Jangan disebabkan kebaikan tu akak jatuh cinta pada dia. Elvia cuma tak nak akak tersalah pilih," balas Tengku Elvia.

Tengku Arissya tergelak kecil, "Dah tu Elvia nak akak kahwin balik dengan Harith? Bukan ke dia pun pilihan yang salah dalam hidup akak!"

"Akak banyak tak tahu. Masalah akak satu je, tak nak bagi peluang pada Abang Harith tu jelaskan kebenaran.."

"Kebenaran apa lagi? Semuanya dah berakhir Elvia. Dah tak ada apa yang tinggal. Semua dah hancur!" Balas Tengku Arissya geram.

"Retak manapun hubungan akak dengan Abang Harith, tapi setidaknya akak tahu hati budi dia.. baik buruk dia, jika nak dibandingkan dengan lelaki yang nama Aryanz tu," balas Tengku Elvia.

"Elvia ni suka sangat buruk sangka. Cuba bertenang. Akak dengan dia tak ada apa-apa pun. So, tak payahlah risau ya," pujuk Tengku Arissya kembali berlembut dengan adiknya.

"Betul ke apa yang akak cakapkan ni?"

"Betul, kami cuma berkawan. Tak ada pun hubungan istimewa," balas Tengku Arissya. Lega hati Tengku Elvia mendengarnya.

Selesai bercakap dengan Tengku Arissya, Tengku Elvia duduk dibirai katilnya. Hatinya risau memikirkan kakak kesayangannya.

Biasanya dia jarang tak sukakan seseorang, tapi kali ini aneh. Dia rasa tak sedap hati bila dia tahu kakaknya mengenali lelaki itu. Firasatnya kuat menyatakan lelaki itu ada niat yang tidak baik terhadap kakaknya.

'Eh, Abang Harith mesti tahu pasal akak ni. Kenapalah aku boleh lupa nak tanya, lebih baik aku tanya Abang Harith ajelah,' desis hati Tengku Elvia. Dia segera menelefon Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience