Rate

BAB 265

Romance Series 197165

Airel Azumi banyak menghabiskan masanya di hospital sejak Tengku Arissya sakit. Dialah yang menemani Tengku Arissya sekiranya Tengku Elvia sibuk menguruskan kerjanya. Datuk Mustaqim juga agak sibuk, namun begitu dia tetap melawat anaknya, cuma jika ada urusan penting soal bisnes dia terpaksa menyerahkan tugas itu pada Dafiya dan Puan Ros. Masuk hari ini sudah tiga hari Tengku Arissya terlantar di atas katil hospital. Namun, keadaannya masih dalam pemantauan doktor. Bahagian kepalanya akan di scan nanti, untuk melihat perkembangan tahap kesihatannya yang seterusnya.

Tengku Harith Zaqwan sudah ada di Malaysia, sepanjang tiga hari Tengku Arissya di hospital dia masih belum melawat kesayangannya. Masih tidak ada peluang itu. Ramai orang terdekat masih melawat Tengku Arissya, jadi dia sedang menunggu khabar daripada Sharleez.

"You nak minum tak?" Soal Airel Azumi pada Tengku Arissya.

"Biarlah dulu," jawab Tengku Arissya ringkas.

"So, macam mana keadaan you hari ni? You rasa apa? Sakit lagi tak Arissya?" Soal Airel Azumi. Tengku Arissya senyum.

"I okay aje, cuma sakit kepala sikit..."

"I harap you cepat sembuh," balas Airel Azumi.

"Insya-Allah. Hm, you tak ada kerja ke datang sini temankan I?"

"Taklah, I minta orang kepercayaan I handle..."

"Laa.. kenapa tak handle sendiri? I tak nak sebab I you ada problem dengan syarikat.."

"Don't worry Arissya, semuanya okay. Lagipun you lagi penting dari kerja.. I nak selalu ada dengan you kat sini.."

"Tapi I..."

"Arissya please, I nak jaga you kat sini. Sebab tu I minta izin dengan papa you..."

"Tapi I tak nak susahkan you, I ni bukannya isteri you. Sampaikan you nak duduk sini temankan I dua puluh empat jam..."

"Okay, kalau macam tu apa kata you jadi isteri I. Nak tak?" Terus dilamarnya Tengku Arissya. Terkedu gadis itu.

"Apa you cakap ni?"

"I cakap benda yang betul, kalau kita kahwin I boleh temankan you kat sini selaluq..."

"Jangan nak mengarutlah, you pun tahu kan I ni siapa..."

"Maksud you?"

"I ni pernah berkahwin tahu tak.."

Airel Azumi tergelak kecil, "So, apa masalahnya Arissya.q You dah pernah kahwin, dan kahwin sekali lagi tak salah kan?"

"Memanglah tapi I..."

"Okay-okay, kita tak payah cakap pasal ni lagi. Sorry buat you stress.. I tak sepatutnya cakap macam ni dengan you..." Balas Airel Azumi mengubah topik perbualan. Tengku Arissya hanya diam seribu bahasa.

'Rel ni suka aku ke? Kenapa dia cakap macam tu ya? Tapi dia macam okay juga, selalu baik dengan aku... Kalau betul dia sukakan aku, apa salahnya aku balas rasa suka dia tu. Aku ni muda lagi, boleh kahwin aje dengan lelaki yang ikhlas nakkan aku...' desis hati Tengku Arissya. Mungkinkah hati itu sudah terpaut pada sifat lelaki yang bernama Airel Azumi? Atau sekadar kata dia mengungkapkannya.

Sungguh, tiada yang dapat memahami hati seketul Tengku Arissya.

Malam itu Sharleez menemui Tengku Harith Zaqwan di rumahnya...

"Macam mana perkembangan Tengku Arissya?"

"Masih menunggu tarikh yang doktor bagi untuk scan bahagian kepalanya nanti..."

"Apa kemungkinan yang doktor katakan?"

"Takut berlaku darah beku dibahagian otak akibat hentakan kuat..." Balas Sharleez, jelas kedengaran keluhan berat daripada lelaki itu.

"Tapi tuan jangan risau, kalau dilihat pada keadaan Arissya dia nampak okay..."

"Okay pada kasat mata, tapi disebalik tu kena ambil serius bila melibatkan otak ni. Bahaya.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, baik... tuan jangan risau. Aku akan lakukan segala apa yang tuan mahukan..."

"Bila aku boleh melawat Arissya?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Esok aku akan maklumkan pada tuan.." balas Sharleez.

"Sayang kenapa bad mood ni? Muka tu dah macam buah mangga putik," soal Tengku Emir Danish.

"Sakit hatilah abang, sibuk je anak Datuk Iqbal tu asyik nak temankan akak kat hospital. Dah macam isteri dia pula..."

"Okaylah tu, diaorang saling nak kenal hati budi..."

"Abang ni...."

Tengku Emir Danish tergelak, "Okaylah, kenapa sayang ni? Tak suka kalau Kak Arissya dengan Airel tu ke?"

"Tak suka..."

"But why sayang?"

"Sebab ada kisah tersendiri pasal Airel tu. Abang nak dengar tak satu cerita ni?"

"Okay sayang cerita kat abang, tapi ada syaratnya. Peluk abang sambil bercerita..." Usik Tengku Emir Danish.

"Abang ni gatallah!" Balas Tengku Elvia yang membuatkan Tengku Emir Danish tergelak mengekek.

"Nak peluk ke tak?"

"Okay peluk ni..."

"Dengarlah Elvia nak cerita ni, abang..." Renggek Tengku Elvia.

Perempuan begitulah sifatnya, selalu mahu di dengari. Dalam tengah marah pun ada terselit manjanya. Indah makhluk ciptaan-Nya. Ada ketegasan tapi penuh dengan kelembutan. Tengku Elvia bernasib baik memiliki seorang suami yang baik, penyayang. Jika tidak malanglah dia.

Benar kata Prof Muhaya, seorang isteri yang malang adalah yang tersalah memilih suami. Kerana suami adalah acuan bagi isterinya, jika acuannya rosak. Maka, rosaklah semua.
"Okay cerita kat abang sayang..." Balas Tengku Emir Danish setia mendengar cerita mengenai Airel Azumi.

"Abang tak sangka..." Ucap Tengku Emir Danish beberapa minit kemudian.

"Haaa tulah, habislah kalau Abang Harith jumpa dengan Airel tu.."

"Tapi selagi Harith kat luar negara tu, tak ada apa yang akan jadi sayang..."

"Tapi sampai bila Abang Harith nak jauh dari akak?"

"Sampai Allah berkata, mereka ditakdirkan untuk bersama. Jika tidak, abang mohon sayang jangan lagi berharap..."

"Tapi Elvia..."

"Tak ada tapi-tapi lagi sayang, terimalah kenyataan tu walaupun ia pahit suatu hari nanti. Cuma kita hanya mampu doa aje sekarang ni, selebihnya serah pada Allah.."

"Hmm okay.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience