Rate

BAB 74

Romance Series 197165

Selepas Aakif Aryanz meluahkan rasa cintanya, Tengku Arissya segera pergi dari situ.

"Arissya! Waitttt..." Aakif Aryanz mengejar Tengku Arissya.

"Arissya.. apa yang Aryanz cakapkan tadi tu tak main-main. Aryanz dah mula sayangkan Arissya," ucapnya apabila langkah Tengku Arissya terhenti.

"Jangan nak mengarutlah!"

"Mengarut apa? Tak ada apa yang mengarutnya. I love you so much!"

"Saya ni dah pernah kahwin tahu tak! Macam mana awak boleh bagitahu saya yang awak sayangkan saya. Suka saya. Jangan main-mainlah!" Marah Tengku Arissya. Dua kali ganda pula sakit kepalanya. Macam-macam benda dia kena hadapi sekarang ni. Lepas satu, satu pula masalah yang datang. Naik pening dia dibuatnya.

"Aryanz tahu semua tu, tapi Aryanz tak kisah siapapun Arissya sebelum ni.." balas Aakif Aryanz masih meluahkan rasa hatinya.

"Enough!"

"Arissya please.. Aryanz dah pasang angan-angan, impian untuk kita hidup bersama. Tolonglah jangan hancurkan impian Aryanz ni.." Pujuk Aakif Aryanz. Mungkin di waktu begini hati perempuan mudah tersentuh, mudah rapuh.. jadi Aakif Aryanz fikir Tengku Arissya akan menerima cintanya dengan mudah.

"Enough Aakif Aryanz! Selama kita kenal saya tak pernah pun bagi apa-apa harapan pada awak. Awak yang lebih-lebih. So, please shut up!"

Tengku Arissya terus pergi dari situ. Bukan main marah Aakif Aryanz apabila cintanya ditolak. Dia semakin tercabar.

'Ciss! Tak guna perempuan ni. Sewenang-wenangnya dia menolak cinta aku. Tak boleh jadi ni! Tak apa.. kau tengoklah aku akan buat apa. Kau tak kenal lagi siapa aku!' Desis hati Aakif Aryanz marah. Dia segera melangkah pergi dari situ.

Tengku Arissya sudah sampai di bilik sewanya. Dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Berdenyut kepalanya. Nampaknya migrain dia datang lagi.

Tengku Arissya berehat di atas katilnya seketika sebelum dia bangun untuk makan ubat migrain. Jika dia biarkan sakit kepalanya, mungkin akan bertambah teruk lagi. Banyak perkara yang dia tak boleh lakukan.

Pintu dihempas kuat, Aakif Aryanz bengang. Terkejut Zulfiqar yang sedang menonton televisyen channel perlawanan bola sepak diruang tamu itu.

"Wey.. kau kenapa bro?" Soal Zulfiqar hairan.

"Aku tengah bengang ni!"

"Bengang apasal?"

"Hancur wey! Hancur!" Jerit Aakif Aryanz.

"Hancur apa? Ceritalah. Mana tahu aku boleh tolong kau," balas Zulfiqar sambil menekan butang remote TV 'off'..

"Bekas suami Tengku Arissya rupanya ada kat sini!"

"Laa.. bila sampai?" Soal Zulfiqar slamber.

"Eh, kau tak payah buat mukalah bodoh!" Marah Aakif Aryanz. Zulfiqar kenal benar sikap kawan baiknya itu, kalau marah memang dahsyat. Boleh nampak tanduk iblis.

"Sabar bro. Sabar! Kau relaxlah. Aku ada. Aku boleh tolong kaulah. Cerita elok-elok dengan aku apa masalah kau.."

Aakif Aryanz diam seketika, dia menarik nafas panjang, kemudian kembali bersuara, "Okay, aku cerita.."

"Rupanya selama ni bekas suami Arissya ada kat sini. Dah lama kut dia ada sini, macam manalah aku boleh tak tahu.."

"Owh.. itu sebab kau yang bodoh!" Ucap Zulfiqar balas balik perkataan 'bodoh' yang Aakif Aryanz panggil pada dia tadi. Padan muka!

"Okay-okay macam ni, kau tahu tak siapa bekas suami Arissya tu?" Sambung Zulfiqar sebelum Aakif Aryanz buka mulut.

"Manalah aku tahu.."

"Kau ni pun, takkan kau tak tahu bekas suami Arissya tu nama apa. Tinggal kat mana. Tanyalah Arissya everything.."

"Macam mana aku nak tanya, belum sempat aku tanya dia dah blah. Aku pun tengah berserabut sekarang ni," balas Aakif Aryanz.

Zulfiqar terdiam seketika. Dia nampak kawan baiknya lain macam kali ini.

"Kau ni lain macamlah bro. Kau betul-betul sukakan Arissya atau kau memang gilakan harta dia ni?"

"Wey.. soalan apa kau ni! Aku tengah berserabut kau boleh tanya soalan gila macam tu. Dah tentulah aku ikut planning aku. Aku ni tak pernah sukakan sesiapalah. Perempuan hanyalah mainan dalam hidup aku!" Marah Aakif Aryanz yang sudah bingkas bangun. Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik itu dihempas kuat.

"Bro kalau marah pun janganlah sampai pintu pun kau hempas. Mahal doh kos baiki pintu kat Paris ni!!!" Jerit Zulfiqar bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience