Rate

BAB 162

Romance Series 197165

Dania ke ruang tamu, dia duduk di sofa. Ada Uyu yang sedang menonton televisyen di situ.

"Kau tengok cerita apa tu?"

"Marvel,"

"Eh, yang ni aku dah tengok,"

"Berapa kali dah keluar dalam televisyen cerita yang sama," balas Uyu.

Dia kemudiannya tiba-tiba offkan televisyen.

"Laa kenapa?"

"Dah tengok, bosan. Eh, ni aku nak tanya kau something," balas Uyu mengubah posisi duduknya mengadap Dania.

"Apa dia?"

"Eh, kau dengan Abang Harith ada hubungan special ke?"

Dania senyum, "Belum tapi aku akan cuba tackle hati dia,"

"Kau betul-betul sukakan dia ke?"

"Mestilah, kau kan tahu aku jarang jatuh hati dengan mana-mana lelaki,"

"Okay, aku setuju kalau kau dengan Abang Harith tu. Dia nampak baik, handsome lagi..."

"Kau tahu tak macam mana nak pikat hati lelaki?"

"Emm.. aku tak berapa pandailah bab ni, tapi dulu time aku dengan Aryan. Dia yang tackle aku dulu,"

"Owh.. tak apalah, tapi okay tak kalau aku belikan Abang Harith jam tangan?"

Uyu tergelak mendengarnya.

"Kenapa kau gelak?"

"Kau nak beli jam tangan supaya dia selalu ingat kau kan," balas Uyu.

Dania tersengih kali ni, "Mestilah. Aku memang suka gila kat Abang Harith tu,"

"Okay kalau macam tu kau belikan dia jam, confirm dia suka," balas Uyu. Dia sentiasa menyokong kawan baiknya itu. Asalkan lelaki itu tidak melukai hati sahabatnya, itu dia pantang.

"Esok kau temankan aku shopping kat Mid Valley ya, aku nak belikan Abang Harith jam. Nanti time jumpa tu aku nak bagi dia jam,"

"Okay.."

Tengku Elvia sedang menyapu cream di wajahnya. Tengku Emir Danish pula sedang bersandar di katil membaca buku bisnes.

"Abang dua tiga hari lagi Elvia dah nak masuk kerja, boleh?"

"Cuti sayang ada lagi," balas Tengku Emir Danish. Matanya masih fokus pada buku yang dibacanya.

"Elvia kesiankan kakak. Dia busy handle bisnes sorang-sorang. Semua kerja Elvia dia handle. Elvia nak kakak pula rest," balas Tengku Elvia.

"Abang tak kisah sayang,"

"Abang ni kalau cakap dengan dia bukannya nak fokus," rajuk Tengku Elvia. Kali ini Tengku Emir Danish mendongak. Dia senyum.

"Sorry dear. Okay-okay sini sembang dengan abang," balas Tengku Emir Danish.

"Tak naklah, Elvia nak keluar kejap. Nak cari mama. Nak sembang dengan mama aje," ucap Tengku Elvia masih merajuk.

"Nak cari mama macam mana kalau pakai cream seputih salju tu sayang. Mama mesti terkejut tengok sayang. Dah macam hantu bungkus," usik Tengku Emir Danish.

"Abang ni!" Marah Tengku Elvia. Dia terus keluar dari bilik itu mencari Datin Falida. Tengku Emir Danish bingkas bangun, dia menapak ke tingkat bawah. Mahu join isterinya sembang dengan mamanya.

Bila ada isteri ni hidup dia rasa lebih sempurna, semuanya lengkap. Tengku Elvia begitu baik melayaninya. Sungguh, cinta milik Tengku Emir Danish hanya untuk Tengku Elvia selamanya.

Esoknya Dania dan Uyu keluar membeli jam tangan untuk Tengku Harith Zaqwan.

"Eh, kau nak pergi belah mana ni? Nak yang mahal ke atau biasa-biasa aje?" Soal Uyu sebelum masuk salah satu kedai untuk membeli jam tangan.

"Dah tentulah yang paling mahal. Kau mesti ingat aku tak ada duit kan.." balas Dania.

"Kau ni ke situ pula. Aku tahulah kau anak orang kaya. Tak habis tujuh keturunan harta family kau tu, nak lagi kau tu ada tali persaudaraan dengan Datin Falida,"

"Mak sepupu aku tu? Dia bukannya rapat mana dengan aku. Jarang dia datang jumpa mama pun,"

"Aku tahu diaorang ada problem, tu yang mama kau tak datang rumah Datin Falida tu kan, dia minta kau aje pergi tolong,"

"Tahu tak apa,"

"Aku pergi tolong pun sebab ingatkan Abang Emir aje, kalau tak malas juga.."

"Tak apalah yang penting tugas kita dah settle, Abang Emir pun dah kahwin. So, okaylah.." balas Uyu tidak mahu membahas soal itu.

"Ha'ah jomlah masuk,"

Dania memilih jam tangan yang paling mahal untuk Tengku Harith Zaqwan, sehinggakan Uyu pun tidak menyangka kawan baiknya akan mengeluarkan satu jumlah duit yang banyak demi lelaki yang dia cintai.

Tentunya ia merupakan salah satu hadiah yang paling istimewa.

"Aku tak sangka kau betul-betul pilih jam paling mahal,"

"Untuk Abang Harith memang semuanya special. Aku betul-betul sukakan dia,"

"Tapi masalahnya kau belum bagitahu dia tentang perasaan kau tu,"

"Aku yakin dia pun suka aku,"

"Tapi kalau dia dah ada someone special macam mana?"

"Aku tak rasa dia ada someone special,"

"Lelaki sehandsome Abang Harith tu tak mungkin tak ada, Nia.."

"Kau tu best friend aku, sepatutnya bagilah sokongan kat aku,"

"Okaylah sorry, Nia. Insya-Allah aku yakin Abang Harith pun suka kau," balas Uyu cuba memberi perisa manis dihati Dania.

"So, bila kau nak jumpa Abang Harith?"

"Esok,"

"Esok tuan?" Ucap Rokiah terkedu.

"Tapi aku masih tak sempat untuk bercakap dengan Tengku Arissya, tuan!"

"Okaylah, aku jumpa Dania dulu esok. Lepas tu sebelum dia balik kau kena dapatkan cuti juga,"

"Kalau macam tu okay tuan aku akan segera settlekan," balas Rokiah. Perlahan saja suaranya bercakap, takut jika ada yang mendengar perbualannya.

"Kak Kiah," sapa Tengku Arissya membuatkan Rokiah terkedu. Nasib baik tangan kakinya tak terangkat. Kalau tak hancur rahsianya.

"Err.. eh, Arissya. Buat apa kat sini?"

"Owh.. Arissya dahaga. Nak minum air, tapi rasa macam lapar lagi," balas Tengku Arissya.

Rokiah memasukkan handphone dalam poket seluarnya perlahan.

"Tak apa Arissya ke ruang tamu dulu, biar Kak Kiah settlekan perut Arissya yang tengah berdangdut tu. Kak Kiah akan masak masakan special,"

Kata-kata Rokiah buat Tengku Arissya tergelak.

"Luculah Kak Kiah ni, okaylah Arissya ke ruang tamu dulu. Kejap lagi join sekali tau, kita tengok movie,"

"Yeke? Seronoknyaaa.."

"Okay, masak cepat Arissya tunggu kat ruang tamu," balas Tengku Arissya. Rokiah mengangguk faham.

Selesai semuanya Tengku Arissya dan Rokiah menonton movie dalam laptop sambil mengunyah fried dan nugget. Bukan main mesra mereka. Sudah seperti lama saling mengenali antara satu sama lain. Hilang seketika kesunyian Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience