Rate

BAB 200

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish dipukul dari arah belakang pada malam itu. Kebetulan dia keluar malam itu mahu membeli satay untuk isteri kesayangannya.

Seperti yang dirancang Remy punya kerja. Dia segera membawa Tengku Emir Danish ke hotel, Sharleez sudah bersedia untuk beraksi. Dia menunggu di bahagian lobi hotel diruangan menunggu. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki botak, dia segera melihat telefonnya. Ya, itu Remy! Remy kelihatan sudah membawa Tengku Emir Danish ke kawasan bilik hotel. Tadinya dia juga sudah melihat Tengku Delisha memasuki ke kawasan bilik hotel.

Sharleez bingkas bangun, bersama dengan lenggok yang tersendiri dia berjalan perlahan. Segera dia ke kaunter pertanyaan bertanyakan bilik hotel yang ditanya oleh Remy. Dia menyamar sebagai isteri Remy. Setelah mengetahui bilik hotel itu segera dia menapak ke ruangan lif. Semasa dalam perjalanan dia ingin ke ruangan bilik hotel itu, kelihatan Tengku Delisha berada di situ. Dia bersembunyi dan hanya memerhati dari kejauhan untuk seketika.

'Tak guna! Perempuan tu ada kat situ, apa aku nak buat ni?' Desis hati Sharleez sedang ligat berfikir.

Tiba-tiba dia mendengar Tengku Delisha meminta izin mahu ke tandas. Lega hatinya, inilah masanya untuk dia beraksi.

"Kau bawa dulu dia masuk. Aku nak ke tandas sekejap,"

"Okay bos!"

Remy sudah mengangkat Tengku Emir Danish masuk ke bilik, lalu segera menutup pintu bilik itu. Tengku Delisha sedang menuju ke tandas, Sharleez menjejaki perempuan itu dengan penuh berhati-hati. Tengku Delisha sudah masuk ke tandas, Sharleez menunggu di situ tanpa mewujudkan dirinya. Dia sudah pun mengunci pintu utama tandas supaya tidak ada orang lain yang masuk.

Sebaik saja Tengku Delisha keluar dari tandas Sharleez memaut leher Tengku Delisha, dia menekup bahagian muka Tengku Delisha sehingga pengsan dan dibawa masuk ke dalam tandas, dibahagian bilik mandi. Ubat itu akan bertahan selama sejam. Dia perlu melakukan kerjanya dengan cepat.

Sharleez sudah keluar dari tandas, dia memerhati di sekelilingnya dan berjalan laju. Dia mahu ke bilik yang menempatkan Tengku Emir Danish. Sampai saja dibilik itu, dia segera membetulkan bajunya.

Pintu bilik dibuka, "Hai, room service!"

Remy terkedu. Dia menelan salivanya melihat perempuan dihadapannya. Siapa yang tak tergugat iman melihat keindahan di depannya itu, dengan rupa parasnya yang cantik dan putih melepak. Fuhh! Bergetar jiwa lelakinya. Hampir terlupa dia dengan tugasannya. Namun dia perlu bereskan kerjanya dulu sebelum melahap perempuan di hadapannya itu. Dia akan kembali mencari perempuan itu selepas ini.

"Pergi-pergi silap bilik ni!"

Sharleez mula bertindak. Dia menolak tubuh Remy ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik itu. Sepantas kilat Sharleez mengoyak belahan dress yang dipakainya dibahagian tepi sebelah kanannya. Terserlah pahanya yang gebu gebas. Remy menyangka Sharleez ingin menggodanya, terbeliak biji matanya. Namun sangkaannya salah. Remy disepak terajang. Kaki itu memang berbisa. Meraung lelaki itu. Dia memang hebat dalam taekwondonya. Remy lunyai dikerjakan Sharleez, pengsan terus.

Sharleez melompat ke katil, dia segera memapah Tengku Emir Danish keluar dari bilik itu. Tengku Harith Zaqwan sudah sampai dengan motor besarnya, dia hanya menunggu Sharleez. Mereka menggunakan alat wireless untuk berhubung.

"Aku dah sampai,"

"Baik tuan, kerja aku pun dah selesai!"

Sharleez membawa keluar Tengku Emir Danish ke tingkat bawah melalui pintu belakang hotel itu, Tengku Harith Zaqwan segera ke situ.

"Kau uruskan dia dulu. Aku nak ambil si botak tu, sudah menghampiri sejam!"

"Leez tunggu!"

Sharleez berpaling, "Aku dah sediakan kereta, ni anak kuncinya!"

"Thanks," balas Sharleez menangkap anak kunci kereta yang dilontarkan kepadanya itu sebelum berlari ke tingkat atas menggunakan lif.

Debar hatinya semakin kencang, sekencang kuda yang berlari. Dia takut tidak sempat menangkap Remy sekiranya Tengku Delisha mula tersedar dari pengsan.

Sampai saja ditingkat atas Sharleez dapatkan Remy. Dia memapah lelaki seberat 3kg beras itu ke bawah. Lalu dia bawa masuk ke dalam kereta yang ditinggalkan oleh Tengku Harith Zaqwan. Kereta itu dipandunya laju.

"Fuhh! Sempat juga akhirnya. Good Sharleez!" Ucapnya perlahan sambil tersengih.

Tengku Delisha sudah tersedar dari pengsannya. Dia terkedu dan merasa hairan. Kenapa dia boleh berada dalam tandas? Tadi seingatnya, mulut dia dicekup dari arah belakang. Tapi siapa yang melakukannya? Dia buntu.

Remy hampir terbangun, sekali lagi Sharleez menyiku lelaki itu sehingga pengsan semula.

Power betul Sharleez memandu, bukan mudah melakukan kerja sepertinya. Membawa penjahat disebelah sambil memandu, ia mampu mengundang bahaya.

Sharleez sudah dimaklumkan, dia perlu membawa Remy ke satu tempat. Tempat itu dikawasan hutan, jauh dari semua orang. Kawasan itu ada satu kontena usang. Disitulah Remy akan ditinggalkan.

Sampai saja di kawasan itu, sekali lagi Sharleez mengheret lelaki seberat 3kg beras itu masuk ke kawasan hutan itu, lalu dihumban lelaki itu ke dalam kontena kosong. Kontena itu nampak dari luar sangat menyeramkan namun apabila masuk saja bukan main kemas. Cantik. Hebat tuannya, tempat yang sangat menarik.

Sharleez segera mengikat tangan Remy dengan besi, tergantung kedua belah tangannya sambil berdiri. Dia tidak boleh berlama disitu. Dia perlu kembali ke rumah Datuk Mustaqim, lagipun dia tidak jadi mengambil cuti, dia memaklumkan pada Tengku Arissya cuma mahu keluar pada malam itu kerana ada urusan.

Setelah dia kembali ke rumah Tengku Arissya, Sharkief akan ke situ menjaga Remy. Tapi tidak ada apapun yang perlu dirisaukan kerana CCTV sudah terpasang pada kontena itu. Bahkan mereka bertiga akan dapat melihat Remy melalui telefon masing-masing.

Sharleez kembali ke rumah Datuk Mustaqim. Kereta yang diberikan kepadanya itu kembali diserahkan kepada penyewa kereta. Dan dia cuma naik grab untuk pulang agar tidak disyaki. Sebelum masuk ke dalam rumah majikannya Sharleez melihat kereta Sharkief disitu. Dia memberi isyarat pada Sharkief supaya berlalu pergi dari situ.

"Kak Kiah dah balik," tegur Tengku Arissya yang masih belum tidur.

"Dah," balas Rokiah a.k.a Sharleez tersenyum.

"Laaa.. kenapa ni Kak Kiah siap berpeluh bagai, pergi mana? Jumpa teman lelaki ya?" Usik Tengku Arissya. Rokiah a.k.a Sharleez buat-buat tergelak.

"Siapalah yang nak kat Kak Kiah ni, dah tua bangka.."

"Ya Allah.. tak baik cakap macam tu. Kak Kiah cantiklah, awet muda.."

"Tak adalah, ni kenapa Arissya masih belum tidur?"

"Tak boleh tidur, sakit kepala.."

"Migrain ke?"

"Ha'ah migrain lagi,"

"Sekejap ya. Kak Kiah letak beg ni, kejap lagi Kak Kiah tolong urutkan kepala tu,"

"Tak susahkan Kak Kiah ke?"

"Tak adalah. Kejap ya,"

Rokiah a.k.a Sharleez berlalu ke biliknya. Dia melepaskan keluhan kecil, "Fuhh.. selamat!"

Selesai meletakkan begnya dia segera menapak ke ruang tamu, "Sini baring kat atas riba Kak Kiah, nak picitkan kepala yang sakit tu,"

Tengku Arissya baring di atas sofa itu. Rokiah a.k.a Sharleez memicit kepala Tengku Arissya.

"Pandai Kak Kiah picitkan, rasa nak tertidur," ucap Tengku Arissya.

"Tidurlah tak apa," balas Rokiah a.k.a Sharleez. Dia sebenarnya agak penat juga, mana tidaknya memapah lelaki yang seberat 3kg beras. Rasa nak patah pinggangnya. Tapi apakan daya, ini tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang sedang dia galas. Dia perlu amanah.

Akhirnya dia pun terlelap di atas sofa bersama Tengku Arissya.

Sharkief sudah ke kawasan hutan, dia mahu menjaga Remy. Manakala Tengku Harith Zaqwan pula menuju ke rumah Tengku Elvia untuk menghantar Tengku Emir Danish pulang.

Loceng pintu masuk ditekan.

"Eh, lamanya abang balik. Ni mesti abang," ucap Tengku Elvia perlahan sambil menuju ke muka pintu.

Dia buka pintu, tetapi kembali menutupnya. Ada Tengku Harith Zaqwan diluar. Dia mencapai tudungnya diatas sofa terlebih dahulu sebelum kembali membuka pintu itu.

"Abang Harith?"

Tengku Elvia tertanya-tanya, kenapa Tengku Harith Zaqwan memakai pakaian motorsikal.
Dan disebelah itu, ada suaminya. Suaminya pengsankah?

"Abang! Kenapa dengan suami Elvia ni?"

"Boleh kita masuk, sekejap lagi abang jelaskan," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Jomlah masuk,"

Tengku Harith Zaqwan duduk ditepi sofa, dia sudah meletakkan Tengku Emir Danish dikarpet. Tengku Elvia siap mengambil bantal untuk suaminya.

Tengku Harith Zaqwan mengambil air kosong lalu merenjis muka Tengku Emir Danish. Tengku Emir Danish tersedar, dia terbatuk-batuk. Belakang lehernya sakit. Dipandang wajah isterinya, tiba-tiba dia rasa sebak. Lalu dia memeluk Tengku Elvia erat.

Tengku Harith Zaqwan simpati melihat keadaan itu. Namun dia bersyukur semuanya selamat.

"Kenapa dengan abang? Abang accident ke?" Soal Tengku Elvia.

"Seingat abang, abang dipukul dari arah belakang. Leher abang sakit," ucap Tengku Emir Danish. Tengku Elvia memicit leher suaminya perlahan.

"Sakit sayang.."

"Sebenarnya ada yang merancang sesuatu malam ini. Tujuannya untuk memusnahkan hubungan korang berdua,"

"Siapa?"

"Tengku Delisha,"

"Hah? Kau biar betul ni Harith? Dari mana kau dapat tahu semua ni?"

"Biar aku jelaskan dulu,"

"Elvia tentu kenal dengan Tengku Qistina kan?"

"Bekas kekasih abang? Perempuan yang pernah kena tangkap khalwat dengan abang dulu?"

"Yup, dia sudah kembali ke Malaysia. Dan dia adalah kakak kepada Tengku Delisha,"

"What?"

"Itulah hakikatnya. Abang pun tak pernah tahu sebelum ini tapi bila tahu tu dan tahu juga dia selalu kacau suami Elvia ni, so abang dah dapat agak dia mesti ada niat tak baik,"

"Maksud abang?"

"Malam ni Tengku Qistina rancang untuk jadikan suami Elvia ni sebagai peneman tidur adiknya. Dia nak buat hal yang sama macam dia perangkap abang dulu dengan dia, tapi kali ni dia buat untuk Tengku Delisha. Adik dia,"

"Ya Allah," ucap Tengku Elvia. Mengucap panjang dia.

"Perempuan jenis apa dia tu!"

"Dia sangat jahat orangnya. Licik. Dia bukan saja sanggup mengadaikan maruah orang lain, tetapi juga adik dia sendiri.."

"Masya-Allah.."

"Jadi maksud kau adik dia tak tahu rancangan jahat kakak dia?" Sampuk Tengku Emir Danish.

"Ada kemungkinan juga dia tak tahu siapa kakaknya yang sebenar,"

"Jadi Tengku Qistina tu memang jahat? Dulu pun dia yang perangkap abang tidur dengan dia kan?"

"Ya, betul Elvia.."

"Tapi kenapa abang sanggup ceraikan akak kalau Abang Harith tak bersalah?"

"Abang bukan menceraikan Arissya dengan rela, tapi abang terpaksa menceraikannya atas arahan beberapa orang yang menculik abang pada waktu itu,"

Kenyataan itu membuatkan Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia terpana.

"Apa yang Abang Harith cakapkan ni?"

Tengku Harith Zaqwan segera menceritakan segalanya. Dari A hingga sampai Z. Panjang lebar dia bercerita sehingga mengundang air mata Tengku Elvia.

Tengku Emir Danish menarik isterinya dalam pelukannya.

"Ya Allah kejamnya Tengku Qistina. Elvia tak sangka yang Faqrul pun terlibat sama,"

"Syhh sayang sabar, jangan terbawa oleh emosi. Nanti bahaya untuk kandungan tu," pujuk Tengku Emir Danish.

"Nasib baik waktu tu arwah mama abang selamatkan abang, dia minta orang upahan cari abang. Kalau tak entahlah, sukar untuk abang ungkapkan,"

Kali kedua Tengku Elvia terkedu, membulat matanya. Tengku Harith Zaqwan melihat ke arah Tengku Elvia, matanya jelas sudah berkaca.

"Ya, arwah. Semasa abang ke Paris kejar Arissya. Abang baru kehilangan arwah mama. Abang cari Arissya untuk menagih semula cintanya, arwah mama pesan supaya abang kembali bersatu dengan Arissya. Elvia juga tahu kan, arwah mama abang sangat menyayangi Arissya,"

Tengku Elvia hanya mengangguk perlahan, air matanya saja yang mengalir. Dia tidak mampu bersuara.

"Harith, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi kau memang tabah. Kalau aku berada ditempat kau belum tentu aku dapat lalui semuanya," ucap Tengku Emir Danish.

"Aku lelaki Emir, aku kena kuat hadapi hidup ni.."

"Kau betul, Harith.."

"Macam mana mama abang boleh meninggal?"

Tengku Harith Zaqwan kembali membuka cerita tentang arwah Tengku Suria pula.

"Sedihnya cerita abang, Elvia tak sangka yang abang boleh simpan cerita sepedih ini sorang diri,"

Air mata Tengku Harith Zaqwan mengalir, pantas dia menyekanya.

"Kakak tak tahu semua ni kan? Kakak tak tahu yang Mama Suria dah tak ada?" Soal Tengku Elvia bertalu-talu.

Tengku Harith Zaqwan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kakak perlu tahu Abang Harith! Abang perlu bagitahu dia semua ni. Benda ni dah lama. Jangan simpan abang!" Jerit Tengku Elvia sambil menangis.

"Sayangg.. syhh jangan nangis. Tak elok macam ni sayang," pujuk Tengku Emir Danish mengenggam erat tangan isterinya.

"Kalau Abang Harith diam macam mana dia nak tahu!"

"Abang dah pernah cuba untuk bagi penjelasan, tapi apa lagi yang akan dia dengar? Arissya dah benci dan marahkan abang.."

"Pedulikan marah kakak tu. Sekali je abang, bukalah mulut tu. Bagitahu dia.. dia akan faham, Elvia yakin.."

"Tidak Elvia, belum masanya lagi. Abang kena settle urusan dengan Tengku Qistina,"

Sekali lagi Tengku Harith Zaqwan bercerita tentang rancangannya. Dia juga memaklumkan yang Datuk Mustaqim sudah mengetahui tentang perkara ini.

"Lagilah kakak salah faham, patutlah dia nampak marah sejak dua menjak ni, rupanya ini punca yang sebenar.."

"Abang tak boleh buat apa, sebab abang kena cari bukti tu dulu. Abang kena dekati perempuan tu. Abang nak dapatkan telefon tu, nak buktikan pada Arissya yang abang tak bersalah,"

"Sekarang pun abang boleh buktikan!"

"Arissya takkan percaya!"

"Nooo! Abang kena bagitahu kakak.."

"Sayang kita kena hormati keputusan Harith tu, dia lebih tahu apa yang sedang dia lakukan sekarang ni,"

"Ya Elvia, percayalah. Abang Harith buat semua ni untuk Arissya, Elvia dan juga Datuk. Abang janji akan melindungi semua orang yang abang sayang,"

"Tapi Abang Harith..."

"Elvia bagi Abang Harith sedikit masa lagi,"

Akhirnya Tengku Elvia terpaksa akur, "Baiklah jika itu sudah keputusan abang.."

"Jadi tadinya abang yang selamatkan suami Elvia?"

"Ya, Elvia. Anak buah abang yang settlekan semuanya. Abang juga turut membantu, cuma satu abang minta. Tolong simpan rahsia ni.."

"Sekarang salah seorang konco Tengku Qistina ada dalam tahanan abang disebuah tempat. Namanya Remy. Melalui dialah abang akan siasat untuk kukuhkan bukti bagi mengheret Tengku Qistina dan konco-konconya ke muka pengadilan,"

"Baiklah abang.."

"Tapi kerja abang ni kerja bahaya. Macam mana kalau sesuatu terjadi pada abang?"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Tak apa abang akan baik-baik saja. Kalau boleh abang mahu menyelesaikan semua ini dengan cepat.."

"Terima kasih, Abang Harith. Elvia doakan dari jauh semoga abang diberi kekuatan, kesabaran dan kecekalan menghadapi semua ni.."

"Sama-sama. Aamiin. Insya-Allah Elvia.."

"Aku pun akan doakan untuk kau. Cuma kalau kau nak minta tolong apa-apa bagitahu aje aku ya.." sampuk Tengku Emir Danish.

"Tak Emir, aku takkan bahayakan korang berdua atau sesiapa saja. Ini perjuangan aku. Biar hanya aku dan anak buah aku yang menguruskan semuanya,"

"Tapi Harith nyawa kau tentu dalam bahaya.."

"Tak apa, semuanya akan baik-baik saja. Cukuplah hanya doa korang berdua untuk aku," balas Tengku Harith Zaqwan. Dia sudah pun meminta diri untuk pulang.

"Jaga diri kau baik-baik, Harith. Terima kasih lagi sekali dah selamatkan maruah aku, rumahtangga aku ni.."

"Sama-sama. Aku nak kau jaga Elvia baik-baik. Ingat, walau apapun yang terjadi antara korang berdua jangan pernah hilang rasa percaya.." Tengku Emir Danish mengangguk faham.

Tengku Harith Zaqwan langsung segera ke tempat dimana Remy ditempatkan.

"Tuan!"

"Ya, macam mana dengan lelaki ni?"

"Masih belum sedarkan diri, tuan.." Bagitahu Sharkief.

Tengku Harith Zaqwan memakai helmet motornya, manakala Sharkief memakai topeng. Mereka tidak ingin dikenali oleh pihak lawan.

"Cari telefonnya!"

"Ni tuan,"

Tiba-tiba ada panggilan masuk, ya tentunya panggilan itu daripada Tengku Qistina walaupun di situ tertera nama "Bossku"

Tengku Harith Zaqwan abaikan panggilan itu, dia memeriksa beberapa text. Sudah jelas banyak benda buruk yang dia temui melalui telefon milik Remy.

Remy sudah tersedar. Dia bukan main terkejut, dia meronta mahu dilepaskan.

"Lepaskan aku!"

"Woiii kau siapa hah?" Tengking Jemy.

"Diamlah!" Marah Sharkief kasar siap mencekik leher Remy.

"Lepaskan dia,"

"Remy, right?"

"Kau siapa?"

"Aku?" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia ketawa.

"Woiii! Yang kau ketawa kenapa hah?"

Tengku Harith Zaqwan marah. Dia tidak suka ditengking. Tengku Harith Zaqwan bagi lempangan padu, terdiam Remy.

"Jangan biadap! Aku tak suka orang tengking aku.."

"Aku nak kau jawab satu soalan aje, aku nak tahu kau kerja untuk siapa? Siapa bos kau?"

"Jangan harap aku akan jawab soalan kau tu!"

"Okay, baik. Tunggu nasib kau!" Ucap Tengku Harith Zaqwan sudah berapi amarahnya.

"Ambilkan aku obor yang nyalaannya mampu membakar tubuh lelaki ni,"

Sharkief ke sebelah sana, dia mengikuti arahan tuannya. Beberapa minit kemudian, dia membawa obor ditangannya, lalu diberikan pada Tengku Harith Zaqwan.

"Kau lihat betapa ganasnya obor ni, bayangkan kalau sekejap lagi aku letak minyak gas di sekeliling kau. Kau akan rasa betapa panasnya tubuh kau tu, mungkin terus hangus! Mati!"

"Errrr.. aku.. aku..."

"Kau nak ke tak jawab soalan aku!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak main-main.

"Okay-okay aku jawab,"

"Siapa?"

"Bos aku Tengku Qistina,"

"Jadi dia arahkan kau untuk buat kerja jahat?"

"Semua kerja yang aku lakukan atas arahan dia,"

Bunyi telefon Remy kembali berdering, "Bos kau call ni, so jawab macam biasa. Cakap dengan dia kau tak sempat buat kerja kau, kau terus balik kampung sebab mak kau sakit teruk. Faham!"

"Kalau kau degil, aku bakar muka kau!" Ugut Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan segera menekapkan telefon itu ditelinga Remy.

"Ya bos!"

"Kau pergi mana hah?"

"Bos aku minta maaf, aku tak sempat buat kerja. Aku terpaksa balik kampung, mak aku sakit!"

"Bodoh!"

"Maaf bos! Aku mungkin lama sikit kat kampung ni,"

"Tak guna, pergi mampuslah kau. Tak boleh diharap!" Marah Tengku Qistina.

Dia segera meletakkan telefonnya. Sakit betul hatinya. Sudahlah dia menelefon Tengku Delisha tidak dijawabnya. Entah apalah masalah adiknya. Naik stress dia dibuatnya.

"Bagus!"

"Bagi dia makan, minum. Ikat kaki dan tangan dia kat bawah dengan rantai besi!"

"Baik tuan," balas Sharkief. Tengku Harith Zaqwan keluar dari situ. Sharkief menjaga Remy pada waktu itu.

Soal telefon Remy, dia akan siasat terlebih dahulu dan akan menyerahkannya kepada pihak polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience