Rate

BAB 254

Romance Series 197233

Tengku Arissya tergelak kecil mendengar usikan Airel Azumi. Lelaki itu agaknya kalau tak memiliki pekerjaan sebagai pengurus syarikat, mungkin boleh dinobatkan sebagai raja lawak. Penat Tengku Arissya asyik ketawa. Gurauannya itu kadang mencuit hati.

Lelaki itu memang memiliki auranya yang tersendiri.

"You ni, kalau tak buat I gelak memang tak sah.."

"Well, I ni memang ditakdirkan dalam hidup you untuk jadi penghibur hati you..." Balas Airel Azumi.

"Thanks ya!" Ucap Tengku Arissya manis tersenyum.

"Arissya, hai!" Sapa Hud Mikail, entah dari mana munculnya.

"Eh, Hud. Dari mana ni?" Soal Tengku Arissya bingkas bangun, sebenarnya dia sudah selesai lunch dengan Airel Azumi.

"Dari ofis for lunch.."

"Sorang aje?"

"Ariana ada dalam kereta.."

"Laa.. yeke?"

"Kenapa tak ajak sekali lunch?"

Hud Mikail senyum, "Owh.. tak nak makan sini katanya, nak makan kat tempat lain. So, I bungkus ajelah ni. Well, biasalah tengah pregnant. Manja lain macam sikit.."

Tengku Arissya tergelak kecil, Airel Azumi juga kelihatan sudah tersengih mendengarnya. Kali ini dia menyampuk, "First baby ke?"

Hud Mikail baru perasan ada seorang lelaki bersama Tengku Arissya, dia segera menjawab, "Yup, first baby.."

"Owh ya Hud, kenalkan ni Airel Azumi. Anak Datuk Iqbal, sekarang I dengan Rel tengah handle projek baru.."

"Hud Mikail," ucap Hud Mikail yang sudah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Huluran tangan itu bersambut.

"Lepas ni untung besarlah ya, projek baru tentu keuntungannya berbelas jutaan ringgit.." ucap Hud Mikail.

"Bolehlah, tapi komitmen pun kenalah tinggi.." balas Airel Azumi.

Hud Mikail mengangguk perlahan, mereka hanya sempat berbual sekejap saja. Dia kemudiannya meminta diri untuk pergi dari situ.

"Arissya, kawan you ke tadi?" Soal Airel Azumi yang berjalan beriringan dengan Tengku Arissya untuk ke tempat parkir kereta.

"Yup, why?"

"Nothing..." Balas Airel Azumi sekadar ingin tahu. Nasib baik lelaki itu sudah ada isteri. Jadi dia masih ada peluang untuk merebut hati Tengku Arissya.

"Lamanya abang beli makanan. Abang beli makanan ke pergi jadi chef?" Perli Iris Ariana yang sudah merajuk.

Hud Mikail tergelak mendengarnya, "Abang sembang dengan Arissya tadi. Terjumpa dia kat restoran tu. Sorry sayang!"

"Arissya? Dia lunch situ ya?"

"Ha'ah.. abang tak jumpa dia sorang tau. Dia berdua dengan sorang lelaki ni.."

"Siapa?"

"Airel Azumi, lelaki tu anak Datuk Iqbal. Abang rasa macam pernah kenal nama tu. Abang agak mungkin lelaki tu anak kawan baik papa Arissya.."

"Laaa yeke? Handsome tak?" Soal Iris Ariana membuatkan Hud Mikail menjerling ke arah isterinya. Iris Ariana tersengih. Dia faham suaminya cemburu.

"Abang Ariana tanya je. Ariana setia dengan abang je. Ni buktinya, kita dah nak ada baby.." pujuk Iris Ariana membuatkan Hud Mikail senyum.

"Pada abang handsome jugalah, tubuh dia tinggi, putih, seorang lelaki yang berstyle. Tapi tak boleh lawan Tengku Harith, dia lagi handsome. Badan makin sasa, gagah, style rambut.. fuhhh.."

Kali ini Iris Ariana tergelak, "Ariana tanya sikit je abang jawab berjela panjangnya.."

"Dah sayang tanya abang jawablah. Hmmm.. tapi sayang, melepaslah Harith kali ni. Abang rasa Airel tu akan ambil alih tempat di hati Arissya..."

"Tak apa okaylah tu, kita anggap aje yang Harith dan Arissya tak ada jodoh..."

"Tapi abang rasa Harith masih cintakan Arissya.."

"Sekadar rasa tak cukup, abang. Abang sendiri pun tentu tahu situasi sekarang. Ariana tak rasa yang Arissya masih sayang pada Harith. Sejak Harith pergi dia memang dah redha, macam nak lupakan semua. Kalau tak, takkan Arissya sanggup tinggal kat Melaka sekarang ni. Mesti dia nak lupakan kenangan masa lalunya.."

"Hmm betul juga apa kata sayang tu. Tak apalah, mungkin mereka berdua tak ditakdirkan untuk bersatu semula.."

"Papa menungkan apa tu?" Soal Tengku Elvia. Malam itu dia tidur di rumah papanya kerana suaminya outstation.

"Eh, Elvia.. hmm tak ada fikir apalah," balas Datuk Mustaqim.

"Papa boleh tipu orang lain, tapi bukan Elvia. Papa fikirkan Kak Arissya kan?"

"Entahlah, papa tak tahu nak cakap apa. Papa rasa kakak kamu tu sedih tapi dia cuba selindungkan kesedihan tu..."

"Mungkin dia kecewa, pa.."

"Dia kecewa lelaki yang dia pernah sayang dan cinta tu tinggalkan dia. Yelah, tiba-tiba kita semua pun dapat tahu yang Abang Harith ke luar negara. Mesti akak fikir yang Abang Harith bencikan dia.." sambung Tengku Elvia.

"Sebenarnya papa pun rasa benda yang sama.."

"Tapi apalah daya kita, papa. Kita serahkan semuanya pada Allah ajelah. Walaupun mungkin sekarang ni Kak Arissya sedang tanggung segala rasa bersalah dia pada Abang Harith tu.."

"Hmm.. ya papa faham.."

"Owh ya, papa cakap sekarang ni akak rapat dengan anak Datuk Iqbal. Siapa namanya tu, Elvia lupalah.."

"Airel Azumi.."

"Owh.. boleh tahan namanya. Kalau jodoh Kak Arissya dengan lelaki tu, papa restu tak?"

Datuk Mustaqim tersengih mendengar soalan itu diajukan padanya.

"Papa tak kisah siapa pun pilihan Arissya asalkan dia bahagia. Bahagia dengan pilihannya. Anak Datuk Iqbal tu pun baik budaknya, hormatkan orang tua, penyayang dan berpelajaran tinggi..."

"Ha'ah kan, sesuailah dengan akak. Elvia okay aje kalau Kak Arissya ada jodoh dengan Airel Azumi.."

"Memanglah kita rasa sesuai, tapi hati Arissya tu tak tahu ada pada siapa sekarang ni.." balas Datuk Mustaqim.

"Susah nak jangka hati akak tu papa. Tak apalah, kita doa ajelah yang terbaik untuk kakak..."

Datuk Mustaqim mengangguk faham. Dia harap suatu hari nanti anaknya akan temui kebahagiaan yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience