Rate

BAB 163

Romance Series 197165

"You nak jumpa I?" Soal Hud Mikail terkedu.

"Yup, I nak jumpa you," balas Iris Ariana.

"Err.. bila?"

"Sekarang boleh? Lagipun baru jam lapan setengah malam,"

Hud Mikail terdiam.

"Actually I nak jumpa esok tapi takut tak sempat. I ada outstation kat Kedah dua tiga hari, nak handle kes baru," sambung Iris Ariana.

Ada getaran dihati Hud Mikail. Rasa takut semakin menebal. Dia yakin pasti Iris Ariana ingin menemuinya untuk memberi keputusan kepadanya berkait soal luahan cintanya sebelum ini. Malam ini malam yang penuh dengan debaran.

"Okay, boleh. Kita nak jumpa kat mana ya?"

"Kejap lagi I text you send location," balas Iris Ariana.

"Alright,"

"Harith, jauh termenung," sapa Hud Mikail yang baru saja turun dari tingkat atas biliknya.

"Tak adalah, eh kau nak ke mana ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan yang mula perasan pada gaya pemakaian Hud Mikail.

"Aku nak jumpa Ariana,"

"Wow! Ni mesti dia nak bagitahu soal keputusan dia tu,"

"Aku pun rasa macam tu, nilah yang buat aku berdebar," balas Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan menepuk bahu Hud Mikail, "Relax Hud. Kau pun tak tahu lagi kan apa keputusan Ariana. Mana tahu malam ni malam yang membahagiakan,"

"Tapi kalau...."

"Hud sebelum berkata hal yang tidak menyenangkan lebih baik dengar dulu apa yang bakal Ariana katakan," balas Tengku Harith Zaqwan pantas memotong percakapan Hud Mikail.

"Okay Harith, doakan aku ya,"

Tengku Harith Zaqwan menganggukkan kepalanya perlahan. Sudah pasti dia akan mendoakan kebahagiaan Hud Mikail.

Pada pertemuan malam itu Iris Ariana kelihatan sangat cantik. Membuatkan Hud Mikail terpegun melihatnya.

"Hai, sorry I'm late. Jalan jem tadi," ucap Hud Mikail yang baru saja sampai ke salah sebuah restoran yang agak privasi.

"It's okay, duduklah," pelawa Iris Ariana.

Seperti biasa awalnya mereka menikmati makan malam berdua. Selepas itu Iris Ariana mula menyuarakan rasa hatinya.

"You tahu tak kenapa I ajak you jumpa malam ni?"

"Hmm tak," balas Hud Mikail. Manalah tahu kalau Iris Ariana ingin menemuinya kerana ada urusan lain.

Sepanjang mereka bertemu malam ini Iris Ariana nampak serius. Tiada langsung seulas senyuman diwajahnya. Ia menjadikan Hud Mikail tertewas awal yang sememangnya lelah bermain dengan persoalan.

"I nak jumpa you untuk bagitahu mengenai keputusan I soal luahan hati you pada I sebelum ni,"

"Owh.. okay, so apa keputusan you?" Soal Hud Mikail cuba mencapai ketenangan.

Iris Ariana perasan ada getaran pada suara lelaki itu. Gementar. Barangkali takut.

"Sebelum tu boleh I ajukan soalan?"

"Tentulah boleh,"

"Kalau suatu hari I jatuh sakit, adakah you akan lari meninggalkan I atau kekal setia di sisi I?"

Soalan itu buat Hud Mikail sebak, Iris Ariana ada sakit apa-apa ke? Itu yang sedang bermain di fikirannya.

"Jangan pernah ada di fikiran you yang I sekarang ni ada penyakit. I nak saat you jawab soalan I tu tanpa fikir yang bukan-bukan. Andai katalah suatu hari I jatuh sakit. You akan lari tinggalkan I atau kekal setia, tu saja soalan I Hud," ucap Iris Ariana seolah-olah mengulangi pertanyaannya.

Hud Mikail menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia memandang seraut wajah cantik dihadapannya.

"Andai kata you jodoh I dan kita ditakdirkan untuk hidup bersama. I nak you tahu, bila I dah bergelar sebagai suami you. Semuanya tanggungjawab I. Tak kira dalam keadaan apapun I akan jaga you, sayang you dan lindungi you walaupun you jatuh sakit sekalipun,"

Kata-kata Hud Mikail buat Iris Ariana sebak. Ada ketulusan dalam suara itu.

"Hud Mikail takkan tinggalkan orang yang dia sayang dan cinta," sambung Hud Mikail, tepat memandang mata milik Iris Ariana.

Iris Ariana terdiam seketika. Barangkali sedang melayani perasaannya. Tidak ada sebarang reaksi apapun sehingga akhirnya Hud Mikail bersuara.

"Ariana I tak pernah paksa you terima I tau, so you jangan rasa terbeban dengan luahan hati I yang sebelum ni tu,"

"I minta diri dulu," sambung Hud Mikail. Dia membuat andaian mungkin Iris Ariana tidak akan menerima dia sebagai kekasih halalnya.

Dia sendiri dapat merasakan gadis itu masih tidak yakin pada cintanya. Jika tidak masakan Iris Ariana akan bertanyakan soalan itu.

Hud Mikail bingkas bangun, dia sudah berpaling ke belakang untuk meneruskan langkah kakinya. Namun tiba-tiba Iris Ariana memanggilnya semula.

"Hud Mikail I belum habis cakap lagi!" Jerit Iris Ariana. Langkah kaki Hud Mikail terhenti, namun dia tetap tidak menoleh ke belakang.

"I terima you seadanya Hud. Bila nak jumpa family I?"

Hud Mikail terkedu, kali ini dia menoleh ke belakang perlahan.

"I tak nak bercinta lama, I nak you segera halalkan I, boleh?" Soal Iris Ariana. Hud Mikail semakin tersenyum lebar. Matanya bersinar-sinar.

"Boleh sayang," balas Hud Mikail dengan senang hati. Dia terlalu gembira sampai lupa yang dia memanggil Iris Ariana dengan pangggilan 'sayang'. Merona merah wajah kesayangan hatinya itu.

"So, you dah nak balik ke?"

"I tak jadi baliklah," jawab Hud Mikail membuatkan Iris Ariana tergelak kecil.

Mereka berdua duduk di situ kembali berbual-bual mesra menikmati keindahan malam. Bukan main gembira hati seorang lelaki yang tidak kalah dalam cintanya. Disambut dengan rasa yang begitu membahagiakan.

Begitu mudah dan indah jalan takdir sepasang kekasih itu, sedangkan dua hati lagi masih merana kerana cinta. Mungkinkah akan menemui kebahagiaannya atau karam sebelum sempat kembali menyatu.

Takdir Tuhan penuh rahsia, tak siapa tahu apa yang bakal terjadi esoknya.

Tengku Harith Zaqwan baru saja selesai bercakap dengan Dania melalui telefon. Dia dapat merasakan yang Dania memang sukakan dia. Setiap kali Dania menelefonnya pasti suaranya begitu manja dan mesra dengannya.

Baik betul layanan Dania padanya, semakin kusut pula fikirannya. Bimbang andai hati itu terluka dengan lakonannya bersama Sharleez nanti, itu akan terjadi sekiranya andaiannya betul yang Dania sukakan dia.

Mahu saja rasanya dia meminta Sharleez menemaninya esok, senang jika lebih awal dia memperkenalkan Sharleez sebagai teman wanitanya, sesuai dengan perancangannya. Tapi gadis itu pula bukan senang juga untuk mendapatkan cuti secara mendadak. Jadi mahu atau tidak dia terpaksa mendepani Dania esok dengan bersikap biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience