Rate

BAB 28

Romance Series 197165

Tengku Arissya berjalan menuju ke Menara Eiffel pada petang itu selepas selesai mengajar. Dia rasa lega kerana sudah tidak kelihatan Tengku Harith Zaqwan sejak dari semalam.

"Aduh!" Tengku Arissya mengaduh sakit, dia terjelepuk jatuh. Siapa pula yang melanggarnya ni!

"Sorry-sorry, tak sengaja.." Ucap lelaki yang ada di hadapannya itu.

"Boleh bangun tak?" Sambungnya yang mahu menolong Tengku Arissya.

"Tak payah!" Balas Tengku Arissya berusaha bangun sendiri. Dia menjerling ke arah lelaki muda itu. Boleh tahan kacaknya, ada gaya.

"Really sorry, saya tak sengaja terlanggar cik. Cik ni dari Malaysia ke?" Soal lelaki itu.

"It's okay but next time tolong guna mata okay. Kalau tak mungkin ramai lagi orang yang akan awak langgar. Yup. Why?" Balas Tengku Arissya tegas.

Lelaki itu tersenyum, dia memperkenalkan dirinya, "Hai, kenalkan saya Aakif Aryanz. Dari Selangor. Awak siapa nama?"

"Tengku Arissya.."

"Owh.. datang sini belajar ke kerja?" Soal Aakif Aryanz.

"Kerja, saya mengajar sebagai cikgu tuisyen kat sini.."

"Wow, great! Saya pula kat sini sebab ada urusan kerja.." balas Aakif Aryanz ramah.

"Owh.. okay, selamat menikmati keindahan di Kota Paris. Sorry, I have to go now.." balas Tengku Arissya. Dia tak suka layan orang yang dia tak kenal. Semampu mungkin dia cuba mengelak daripada berbual dengan lelaki itu.

"Tengku Arissya. Hmmm.. cantik nama, orangnya pun boleh tahan." Ucap Aakif Aryanz sudah tersenyum sendiri melihat Tengku Arissya berlalu pergi. Dalam hati dia berharap akan menemui gadis itu lagi. Mungkin boleh saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Seharian hari ini Tengku Harith Zaqwan tidak melihat Tengku Arissya, biasanya dia akan mengikuti jejak bekas isterinya itu, tapi hari ini bila dia terbangunnya dari tidur, dia mula memikirkan sesuatu. Dia perlu mencari pekerjaan di Kota Paris.

Alhamdulillah Tengku Harith Zaqwan berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pelayan di kedai kopi. Bosan juga dia kalau asyik terperap di dalam bilik sewanya. Setidaknya kalau dia berkerja ada juga duit masuk. Duit pun banyak yang dia nak guna bayar sewa bilik dan untuk makan minumnya.

Esok dia bercadang kalau sempat, dia akan tengok keadaan Tengku Arissya. Seperti biasa dia akan memandang gadis itu cuma dari kejauhan. Tengku Arissya juga tidak pernah tahu yang bekas suaminya selalu menjaganya dari jauh. Memerhati setiap gerak-gerinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience