Rate

BAB 139

Romance Series 197165

"Hai, kakak, jauh termenung. Fikir pasal siapa?" Soal Tengku Elvia. Hari itu hujung minggu, dapatlah dua hari Tengku Arissya berehat selepas kejadian buruk menimpanya.

"Tak ada fikir apapun," balas Tengku Arissya.

"Yeke, tapi nampak tadi jauh aje menungnya tu. Ni fikir pasal Abang Harith ke? Risau kat dia ya," duga Tengku Elvia.

Tengku Arissya tidak lagi memandang kolam renang itu, dia berpaling ke belakang dan menapak ke arah adiknya. Lalu melabuhkan punggungnya di bangku.

"Adalah juga risau, kesian pun ada tau,"

"Kesian kenapa?"

"Masa Harith tolong akak dia pun cedera, dada dia terluka,"

Tengku Elvia tiba-tiba tergelak, "Alah, Abang Harith tu dia punya dada sado. Bukan macam dada ayamlah kak, so tak perlu risaulah. Abang tu kuat tau, cedera sikit aje tu.."

"Hisyh budak ni, apalah cakap macam tu. Tak baik tau,"

Kali ini Tengku Elvia senyum, "Akak dah jatuh hati sekali lagi dengan Abang Harith ke?"

"Janji hari tu tak nak cakap pasal ni, lepas tu cakap lagi," sindir Tengku Arissya.

"Okay-okay sorry akak, tak cakap lagi dah. Gurau je pun,"

"Akak, jom keluar!"

"Pergi mana?"

"Shopping, jom!"

"Akak jomlah, bosan ni. Nak keluar dengan Emir pun dia ada hal lain, nak kena settle hal bisnes dengan papa dia," sambungnya.

"Okay, jom. Akak pun ada nak beli barang sikit,"

Pagi itu mereka keluar bersama untuk membeli-belah. Mid Valley pilihan mereka.

"Akak, cantiknya handbag ni.." ucap Tengku Elvia.

"How much?"

"Oh my God, mahal juga nip. One thousand,"

Tengku Arissya senyum, "Nak ke?"

"Nak tapi mahal, so tak apalah. Jom kita ke tempat lain pula, jalan-jalan tengok handbag lain,"

Tengku Arissya tidak berganjak ketika pergelangan tangannya ditarik adiknya.

"Wait! Elvia suka ke handbag tu?"

"Kan dah bagitahu, mahal. Elvia tengah kumpul duit, nak kahwin kan,"

"Okay, kita beli ni," ucap Tengku Arissya yang sudah memberi isyarat kepada jurujual yang berada di situ.

"I nak yang ni ya,"

Handbag itu segera diambil oleh jurujual itu.. lalu dibawa ke kaunter pembayaran.

"Akak seriously?"

"Yup, anggap saja handbag tu pemberian hadiah dari akak okay," ucap Tengku Arissya.

"Oh, so sweet. Rasa terharu pula dapat handbag mahal tu,"

"Okay jom akak nak settle soal bayaran. Kita ke depan ya," balas Tengku Arissya sudah melangkah ke hadapan.

Mereka berdua masih menikmati beli-belah dihujung minggu, Tengku Arissya juga ada membeli beberapa helai tudung baru dan kemeja flannel. Warnanya sangat cantik. Dia memang suka mengayakan baju kemeja berpetak itu dengan seluar jeans.

"Huh, penatnya. Jom akak singgah makan makanan ringan. Elvia belanja okay,"

"Okay, jom!"

Sedang mereka makan berdua, Tengku Elvia ternampak Tengku Harith Zaqwan lalu di situ.. segera nama itu dipanggil.

"Abang Harith!"

"Abang sini!" Sambungnya memanggil Tengku Harith Zaqwan. Terkedu Tengku Arissya mendengar satu nama itu. Segera dia mendongak.

"Hai, Elvia. Buat apa kat sini? Shopping ya,"

"Ha'ah shopping, akak ni dia nak shopping,"

"Eh, cakap kita pula. Dia yang beria-ria ajak tadi," balas Tengku Arissya. Tengku Elvia hanya tersengih.. dah tahu salah dia.

"Eh, abang duduklah join kita orang makan,"

"Owh.. boleh ke I join sekali Arissya?"

"Duduklah," balas Tengku Arissya. Sebenarnya dalam hati dia gembira dapat menemui lelaki itu. Bolehlah dia bertanyakan soal luka di dada lelaki itu.

"Eh, hmm.. akak duduk sini dululah ya. Elvia lupa, ada nak beli barang sekejap.."

"Elvia!"

"Kejap aje kak. Bye-bye!"

'Elvia! Geramnya aku.. dia memang sengaja tinggal aku dengan Harith kat sini!' Desis hati Tengku Arissya.

"Arissya, you okay?"

"I'm okay, hmm.. macam mana dengan keadaan dada you, dah okay ke luka tu?"

"Luka di dada I ni tak sehebat luka dihati I Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya terkedu. Lelaki itu nampak serius ketika mengucapkannya.

Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba tergelak, "I gurau aje. Okay, I dah sapu ubat. Thanks ambil berat,"

"Tak adanya ambil berat pasal you, I cuma tanya aje,"

"Eleh you tak nak mengaku ni,"

"Mengaku apa?"

"Mengaku yang you sayangkan I, betul tak?"

"Mengadanya. Perasan!"

"Hmm.. okaylah I perasan," balas Tengku Harith Zaqwan. Wajahnya nampak mendung.

"Arissya... hai," sapa Faqrul yang entah dari mana munculnya. Menyibuk saja.

"Eh, Faq! You buat apa kat sini?"

"Owh.. I shopping, you?"

"Samalah, I dengan adik I.."

"Owh, tapi ni..." Sengaja Faqrul biarkan ayatnya tergantung.

"Owh.. Harith ni secara kebetulan I jumpa dia kat sini. Adik I pergi beli barang kejap," balas Tengku Arissya.

"Eh, sorry. Tak perasan pula you bawa adik you. Hai, Dafiya!" Sapa Tengku Arissya. Dia kenal Dafiya. Dafiya adik kepada Faqrul.

Tapi Tengku Arissya tiba-tiba rasa hairan, barang shopping tu semua Dafiya pegang. Tak berat ke? Faqrul ni.. mesti malas nak bawa semua barangan tu.

Faqrul yang perasan ekor mata Tengku Arissya melihat Dafiya memegang semua barangan itu segera bertindak.

"Fiya ni abang nak bawa dia nak bawa. Sini abang pegang barang tu.." ucap Faqrul mengambil barangan ditangan Dafiya. Tengku Arissya senyum.

"Fiya okay ke ni? Diam aje," ucap Tengku Arissya ramah menyapa Dafiya.

Dafiya memang tak banyak cakap, itu yang Tengku Arissya tahu. Mungkin sudah begitu sikapnya. Barangkali dia seorang yang pendiam.

"Kak Arissya tanya tu, jawablah," ucap Faqrul.

"Saya okay kak. Akak sihat?" Soal Dafiya.

"Okay, akak sihat," balas Tengku Arissya.

"Eh, duduklah. Jom join akak, kita minum-minum ya,"

"Boleh juga, I pun dahaga ni," sampuk Faqrul.

Tengku Harith Zaqwan diam, matanya nampak berkaca memandang Dafiya. Satu renungan yang penuh simpati. Agaknya kenapa ya?

"Arissya sorry, I ada kerja nak buat ni. So, I minta diri dululah ya," ucap Tengku Harith Zaqwan terus pergi dari situ.

"Kenapa berlagak sangat mamat tu?" Ucap Faqrul tidak puas hati.

"Tak apalah, biarkan aje dia. You nak makan apa-apa pesanlah," balas Tengku Arissya.

Dalam hati dia bertanya, kenapa Tengku Harith Zaqwan nampak sedih? Sebab dia ajak Faqrul dan Dafiya join sekali ke makan atau dia cemburu. Sukar untuk Tengku Arissya tafsir. Sejak Tengku Harith Zaqwan hilang ingatan, dia nampak lain macam. Sikapnya berubah, tidak seperti dulu lagi. Sejujurnya dia menyukai Tengku Harith Zaqwan yang dulu.

Tengku Harith Zaqwan pulang ke rumah, dia lempar anak kunci keretanya atas meja lalu menjatuhkan tubuhnya ke sofa. Hud Mikail yang ada di situ tengah layan handphone perasaan perubahan wajah abang sepupunya, lalu segera bertanya.

"Apahal bro? Nampak macam bad mood aje,"

"Sibuk jantan tu!"

"Jantan? Jantan mana pula kau ni,"
Soal Hud Mikail, dia letak telefonnya atas meja. Memberi fokus pada perbualannya dengan abang sepupunya.

"Faqrul,"

"Faqrul? Faqrul tu siapa? Aku kenal ke?"

"Aku tak tahulah kau kenal ke tak, tapi Arissya bagitahu jantan tu kawan baik dia,"

"Owh yeke? So, apa masalahnya dengan kau punya bad mood ni,"

"Aku tak sukalah Arissya rapat dengan jantan tu. Tak ada lelaki lain ke dia nak berkawan,"

Hud Mikail tersengih, "Kau nak dia kawan dengan kau aje ke?"

"Ya, dia kena kawan dengan aku saja!"

"Eh, kau dengar sini. Arissya tu berhak berkawan dengan sesiapa saja. Kau tak boleh halang dia tau,"

"Kenapa pula?"

"Arissya bukan milik sesiapa,"

"Arissya milik aku!" Jawab Tengku Harith Zaqwan serius membuatkan Hud Mikail terkedu. Cara Tengku Harith Zaqwan bercakap seperti dia tidak kehilangan ingatan.

"Eh, kejap! Arissya tu milik siapa? Dia dah kahwin ke? Ke dah bercerai. Sebab dia punya staf panggil dia Puan Arissya," sambungnya. Anggapan Hud Mikail meleset.

"Arissya pernah kahwin tapi dah bercerai, tu ajelah yang aku tahu,"

"Owh.. hmm aku rasa nak tackle dialah, kau rasa okay tak?"

"Kau suka dia ke?"

"Arissya tu baik, aku suka dia. Tapi aku tak suka kalau dia rapat dengan Faqrul. Aku tak suka!"

"Kau tak suka sebab takut Faqrul tackle Arissya?"

"Bukan sebab tu aje,"

"Hah? Sebab apa lagi?"

"Sebab aku memang tak suka jantan tu dekat dengan Arissya. Aku rasa jantan tu jahat,"

"Huish kau ni, main cakap aje. Tak baik cakap macam tu Harith," balas Hud Mikail.

"Apa-apa ajelah," ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah bingkas bangun ke biliknya.

Menggeleng kepala Hud Mikail dengan sikap abang sepupunya sekarang. Banyak betul perubahan padanya sejak kehilangan ingatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience