Rate

BAB 16

Romance Series 197165

"Tengku Arissya wait!" Panggil Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya tak peduli, dia berjalan laju ke hadapan, namun langkahnya dihalang.

"Please wait dear! Abang nak cakap something dengan sayang. Tolonglah bagi abang peluang untuk bercakap.."

"For what?"

"Untuk buktikan yang abang tak bersalah sayang.."

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Hei, sudahlah! Boleh tak terima hakikat yang kita ni dah tak ada apa-apa. So, tak payah nak tunjuk bukti yang awak tu tak bersalah. Saya dah tak nak dengar everything pasal awak!"

Tengku Arissya kembali meneruskan langkahnya, Tengku Harith Zaqwan terus mengejar.. memegang pergelangan tangan itu, kali ini Tengku Arissya betul-betul marah, tanpa sengaja pipi lelaki itu ditamparnya kuat.

"Tolonglah, tolong jangan ganggu aku lagi!"

Tengku Harith Zaqwan diam membisu. Bukan main marah Tengku Arissya padanya. Bencikah hati itu padanya? Dia tidak pernah menyangka yang dia akan ditampar sekuat itu. Tapi dia tidak akan mengalah. Dia akan terus mengejar cinta Tengku Arissya. Kerana sakit kehilangan orang yang dicintai itu jauh lebih pedih daripada sebuah tamparan yang baru dia rasakan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience