Rate

BAB 221

Romance Series 197165

Tengku Arissya melangkah masuk ke ofis Tengku Harith Zaqwan pada pagi itu. Dia mahu berbincang sesuatu.

"I nak jumpa dengan Tengku Harith, bos you ada?"

"Bos masih dalam meeting," jawab setiausaha Tengku Harith Zaqwan.

"It's okay, I tunggu.."

"Kalau boleh tahu, ni Tengku Arissya kan?"

Tengku Arissya senyum, "Yup, I. Why?"

"Nothing. Sebaiknya cik puan tunggu bos di biliknya," ucap perempuan itu. Dia mengenali siapa Tengku Arissya. Setahunya Tengku Arissya bekas isteri bosnya.

"Baik, saya ke biliknya.."

"Kejap, saya tunjukkan.."

"Tak apa I tahu mana biliknya.."

Tengku Arissya menapak masuk ke bilik ofis Tengku Harith Zaqwan tanpa diketahui olehnya.

Selesai meeting Tengku Harith Zaqwan menapak masuk. Entah kenapa terasa badannya gatal-gatal, masuk saja ke biliknya tanpa dia menyedari kehadiran Tengku Arissya, dia membuka baju kemejanya. Masih leka dia melihat sesuatu ditubuhnya. Tapi tiada apa-apa. Entah dari mana rasa gatalnya itu.

Tengku Harith Zaqwan mara ke hadapan, baru saja dia mahu menghenyakkan tubuh sasanya ke sofa dalam bilik ofisnya. Dia terkedu melihat Tengku Arissya disitu yang tak terkata memandangnya. Tengku Harith Zaqwan menelan salivanya. Wajah Tengku Arissya merona merah, malu. Mana tidaknya, Tengku Harith Zaqwan menanggalkan baju kemejanya.

Tengku Harith Zaqwan yang perasan dirinya tidak berbaju lalu segera menyarungka semula ke tubuhnya. Tengku Arissya sudah berpaling ke arah lain.

Selesai memakai baju kemejanya, Tengku Harith Zaqwan menapak ke ruangan meja ofisnya. Dia bersikap bersahaja.

"You buat apa kat sini? Kenapa masuk bilik I tanpa kebenaran?"

"I nak jumpa you. Setiausaha you yang minta I tunggu kat bilik you.." balas Tengku Arissya.

"You boleh kan kata, tak nak. Tapi sengaja nak masuk bilik ofis I ni dah kenapa?"

"Mana ada!"

"You tengok apa jadi tadi.."

"Jadi apa?" Soal Tengku Arissya.

"I tanggalkan baju I tadi, kalau you tergoda macam mana? Kita berdua boleh kena tangkap basah tahu tak!"

"Hisyh apa you ni! I tak adalah datang sini nak goda you.."

"Okay, so now you datang sini nak cakap apa?"

"I nak..."

Ketukan pintu kedengaran, pintu bilik terbuka. Tengku Harith Zaqwan terkedu.

Ya Allah Tengku Qistina datang ke ofisnya. Ia bukanlah waktu yang tepat. Tengku Harith Zaqwan terpaksa berlakon.

"Sayang you buat apa dengan perempuan ni?"

"I tak buat apapunlah, perempuan murahan ni yang datang ofis I. Nak goda I.." ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya memandang tepat seraut wajah lelaki itu. Geram. Rasa nak bagi penampar.

"You jangan nak tuduh I macam tu okay. I tak ada masa nak goda you, Harith!"

"Tadi tu apa? Nak peluk-peluk I hah?"

Tengku Qistina terkedu, tiba-tiba dia jadi agresif. Dia tolak tubuh Tengku Arissya, hampir saja dahinya terhantuk pada meja kaca.

"Kau ni memang perempuan tak guna!"

"Kau yang tak guna. Kau yang jahat!" Balas Tengku Arissya.

"Kau tu yang gatal betina. Kenapa kau goda bakal suami aku? Harith ni milik aku!" Jerit Tengku Qistina.

"Kau nak kau ambil. Aku tak kisahlah!"

"Kalau tak kisah kenapa kau nak peluk dia?"

"Bila masanya, aku difitnah!"

"Sudahlah!" Marah Tengku Qistina, sekali lagi dia menolak tubuh kecil Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan cuba bersabar.

"Enough!" Ucapnya. Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan Tengku Arissya. Buat-buat marah.

"You balik!"

"You jangan pernah datang sini lagi!" Marah Tengku Harith Zaqwan.. Tengku Arissya melihat renungan mata lelaki itu penuh dengan kesedihan.

"Keluar!!!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan kuat. Sengaja dia berbuat begitu. Jika tidak Tengku Qistina akan meraguinya.

'Maaf Arissya..' desis hati Tengku Harith Zaqwan sayu. Dia berpaling pada Tengku Qistina. Lalu segera berlakon.

"You okay sayang?"

"I'm okay, Harith. Dia buat apa kat you tadi? Menyampahlah I dengan perempuan tu. Rasa nak bagi penampar!"

"Relax sayang. Dia dah pergi. I dah halau. Biarlah," pujuk Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya tergesa-gesa masuk ke dalam keretanya. Semuanya menyakitkan perasaannya. Tanpa sedar air matanya mengalir laju, tapi walau bagaimanapun dia perlu sedar selama ini dia yang bersalah. Dia yang menyebabkan Tengku Harith Zaqwan membencinya.

Mungkin rasa sakit yang sedang dia lalui ini adalah balasan di atas perbuatannya pada Tengku Harith Zaqwan.

Tanpa menunggu lama di situ Tengku Arissya segera pergi meninggalkan perkarangan ofis milik Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Delisha terserempak dengan Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia. Bukan main mesra mereka berdua, secara tidak sengaja ia mengundang rasa cemburu dihati Tengku Delisha. Nekadnya semakin membara, dia berjanji akan kembali merampas Tengku Emir Danish dan membuat hidup Tengku Elvia menderita. Apapun sanggup dia lakukan demi cinta.

"Sayang esok dah tak boleh kerja okay," ucap Tengku Emir Danish.

"Siapa kata?"

"Abanglah kata," balas Tengku Emir Danish.

"Eh, apa pula abang ni!" Tengku Elvia tidak berpuas hati.

"Janji apa dengan abang hari tu? Haa.. dah lupa ni.."

"Tak ada janji apa-apa," balas Tengku Elvia bersahaja.

"Sayang tu pregnant, dah sarat sangat abang tengok. Awak tu sayang, turun naik lift tak penat ke? Buat kerja tu, buat kerja ni. Abang risau tau.."

"Tapi Elvia bosanlah ada kat rumah. Sebab dah terbiasa buat kerja.."

"Habis tu takkan sayang nak beranak kat ofis kut," perli Tengku Emir Danish.

"Abang nii.. tengok tuuu.."

"Haaa.. abang cakap sikit merajuk. Muncung lagi, buat perangai. Habis tu tak boleh nak cakap apa dah ya.."

"Tak boleh, abang diam-diam aje. Biar Elvia handle kerja kat ofis tu, lagipun akak cuti lagi tau.."

"Jangan bagi alasan sayang. Abang dah call bercakap dengan Kak Arissya. Dia akan masuk ofis esok, so now sayang kena duduk rumah aje.."

"Rumah kita ke?"

"Tak, rumah papa. Papa nak sayang tinggal sana dulu. Bahaya kat rumah time abang tak ada.."

"Dah tu rumah papa ramai ke? Tak ada ramai juga," balas Tengku Elvia.

"Kief ada. Dia orang upahan Harith, so abang yakin dia akan jaga keselamatan rumah papa tu. Sayang akan lebih selamat.."

"Tapi abang..."

"Dah sayang, kita dah bincang pasal ni kan. So, dah settle. Abang tetap dengan keputusan abang. Esok sayang tak boleh ke tempat kerja. Kak Arissya masuk ofis esok.."

"Hmm yelah-yelah.." balas Tengku Elvia akur akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience