Rate

BAB 284

Romance Series 197233

Akhirnya, berlalulah sudah honeymoon Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya. Honeymoon sementara, di masa akan datang dia akan membawa isterinya untuk ke luar negara selepas ini.

Sekarang dia perlu settlekan dulu kerjanya dan berkait soal Airel Azumi, Tengku Arissya yang akan selesaikan.

"Papa oo papaaaa!" Panggil Tengku Elvia happy. Dia baru saja siap berpeluk cium dengan kakak kesayangannya.

"Elvia tidur sini ke semalam?" Soal Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan pula sibuk mengangkat beg besar dari dalam bonet keretanya.

"Emir selalu outstation. So, duduk sinilah temankan papa..."

"Anaknya mana?"

"Mak mertua jagakan, lagipun Elvia busy sikit sekarang.."

"Eh, anak papa rupanya..." Ucap Datuk Mustaqim yang baru menuruni anak tangga dari tingkat atas. Tengku Harith Zaqwan bersalaman dengan bapa mentuanya.

"Baru sampai papa. Terus datang sini, Arissya nak duduk sini dulu boleh tak papa?"

"Kalau ye pun masuklah dulu, kita sembang kat meja ruang dapur. Sambil breakfast.." ucap Datuk Mustaqim turut mengajak menantunya.

"Eh, Elvia nak ke mana tu?" Soal Tengku Arissya bila dia melihat adiknya menapak keluar.

"Elvia breakfast kat luar, takut lewat jumpa klien kejap lagi. Ada pertemuan penting dengan klien dari Melaka hari ni," ucapnya. Datuk Mustaqim hanya mengangguk faham. Dia tahu anaknya agak sibuk dua tiga hari ini.

"Okay, take care dear!" Ucap Tengku Arissya berpesan pada adik kesayangannya.

Sejurus selepas itu, Tengku Arissya dan suaminya menapak masuk ke ruangan halaman dapur. Breakfast awal pagi sudah tersedia di atas meja.

"Jemput makan.."

"Umi mana paa? Dafiya?"

"Diaorang tak ada, balik kampung halaman..."

"Owh, ada kampung rupanya. Habis tu makanan ni semua siapa masak?"

"Elvia, sebelum subuh dia bangun siapkan breakfast untuk papa.."

Tengku Arissya mengangguk faham sambil mengunyah roti. Mereka menikmati sarapan pagi bersama.

"Papa Arissya nak tinggal sini seminggu dua, boleh tak?"

"Rumah ni rumah anak papa juga, tak payahlah sampai minta izin. Arissya boleh datang tinggal sini bila-bila masa aje.."

"Thanks papa!"

"Welcome..."

"Owh ya, Harith. Business kat sini macam mana? Dah settle?"

"Dah banyak settle papa, tinggal sikit aje lagi. Lepas dah settle semua Harith nak sambung honeymoon kat luar negara.."

Datuk Mustaqim mengangguk faham. Tengku Arissya yang sedang menikmati makanan itu bersahaja reaksinya. Dia sudah tahu mengenai perkara itu.

"Papa okay aje, tak halang pun. Pergilah honeymoon luar negara tu... Cuma papa nak tanya, Airel dah tahu ke soal kamu berdua kahwin?"

"Belum. Kenapa papa?" Soal Tengku Harith Zaqwan

"Papa harap lepas ni kamu berdua settle benda ni cepat, papa Airel dah bertanyakan soal Arissya. Papa bimbang dia bawa hajat ke mari untuk Arissya.."

Terdiam Tengku Harith Zaqwan beberapa minit.

"Arissya sendiri akan settle bab ni, papa jangan risau. Lagipun Arissya yakin Airel akan faham. Dia mesti dapat terima..." Mendengar ungkapan itu Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, isterinya bercakap seolah-olah dia paling tahu segalanya.

Seandainya Tengku Arissya tahu siapa sebenarnya lelaki yang bernama Airel Azumi itu, sudah pasti dia gerun.

Tak apa, biarlah kalau pun Tengku Arissya mahu menyelesaikannya sendiri. Kalau dihalang rajuk pula hati yang satu itu.

Selesai bersarapan pagi, Tengku Arissya menapak ke tingkat atas biliknya bersama suaminya. Datuk Mustaqim pula sudah ke ofisnya, masih banyak kerja yang perlu dia selesaikan.

Kedengaran ringtone telefon milik Tengku Arissya, dia yang sedang mengemas itu segera menjawabnya.

"I cuti lagi, why?" Soal Tengku Arissya.

Sewaktu itu Tengku Harith Zaqwan sedang mandi.

"Cuti? You sakit ke? You tak pernah cuti banyak hari.."

"I'm okay, I cuma ada urusan lain yang lebih penting. Jadi, I kena settlekan dulu.."

"Owh.. bila you masuk ofis?"

"Tak sure lagi, tengoklah macam mana. Kenapa?"

"I rindu youlah, dah lama you tak datang ofis. Walaupun kita ni tak satu ofis, tapi kerap juga jumpa kat luar time lunch.."

"Owh ye.. tak apalah, I pun ada something nak cakap dengan you nanti. Tunggu I dah settle urusan I, kita jumpa.."

"Really?" Soal Airel Azumi begitu gembira.

"Yup.."

"You nak cakap pasal apa? Pasal kita ke? I means, tentang perasaan I kat you selama ni?" Soal Airel Azumi.. dia tak sabar ingin tahu tentang perkara itu.

"Yup, lebih kurang macam tulah.."

"Okay, I tak sabar nak jumpa you Arissya. I yang akan pilih tempat pertemuan dengan you tu kali ni, okay?"

"Up to you, I ikutkan aje.."

"Okay, Arissya. Thank's.."

"Welcome. Okaylah, I ada benda yang tak settle lagi ni. Nanti I dah masuk kerja I akan contact bagitahu you.."

"Okay, bye Arissya. Take care dear..." Balas Airel Azumi sebelum menamatkan panggilan itu.

"Sayang cakap dengan siapa tadi? Abang macam dengar sayang bercakap.."

"Airel," balas Tengku Arissya.

"Dia call nak apa?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Mukanya sudah berubah bengis.

"Dia tanya kenapa lama tak masuk ofis, dia cakap rindu, dan peluang yang ada tu Arissya bagitahu nak jumpa dengan dia. Dia nampak happy, tapi waktu tulah dia kena terima hakikat yang Arissya ni dah jadi milik abang..."

"Dia memang kena terima hakikat tu sayang. Sayang milik abang, kita dah kahwin. Dah sah bergelar suami isteri..."

"Arissya harap dia akan faham semuanya..."

Tengku Harith Zaqwan hanya mengangguk faham.

Airel Azumi sudah tersenyum sendiri, dia happy bila kesayangan hatinya ajak untuk bertemu dengannya. Lagi happy, bila apa yang bakal Tengku Arissya cakap nanti tentang apa yang dia tunggu-tunggu selama ini.

Airel Azumi menelefon seseorang, bertanyakan tempat mana yang sesuai untuk dia ajak kekasihnya makan malam yang romantik. Dia sedang mengatur tempat istimewa bagi sebuah pertemuan yang indah...

Indahkah nanti? Jika pertemuan itu bakal melukai hatinya dengan begitu hebat? Mampukah lelaki itu menerima segala kenyataan pahit itu, atau gagal menerima sehingga mengundang kemarahan? Segalanya masih terlalu rahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience