Rate

BAB 211

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan terserempak dengan Tengku Arissya. Mata bertentang mata, tanpa seucap suara.

"Arissya...." Panggil Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya sihat?" Sambungnya.

"Kalau nampak I macam ni, ke sana sini tu tandanya sihatlah. Lainlah kalau terlantar kat atas katil hospital tu.."

Nampaknya kemarahan Tengku Arissya pada Tengku Harith Zaqwan belum reda sepenuhnya.

"Arissya masih marahkan abang?"

"I bukan setakat marahkan you, tapi benci. Terlalu bencikan you!"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Tak apalah kalau Arissya dah memang bencikan abang. Abang boleh buat apa kan. Apapun abang doakan semoga Arissya bahagia.."

"Of course I bahagia Harith," balas Tengku Arissya.

"Arissya!" Sapa Faqrul yang tiba-tiba muncul disitu.

"Faq kebetulan you datang sini.." balas Tengku Arissya yang sudah berpaling pada Faqrul. Faqrul yang tidak mengerti apa-apa hanya terdiam. Wajahnya blur.

"Owh ya Harith, kenalkan ni bakal suami I tak lama lagi. Faqrul.."

Faqrul terkedu. Terbeliak biji matanya. Namun begitu hatinya melonjak bahagia.

"Really?" Soal Tengku Harith Zaqwan.
Faqrul mendabik dada, dia cuba menjadi hero dihadapan Tengku Arissya. Dia sudah melangkah setapak ke depan.

"Hey, kau dengar sini! Aku dengan Arissya bakal berkahwin. Kau jangan kacau dia okay. Dia kepunyaan aku!"

"Yeke? Bila nak berkhawin tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan membuatkan hati Tengku Arissya panas. Dia tahu lelaki itu tidak percaya.

"Sebulan saja lagi kami bakal berkahwin. Kad jemputan I akan bagi pada you. Wait okay!" Balas Tengku Arissya penuh dengan keangkuhan. Dia kemudiannya berlalu pergi dari situ, Faqrul mengikuti jejaknya. Sempat Faqrul sengaja melanggar tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan kuat.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, dia berpaling memandang Tengku Arissya yang sudah melangkah pergi darinya.

'Sayang.. keangkuhan itu akan menjahamkan jiwa sayang suatu hari nanti. Abang tahu Arissya tipu... Tak perlu melakukan hal itu sayang, mendengar saja sudah cukup melukai hati abang, meskipun hakikatnya semua itu dusta!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Tengku Arissya masuk ke bilik ofisnya. Dia tiba-tiba menekup mukanya dengan tangan. Nafas tampak rumit dihelanya. Air matanya laju mengalir.

'Kenapa aku perlu jumpa kau tadi? Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku benci, Harith! Aku benciiiii...' desis hati Tengku Arissya. Dia tidak tahu jiwanya benar-benar sensitif. Sudahnya dia menangis sendirian pada pagi itu. Dia yang memberi luka dihati Tengku Harith Zaqwan, dia pula yang merasa terluka pedih.

Faqrul pula semakin sakit hati dengan Tengku Arissya.

"Tak guna punya perempuan. Aku ingat betul-betul dia nak kahwin dengan aku. Rupanya tipu, semua tu lakonan. Kau ingat aku ni apa? Tunggul? Barang mainan? Kau siap kau!"

Marah Faqrul geram. Dia berjanji akan menghancurkan hidup Tengku Arissya. Kesabarannya sudah hilang.

"Sibuk sangat sampai lupa mama dengan papa ya," ucap Datin Falida terasa hati. Mana tidaknya, anak dan menantunya sudah lama tidak ke rumahnya.

Tengku Elvia memujuk. Dia memeluk mak mentuanya, "Sorry mama. Memang Elvia akui agak busy kat ofis tu. Tu yang tak sempat nak datang,"

"Emir pun sama mama. Tak percaya cuba tanya papa.."

Datuk Qaid hanya menganggukkan kepalanya bersama senyuman.

"Tak apalah asalkan Elvia jaga menantu mama dalam ni tau," ucap Datin Falida sambil menyentuh perut menantunya yang semakin membesar.

Tengku Elvia senyum, "Ya mama Elvia jaga cucu mama ni baik-baik..."

"Dah jomlah kita masuk. Kamu berdua bersihkan diri dulu, naik ke bilik. Kejap lagi kita makan malam bersama.." ucap Datuk Qaid.

Untuk tiga hari Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia akan berada dirumah Datuk Qaid dan Datin Falida.. lagipun mereka bercuti. Mahu meluangkan masa bersama keluarga.

"Aku dah tak boleh sabar lagi bos! Aku nak kau buat something biar Tengku Arissya menderita.."

"Kenapa dengan kau ni? Marah tak tentu pasal," balas Tengku Qistina. Tiba-tiba Faqrul mengamuk sakan.

"Kau tahu tak, tadi Tengku Arissya cakap depan Tengku Harith yang dia nak kahwin dengan aku. Aku ingatkan betul tapi rupanya tipu.."

Tengku Qistina tergelak mendengarnya, "Perempuan mana nakkan kau ni hah? Muka dahlah macam tayar lori!"

"Kau jangan hina aku bos. Kau tu pun kena hati-hati. Kalau Arissya boleh permainkan aku macam tu, itu maksudnya dia masih sukakan Tengku Harith.."

Kali ini Tengku Qistina terdiam. Faqrul terus meracuni bosnya.

"Aku yakinlah bos. Tengku Harith tu cintakan Arissya. Ataupun mungkin Arissya mencintai teman lelaki kau tu. Takkan kau nak biarkan mereka bersatu? Kalau tak habislah lombong emas kau!"

"Cis tak guna!" Tengku Qistina sudah termakan racun itu. Jiwanya meradang gila.

"Aku takkan biarkan!"

"Baguslah kalau macam tu. Ada baiknya kau perlu mula merancang rancangan gila.."

"Memang aku sedang merancang, cuma masih belum merancang sepenuhnya.."

"Aku dengar Remy dah kembali, betul ke?"

"Siapa bagitahu kau?"

"Gee.."

"Kalau betul Remy dah kembali, ada baiknya kau minta dia buat kerja. Aku percaya Remy tu boleh diharapkan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience