Rate

BAB 78

Romance Series 197233

"Owh.. jadi itulah kisahnya yang kau bengang gila!" Ucap Zulfiqar setelah dia mendengar cerita Aakif Aryanz mengenai Tengku Arissya.

"Haaa.. itulah!"

"Aku punya pandangan, kalau kau nak tackle perempuan tu. Lebih baik kau jadi hero dimata dia. Buat dia terhutang budi," ucap Zulfiqar memberi cadangan.

"Maksud kau?"

"Macam ni.. sini!" Zulfiqar berbisik sesuatu pada Aakif Aryanz.

"Idea yang bagus. Berguna juga otak kau ni!" Ucap Aakif Aryanz tersengih.

"Haaa.. macam tu! Tapi apa yang penting sekarang, kau kena dekati Arissya dulu untuk tahu siapa bekas suami dia. Bila dah kenal ikut planning aku tu.."

Nampaknya Zulfiqar sudah merancang sesuatu bersama Aakif Aryanz. Rancangannya biasa rancangan gila, ke arah menghancurkan hidup orang lain.

Tengku Harith Zaqwan terdengar azan berkumandang dari Masjid Ali Ibn Abi Thalib, dia segera berjalan perlahan menapak ke situ. Tiba-tiba secara tidak sengaja ada seseorang terlanggar tubuhnya.

"Sorry..."

"It's okay," balas Tengku Harith Zaqwan. Darius terkedu apabila terpandangkan wajah itu. Rasanya seperti dia mengenali lelaki itu.

"Zaq!"

"Owh.. kau rupanya, Darius. Aku ingatkan siapa tadi," balas Tengku Harith Zaqwan yang mula perasan.

"Kau nak pergi mana ni?" Sambungnya.

"Aku nak lunch," balas Darius.

"Aku pun nak lunch juga ni, dah rasa lapar.." ucap Tengku Harith Zaqwan sambil menyentuh perutnya.

Darius tersengih, "Jomlah lunch dengan aku.."

"Okay, tapi aku nak solat zohor dulu. Jom join sekali, kau pun mesti tak solat lagi kan," ajak Tengku Harith Zaqwan.

"Err.. aku...."

"Alah, jomlah. Kita solat dulu bro.." balas Tengku Harith Zaqwan.

Takdir telah tertulis Darius menemui Tengku Harith Zaqwan pada petang itu. Sebelum masuk ke masjid itu Darius lama memandang bangunan masjid itu. Ada getaran perasaan yang sukar digambarkannya.

"Kau okay ke ni?"

"Okay. Hmm.. kau selalu datang kat masjid ni ke?"

"Yup, beautiful masjid. Great facilities," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Eh, jomlah kita ambil wudhuk dulu.." Sambungnya.

"Hmm.." balas Darius. Dia menapak ke dalam masjid itu untuk mengambil wudhuk.

Dia tahu segalanya. Dia bukan jahil soal agama, tetapi dia terhanyut dalam kejahilan kerana kelekaannya menurut hawa nafsu. Terjebak dalam kancah hanyir sebuah kehidupan. Tercampak dibumi Paris dalam keadaan jiwanya kacau.

Kakinya sudah menjejak ke tempat solat, Tengku Harith Zaqwan dan Darius solat disebelah kanan. Ramai saja orang-orang Islam di Kota Paris di France, yang datang solat di Masjid Ali Ibn Abi Thalib.

Di sini orang Islam boleh dikatakan ramai juga, ada yang menetap bersama keluarga, menyambung pengajian dan bekerja di sini demi mencari rezeki. Bumi Allah itu luas. Rezeki ada di mana-mana saja. Adalah juga dia bertemu dengan mualaf dan pelajar-pelajar daripada Malaysia, sempat juga dia berkenalan dengan mereka di Masjid Ali Ibn Abi Thalib sebelum ini.

Ketika Darius menyebut dalam solatnya 'Allahuakhbar' air matanya jatuh. Tiba-tiba ingatannya menerjah ke kampung halamannya. Hatinya diserbu rasa rindu pada neneknya yang telah meninggal dunia.

Darius berundur ke belakang beberapa langkah. Dia terduduk, dia tidak dapat meneruskan solatnya. Tengku Harith Zaqwan yang baru saja ingin solat terhenti, dia menoleh ke belakang. Dia lihat Darius menangis. Segera Tengku Harith Zaqwan bertanya.

"Kenapa kau menangis ni?"

"Aku.. err.. aku..."

"Bro, kau okay tak ni? Kau ada masalah ke?"

"Tak.. aku cuma teringatkan nenek aku kat kampung," balas Darius.

"Owh.. rindu neneklah ni. Kalau rindu kau baliklah Malaysia jumpa dia," ucap Tengku Harith Zaqwan yang tidak mengetahui apa-apa tentang Darius.

"Nenek aku dah lama meninggal. Kalau aku rindu pun tak boleh buat apa," balas Darius.

Tengku Harith Zaqwan terdiam seketika sebelum dia bersuara semula.

"Kau silap Darius. Kau ada doa. Kalau rindu doakan untuk nenek kau, sedekahkan dia Al-Fatihah setiap hari.. itu cara merindui orang yang telah tiada," pujuk Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi aku dah lama tak solat. Bertahun aku tak solat dan sujud ke sejadah Zaq.." Luah hati Darius. Laju air matanya mengalir.

"Tak apa, kita solat dulu. Jom solat dengan aku," balas Tengku Harith Zaqwan mengajak Darius kembali berdiri dan solat di sebelahnya. Darius ikutkan saja sampailah dia berjaya menghabiskan 4 rakaat solat zohornya pada petang itu, ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar. Bukan mudah memerangi hawa nafsu.

Selesai solat mereka ke salah sebuah restoran berdekatan Tour Eiffel untuk menikmati makanan halal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience