Rate

BAB 37

Romance Series 197165

Aakif Aryanz masih mendekati Tengku Arissya. Lelaki itu sebenarnya ada tujuan tersendiri, dia mahu gadis itu jatuh cinta padanya. Selepas itu dia akan memanfaatkannya. Dia sedang berfikir untuk memasang satu perangkap. Tapi tidak mudah baginya untuk mendekati Tengku Arissya. Dia bukan calang-calang orang. Dia perlukan masa.

Aakif Aryanz sedang menikmati air kopi tin yang dibelinya petang tadi, dia tiba-tiba tersengih sendiri bila melihat gambar Tengku Arissya dalam telefonnya itu. Sebenarnya gambar itu di curinya secara tidak sengaja.

"Cantik! Mungkin sebab kau cantik kut aku asyik teringatkan kau Arissya.."

Air kopi itu sudah habis diminumnya, segera dia whatsapp Tengku Arissya.

"Hai, buat apa?" - Aakif Aryan

Kedengaran deringan halus bunyi whatsapp masuk, Tengku Arissya buka whatsapp itu. Aakif Aryanz rupanya. Dia segera balas whatsapp itu.

"Tengah rehat.." - Tengku Arissya

"Oh, sorry ganggu.." - Aakif Aryan

Kali ini Tengku Arissya diam, dia tak balas whatsapp milik Aakif Aryanz. Lagipun dia mengantuk, tadinya dia sangkakan Tengku Harith Zaqwan yang whatsapp dia. Entah kenapa dia rasa aneh dengan sikap lelaki itu. Banyak benda buat dia tak faham. Patutkah dia memberi peluang untuk bekas suaminya bercakap? Atau membiarkan saja semuanya terus begini.

Malam itu Tengku Arissya mula berfikir. Serba salah jadinya, antara mahu atau tidak dia memberi peluang untuk Tengku Harith Zaqwan menjelaskan kebenaran itu. Kebenaran? Benarkah kebenaran itu atau hanyalah rekaan semata. Argh! Buntu dia memikirkannya.

Aakif Aryanz lama menunggu respond Tengku Arissya tapi tiada, whatsappnya tak dibalas. Sakit betul hatinya. Benarlah apa yang sedang dia fikirkan, Tengku Arissya tidak mudah dijerat. Dia perlu lebih gigih menawan hati itu. Jika dia berjaya, ini merupakan rezeki terbesarnya.. lagipun Tengku Arissya merupakan anak orang kaya. Anak Datuk Mustaqim. Dia tahu mengenai keluarga gadis itu pun kerana kejayaannya membuatkan gadis itu sudi untuk bercerita soal keluarganya. Dia akan cuba bersabar dan meneruskan rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience