Rate

BAB 110

Romance Series 197165

Dua hari kemudian..

Tengku Elvia baru saja selesai berbual-bual dengan papanya menerusi telefon, banyak juga topik yang dibualkan termasuklah mengenai Tengku Arissya. Nasib baik waktu dia berbual dengan papanya, kakaknya sudah tertidur.

Sejak peristiwa hitam terjadi dalam hidup kakaknya, Tengku Elvia perasan yang kakaknya lebih banyak berdiam diri. Barangkali banyak soalan yang sedang bermain di fikirannya. Atau mungkin masih kesal dengan kesilapan yang dia telah lakukan terhadap bekas suaminya.

Tengku Elvia mencapai telefonnya kembali. Mungkin agak tidak sesuai waktu begini dia text Tengku Harith Zaqwan.. tapi dia perlu memberitahu keadaan kakaknya sekarang.

"Hai, abang! Dah tidur ke?"
- Tengku Elvia

Tengku Harith Zaqwan tersedar apabila bunyi whatsapp masuk, lagipun dia tidak begitu lena tidur.. dia rasa tidak sedap badan. Rasa mahu demam. Di bahagian pinggangnya juga terasa berdenyut. Sakit.

"Elvia?" Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan, dia bingkas bangun lalu bersandar di kepala katilnya.

"Belum lagi.." - THZ

"Abang Harith, sorrylah kacau. Elvia nak bagitahu something.."
- Tengku Elvia

"Bagitahu apa?" - THZ

"Hmm.. kakak tak okay, dia banyak mendiamkan diri. Elvia rasa kakak perlukan abang. Abang please jumpa kakak.." - Tengku Elvia

"Abang nak jumpa juga, hari terakhir sebelum abang pulang ke Malaysia.." - THZ

"What? Abang Harith nak balik Malaysia?" - Tengku Elvia

"Yup, dua tiga hari lagi.." - THZ

"Tapi sebelum balik Abang Harith jangan lupa jumpa kakak dulu. Elvia berharap sangat.." - Tengku Elvia

"Alright, Elvia.." - THZ

Perbualan melalui whatsapp hanya setakat itu saja, Tengku Elvia agak terkilan bila tahu Tengku Harith Zaqwan mahu pulang ke Malaysia. Dia ingat lelaki itu akan memujuk kakaknya.. tapi nampak gayanya tiada jalan untuk keduanya bersatu semula.

Tengku Elvia tidak menyalahkan Tengku Harith Zaqwan kerana punca kepada masalah ini sendiri disebabkan sikap degil kakaknya. Jadi, apapun keputusan yang dibuat oleh Tengku Harith Zaqwan.. kakaknya perlu menerima dengan hati yang terbuka.

"Ciss tak guna!" Marah Tengku Emir Danish sakit hati. Entah dari mana Tengku Delisha mendapatkan nombor telefonnya.

"Kenapa ni kau tak jawab panggilan aku? Eeiii.. geramnya!" Ucap Tengku Delisha. Dia cuba menelefon sekali lagi, tapi tetap gagal di hubungi. Mana taknya Tengku Emir Danish sudah offkan handphonenya.

Tengku Emir Danish kembali menyiapkan kerjanya yang masih berlambak, jika tidak pasti dia akan dimarahi papanya dan di anggap lambat buat kerja.

"Mana pula ni Emir, aku call tak dapat. Kenapa ya?" Ucap Tengku Elvia bercakap sendirian.

Tengku Elvia cuba menelefon sekali lagi.. namun gagal.

"Tak mungkinlah Emir offkan handphone, dia mana pernah offkan handphone. Kenapa dengan Emir ni? Risau pula aku.." Ucap Tengku Elvia bercakap sendirian. Dia nampak resah. Tengku Arissya perasaan akan hal itu, lalu segera menegur adiknya.

"Kenapa tu? Resah aje akak tengok, ada apa-apa ke ni?"

"Err.. eh, kakak! Nothing.."

"Tipulah tu.."

"Tak ada apalah akak," balas Tengku Elvia.

"Kalau tak ada apa, takkanlah mundar mandir kat depan ni sambil pegang handphone, mulut tu bising aje. Why?" Soal Tengku Arissya.

Tengku Elvia tersengih. Dia mula membuka ceritanya, cerita yang agak panjang tetapi cuba diringkaskan. Cerita cinta pertemuannya dengan Tengku Emir Danish. Bukan main gembira Tengku Arissya mendengarnya.

"Tak sangka pula akak yang Elvia bercinta dengan anak Datuk Qaid, kawan baik papa kut tu..." Ucap Tengku Arissya.

Tengku Elvia sengih, "Tulah kan.. tapi kami bercinta pun secara kebetulan aje kak. Pertemuan yang tak disangka,"

"Akak doakan yang baik-baik untuk Elvia. Semoga hubungan Elvia dan Emir berkekalan sampai syurga. Jangan lupa kenalkan akak dengan Emir nanti," balas Tengku Arissya mendoakan yang terbaik untuk adiknya.

"So, bila nak kahwin ni?" Sambungnya..

Kali ini Tengku Elvia tergelak, "Nanti Elvia kenalkan. Insya-Allah kalau jadi lepas dah selesai semualah,"

"Maksud Elvia?"

"Bila dah settle pasal akak. Manalah tahu kan, kita naik pelamin berdua. Akak dengan Abang Harith, Elvia dengan Emir," ucap Tengku Elvia. Kali ini Tengku Arissya terdiam.. riak wajahnya terus berubah.

"Sorry akak. Elvia tak bermaksud untuk...."

"It's okay Elvia. Akak nak keluar kejap. Nak ikut tak?"

"Pergi mana?"

"Kat tempat biasa, di bawah pokok berdekatan Menara Eiffel.."

"Hmm.. tak apalah, akak pergilah. Elvia ada hal kejap nak settle," balasnya.

"Baik.. akak pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu!" Pesan Tengku Arissya segera menapak keluar dari situ setelah selesai menyarung tudungnya di kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience