Rate

BAB 264

Romance Series 197233

Dua orang nurse laju menolak Tengku Arissya yang sudah berada di atas katil beroda, untuk di bawa masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu ada Tengku Elvia yang sudah dibelasah resah. Bibik menelefon padanya mengenai kecelakaan yang menimpa kakaknya, segera dia ke sana. Waktu itu dia berada dirumahnya, anaknya dia tinggalkan bersama Dafiya dari semalam di rumah papanya. Suaminya juga turut ada sekali menemaninya sekarang.

"Sayang call bagitahu papa.."

"Tak boleh abang, papa ada sakit jantung. Bahaya kalau dia tahu mengenai kakak..."

"Okay, kalau macam tu kita biarkan saja dulu..."

"Elvia risau abang..." Ucap Tengku Elvia yang sudah menangis. Tengku Emir Danish memeluk isterinya. Seakan memujuk hati itu.

"Don't worry dear. Semuanya akan okay nanti..."

"Tapi macam mana kalau...."

"Syhhh.. jangan cakap bukan-bukan, kita tunggu doktor rawat Kak Arissya dulu..."

Tengku Elvia memandang tajam ke arah bibik, dia rasa mahu marah. Bibik langsung tidak memaklumkan padanya yang kakaknya demam.

"Bibik, ini semua salah bibik!" Ucap Tengku Elvia menunding jari ke arah bibik. Bibik itu hanya tunduk ketakutan.

"Maaf Cik Elvia, bibik nggak sengaja...."

"Kenapa bibik tak maklumkan awal pada saya yang kakak sakit? Kenapa biar...."

"Sayang stop it! Tak baik marah bibik. Dia tak salah. Mungkin Kak Arissya tak nak bibik bagitahu yang dia sakit sebab tak nak susahkan kita..."

"Tapi sebab bibik akak makin teruk, kepala akak berdarah. Banyak abang darah keluar! Elvia risau..."

Kali ini air matanya gugur lagi, sekali lagi Tengku Emir Danish cuba menenangkan isterinya.

Sejam Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish menunggu, tapi masih belum ada khabar berita. Sambil menunggu, Tengku Elvia memuat naik di instagramnya mengenai kakaknya. Tertulis di situ bersama gambar di luar bilik ICU :

'Ya Allah, semoga kakak berjaya melepasi saat-saat sulit dalam hidupnya. Be strong sister!'

Instagram miliknya tidak diketahui oleh sesiapa, hanya seorang saja yang tahu mengenai instagramnya. Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan masih resah. Dia mencapai telefonnya, namun belum sempat dia mahu menelefon Sharleez untuk bertanyakan mengenai Tengku Arissya. Dia tertengok instagram milik Tengku Elvia, tertera kata yang membuatkan dia terkedu. Terasa jantungnya ditikam berulangkali dan seakan terhenti berdegup.

Dia sreenshoot apa yang dibacanya di instagram milik Tengku Elvia, lalu dikirim pada Sharleez. Kemudian dia terus call gadis itu.

"Leez! Kau dah baca apa yang aku hantar?"

"Tuan, apa yang tuan hantar tu mengejutkan aku juga tapi aku tak pasti apa yang berlaku pada Tengku Arissya..."

"Call now! Call!" Jerit Tengku Harith Zaqwan kuat. Air matanya gugur. Resahnya bukan sedikit. Dia ke hulu hilir menanti jawapan daripada Sharleez semula.

Sharleez sedang bercakap dengan Tengku Elvia. Tengku Elvia menceritakan segalanya.

Sharleez menelefon semula Tengku Harith Zaqwan dan menceritakan segala-galanya. Tidak terucap dia, air matanya gugur. Dia menangis semahu-mahunya.

"Leez, aku akan ambil tiket sekarang untuk balik ke Malaysia, aku nak tengok sendiri keadaan Tengku Arissya tapi aku tak nak sesiapa tahu kehadiran aku. Aku nak kau tolong aku..."

"Okay tuan!"

Tengku Harith Zaqwan keluar segera untuk ambil tiket pulang ke Malaysia tanpa sesiapa pun tahu mengenai kehadirannya. Dia ke sana hanya untuk memastikan keadaan Tengku Arissya saja.

"Abang risau..." Ucap Tengku Elvia masih setia menanti.

"Don't worry, Kak Arissya kuat orangnya. Dia akan okay sayang. Please, tenang..."

Hampir dua jam akhirnya doktor keluar dari bilik itu, Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish bingkas bangun.

"Doktor macam mana dengan kakak I?"

"Okay, but..."

"But why?" Soal Tengku Elvia risau. Tengku Emir Danish memandang wajah isterinya, memberi isyarat supaya bertenang.

"But pihak kami perlu x-ray sekali lagi di bahagian kepalanya, hentakan tu agak kuat mengenai kepalanya..."

"Apa kemungkinan yang akan terjadi?"

"Darah beku dalam kepala.." balas Doktor itu membuatkan Tengku Elvia kecewa.

"Pesakit akan dimasukkan ke wad biasa, tapi akan dipantau oleh nurse..."

"Boleh I jumpa kakak I?"

"Sebaiknya esok, biarkan patient berehat dulu.." balas doktor.

"Saya minta diri dulu," ucap doktor itu segera pergi dari situ. Tengku Elvia diam seketika. Dia benar-benar sedih.

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka, dua orang jururawat menolak katil beroda itu untuk ke ruangan wad biasa. Namun, Tengku Elvia menghalang....

"Kakak please, kuat! Tolonglah...." Ucap Tengku Elvia sebelum nurse menolak semula katil beroda itu.

Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish menunggu di hospital sehingga waktu pagi, jam 10.00 pagi Tengku Elvia dibenarkan masuk ke ruangan wad yang menempatkan kakaknya. Manakala Tengku Emir Danish pulang ke rumah bapa mentuanya, dia mahu memaklumkan mengenai berita Tengku Arissya.

Setahunya, bapa mentuanya bercuti pada hari itu. Jadi, itu yang dia langsung ke rumah bapa mentuanya.

"What?" Datuk Mustaqim terkedu, dia memegang dadanya.

"Papa Mus!" Ucap Dafiya yang juga ada di situ. Mereka semua terkedu mendengar berita itu.

"Papa are you okay? Tenang papa, Kak Arissya okay. Dia dah ditempatkan di wad biasa.."

"Kenapa baru bagitahu papa?" Soal Datuk Mustaqim terkilan.

"Kami tak nak papa risau, tu aje. Kalau papa nak melawat Kak Arissya, kita boleh pergi sekarang. Elvia minta papa pergi dengan Emir.."

"Okay, papa nak tengok anak papa sekarang juga..."

"Papa Mus, Fiya nak ikut..."

"Tak apa kita semua pergi sana.." balas Datuk Mustaqim.

Tengku Elvia baru saja selesai bercakap dengan Hud Mikail, dia dan isterinya akan ke sana juga melihat keadaan Tengku Arissya. Sharleez pula dalam perjalanan ke sana atas arahan tuannya, suaminya tidak ikut serta kerana sudah masuk kerja.

Dekat jam dua belas tengah hari semua sudah berkumpul di bilik wad itu, tinggal Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia di luar bilik. Datuk Mustaqim, Puan Ros dan Dafiya masih di dalam melihat keadaan Tengku Arissya yang masih tidak sedarkan diri.

"Hei, Emir! Sorry, aku lambat. Jalan jammed. Isteri pun tak berapa sihat, sakit perut..." Ucap Hud Mikail yang baru saja sampai.

"It's okay.."

"Elvia I harap you bersabar ya. Tapi macam mana boleh sampai Tengku Arissya masuk wad? Kenapa dengan Arissya? Dia sakit ke?" Soal Iris Ariana. Perutnya sudah nampak semakin besar. Tak lama lagi dia bakal menimbang cahaya mata.

Tengku Elvia menceritakan semuanya secara ringkas, lagipun papanya masih di bilik wad. Dia sudah diingatkan oleh nurse, hanya beberapa orang saja boleh melawat pesakit.

"I nak masuk bilik tengok keadan Arissya boleh tak?" Soal Iris Ariana. Kebetulan sejurus selepas itu Datuk Mustaqim, Puan Ros dan Dafiya baru saja keluar.

"Boleh je Ariana," balas Tengku Elvia.

"Abang jom tengok Arissya," ucap Iris Ariana menarik pergelangan tangan suaminya. Nampak sangat manjanya, sweet.

Beberapa minit kemudian, Sharleez sampai di hospital. Dia agak terlewat atas urusan lain.

"Leez!"

"Macam mana Arissya?" Soal Sharleez. Sebenarnya dia dah tahu mengenai Tengku Arissya secara details, dia sendiri menemui doktor yang merawat Tengku Arissya.. itu yang dia lambat.

"Akak masih tak sedarkan diri.."

"Hmm tak apa, you jangan sedih. Arissya akan okay.."

"I masuk dalam kejap tengok Arissya ya.." sambungnya.

"Kat dalam ada Hud dan Ariana sekali tu.."

Sharleez mengangguk faham. Ketika masuk saja dalam bilik wad itu, Sharleez menyapa kedua suami isteri itu. Mereka sempat berbual-bual.

"Kesian Arissya, macam-macam ujian dia kena lalui.." ucap Iris Ariana.

"Ujian kita berbeza, masing-masing Allah dah tentukan..." Balas Sharleez.

"Aku ni sakit hati dengan Harith, agaknya dia tahu tak pasal Arissya masuk hospital ni.." Tiba-tiba Hud Mikail mengaitkan nama Tengku Harith Zaqwan.

"Mesti Harith tak tahu lagi ni abang, apa kata abang bagitahu Harith pasal Arissya.."

Sharleez mencelah, "Aku rasa tak perlu kut.."

Hud Mikail berpaling, tidak puas hati dengan apa yang keluar daripada mulut Sharleez.

"Kenapa kau rasa tak perlu? Harith ni sayangkan Arissya setengah mati tahu tak!"

"Kau ingat dia akan balik Hud? Tak! Dia takkan balik sini. Percayalah cakap aku.." balas Sharleez. Dia sebenarnya sengaja berkata begitu untuk menghalang Hud Mikail menelefon Tengku Harith Zaqwan, jika tidak boleh timbul pula pertengkaran.

Seperti yang dimahukan tuannya, dia di minta agar tidak ada sesiapa pun mengetahui yang dia akan pulang ke Malaysia.

"Betul juga apa yang Leez cakapkan tu abang, buat apa kita bagitahu Harith. Dia pun belum tentu balik sini.."

"Dah tu sayang nak biarkan aje Harith tak tahu pasal Arissya sakit?"

"Ya untuk elak abang gaduh lagi dengan Harith, itulah yang terbaik," tegas Iris Ariana. Hud Mikail hanya mengangguk faham. Sharleez lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience