Rate

BAB 29

Romance Series 197165

Alamak!

Tengku Harith Zaqwan sudah terlewat bangun, dia tergesa-gesa melompat terjun dari katilnya dan segera masuk ke tandas bersihkan diri.

Beberapa minit kemudian selesai semuanya dia segera menapak keluar dari rumah sewanya. Nasib baik lelaki sebaya bapa mentuanya itu baik orangnya. Sudi meminjamkan dia basikal miliknya petang semalam.

Nama lelaki sebaya bapa mentuanya itu Smith Razak. Berasal dari Paris, fasih berbahasa Malaysia. Pernah berkahwin dengan gadis melayu dari Malaysia. Sejak kematian isterinya dia kembali ke tempat asalnya, membesarkan ketiga orang anaknya. Semua anaknya sudah bekerja dan berkahwin. Begitulah sedikit sebanyak yang dia tahu mengenai latar belakang Smith Razak.

Tengku Harith Zaqwan semakin tahu selok-belok jalan di Kota Paris semenjak Smith Razak banyak mengajarkan dia perihal kehidupan di kota itu. Seronok pula dia tinggal di Kota Paris. Sudah dekat hampir sebulan dia disini. Asalnya mahu memujuk Tengku Arissya.. tapi kini dia merupakan seorang pelayan di kedai kopi pula. Namun niat asalnya tetap sama, ingin terus memujuk hati yang rajuk itu untuk kembali kepadanya. Cinta untuk Tengku Arissya tidak pernah padam, ia sentiasa mekar dihatinya.

Bila sampainya Tengku Harith Zaqwan di tempat kerja dia segera memulakan tugasannya. Pertama kali bekerja memang agak kekok, dia tidak biasa berkerja di kedai kopi. Selama ini dia hanya menguruskan syarikat papanya kerana dia merupakan pengganti arwah papanya, tapi syarikat itu juga sebelum ini turut dibantu oleh mamanya. Namun kini syarikat itu sepenuhnya dia yang perlu uruskan. Buat masa sekarang dia terpaksa tinggalkan kerjanya di sana demi mengejar Tengku Arissya. Ada orang kepercayaannya yang sudah menguruskannya. Tapi walau bagaimanapun dia tetap membuat pemantauan dari semasa ke semasa mengenai pengeluaran wang di syarikatnya.

Bila semuanya sudah selesai di sini, Tengku Harith Zaqwan akan kembali ke Malaysia. Untuk masa sekarang dia perlu merebut hati Tengku Arissya semula. Dia berharap semuanya akan dipermudahkan oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience