Rate

BAB 288

Romance Series 197165

Tengku Arissya menapak masuk ke biliknya, dia melihat suaminya membelakanginya sudah berselimut litup. Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil.

"Arissya tahu abang belum tidur..."

Tengku Harith Zaqwan masih kaku, masih memilih berdiam diri.

"Arissya tahu abang cemburu, sebab Airel tu selalu kacau Arissya... tapi bagilah Arissya masa untuk bagitahu pada dia yang kita dah kahwin.."

'Abang memang cemburu tapi jauh dari tu, sayang... Dan sayang takkan faham. Sukar juga untuk abang jelaskan...' desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Abang janganlah merajuk, please bagi Arissya masa.."

"Abang tahu tak Airel berdegil nak datang jemput Arissya esok. So, Arissya nak minta izin dengan abang breakfast dengan dia esok... Boleh tak?"

Berderau darah Tengku Harith Zaqwan, dia cuba menahan amarahnya.

"Abang, pleasee.. jangan terus diam macam ni..."

"Abang izinkan, kalau betul sayang nak bercakap sendiri soal yang kita dah kahwin, abang bagi masa esok je. Bagitahu dia esok..."

"Hah? Esok? Tapi...."

"Tapi apa?"

"Kan esok Arissya baru masuk ofis... Hari Selasa boleh?"

"Okay, hari Selasa. Kalau tak abang sendiri bertindak.."

"Okay abang, thanks ye.." Ucap Tengku Arissya. Namun begitu, Tengku Harith Zaqwan masih tetap membelakangi isterinya.

"Tak sayang Arissya ke? Kenapa membelakangi Arissya. Sinilah abang.." pujuk Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan berpaling kali ini. Dia tidak boleh terlalu berkeras dengan isterinya, wajah itu dipandanginya. Sungguh, benar-benar cantik.

"Merajuk lagi ke?" Soal Tengku Arissya. Kali ini Tengku Harith Zaqwan senyum.

"Tak dah, terus tak merajuk bila pandang wajah isteri kesayangan abang...."

"Mengadalah abang ni!"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan tergelak.

"Gelak pula, hmm jomlah tidur abang.. esok Arissya nak bangun awal.."

"Okay, good night dear..." Ucap Tengku Harith Zaqwan. Tubuh kecil isterinya itu dipeluknya sayang. Tengku Arissya hanya tersenyum, dia biarkan saja.

Airel Azumi datang menjemput Tengku Arissya pada pagi itu. Sewaktu itu Tengku Harith Zaqwan sudah awal pagi ke ofisnya, risau kalau Airel Azumi mengenali kereta miliknya.

"You nampak cantik Arissya hari ni, jarang you pakai dress.."

"Owh yeke? Thanks.."

"Welcome, so you nak kita breakfast kat mana ni?"

'Awal suami aku pergi kerja, dia tak maklumkan pun. Merajuk lagi ke dia dengan aku? Eh, ke sebab dia tak nak Airel perasan kat rumah tu ada kereta dia ye?' Desis hati Tengku Arissya menyoal dirinya sendiri.

"Arissya, hey why?"

"Err... apa?"

"I tanya you tadi, nak breakfast kat mana?"

"Owh up to youlah.."

"Okay, I bawa you tempat speciallah pagi ni.."

Selesai menikmati sarapan pagi, Tengku Arissya segera masuk ofis.. sungguh dia menyampah dengan Airel Azumi. Makin gatal. Banyak pula tanya soalan. Menyibuk urusan dia saja.

"Masuk!"

"Hai akak, kenapa masam aje muka tu.."

"Akak menyampahlah dengan Airel tu. Menyibuk je tanya bukan-bukan..."

"Tak bagitahu lagi ke pasal akak dah kahwin dengan Abang Harith...."

"Nanti akak bagitahulah.."

"Tak jelouse ke Abang Harith tu akak?" Soal Tengku Elvia yang sudah tersengih.

"Tak jelouse apanya, semalam pun suami akak dah merajuk.."

Kali ini Tengku Elvia tergelak mendengarnya, "Biasalah akak, lelaki kalau dah sayang kita, dia punya jelouse seluas lautan.."

"Betul, akak setuju. Salah akak juga. Nanti semuanya dah berakhir, kami akan hidup bahagia. Harap lepas ni tak ada dah pengacau," balas Tengku Arissya mengharapkan sebuah kebahagiaan.

"Tak apalah akak, Elvia harap semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Satu Elvia nak pesan, jangan biarkan orang yang cintakan kita tu selalu terluka, takut hati dia dah mula tawar buatlah apapun dia takkan pandang kita lagi.."

Tengku Arissya mengangguk perlahan. Dia memahami pesanan adiknya.

"Tak apalah, jangan difikirkan sangat. Settle cepat-cepat. Hm.. ni haa Elvia nak akak tandatangan dokumen ni.."

Tengku Arissya membacanya sekilas, lalu menandatangani dokumen itu.

"Thanks akak. Elvia keluar dulu.." ucap Tengku Elvia, Tengku Arissya hanya mengangguk perlahan.

Tengku Arissya baru saja menapak ke tingkat bawah mahu keluar lunch, tiba-tiba Airel Azumi menyapanya.

"Hai Arissya!"

'Buat apa pula mamat ni kat sini, menyampahnya!' Desis hati Tengku Arissya.

"Arissya you okay?"

"Eerr rr.. okay, you buat apa kat sini?"

"Jom lunch!"

"Bukan tadi you kata you ada meeting penting ke dengan klien?"

"Owh I dah settlekan..."

"Itu yang I datang sini nak lunch dengan you," sambungnya.

"Hmm jomlah kalau nak lunch," balas Tengku Arissya terpaksa.

Semasa mereka berdua ingin singgah disalah sebuah restoran, tiba-tiba Tengku Arissya terserempak dengan suaminya. Airel Azumi yang ada disebelah Tengku Arissya terkedu. Kemarahannya kembali membara. Dia memang pantang kalau bertemu dengan Tengku Harith Zaqwan. Maklumlah, dia menganggap lelaki itu sebagai musuh ketatnya.

"Hey, kau pandang Arissya lama-lama buat apa?" Marah Airel Azumi sambil menolak dada sasa milik Tengku Harith Zaqwan.

"Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau..."

"Habis tu kenapa kau pandang Arissya lama?"

Tengku Harith Zaqwan hanya berdiam diri, wajah isterinya disebelah masih ditatapnya. Nampak yang isterinya serba salah...

"Hei, kau pekak ke apa? Kenapa kau pandang Arissya hah? Kau tak tahu ke yang aku dengan dia bakal berkahwin..."

Kali ini Tengku Arissya bersuara, "What? Apa yang you merepek ni Airel?"

Airel Azumi buat tidak dengar pertanyaan Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan sudah tersenyum sinis, "Kalau aku pandang Arissya pun apa salahnya, dah dia cantik. Aku tak puas nak pandang. Dan aku nak ingatkan kau, jangan pernah bermimpi kau dapat kahwin dengan Arissya..."

Tengku Arissya hanya diam membisu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, hanya mampu menyaksikan keduanya bertikam lidah sesama sendiri.

"Tak guna!"

Tiba-tiba Ariel Azumi menumbuk muka Tengku Harith Zaqwan. Lelaki itu juga benggang kali ni, dia membalas tumbukan Airel Azumi kuat, ada darah kecil mengalir dibahagian bibirnya.

Airel Azumi mahu membalas kembali, mahu menumbuk perut Tengku Harith Zaqwan, namun tak sempat apabila Tengku Arissya menjerit kuat.

"Stop it Airel!!!!"

"Bersikaplah seperti orang dewasa, jangan nampak yang kita ni bodoh...." Sambung Tengku Arissya geram.

Tengku Arissya segera pergi dari situ, Airel Azumi mengejar. Tengku Harith Zaqwan melihat dengan penuh rasa sakit hati. Itu isterinya, dikejar oleh lelaki lain. Betapa dayusnya dia! Tak mampu berbuat apa-apa.

'Esok semuanya akan berakhir sayang. Lepas ni sayang akan jadi milik abang sepenuhnya. Abang akan bawa sayang pergi jauh dari sini, abang mahu sayang tenang. Hanya kita berdua...' desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya sorry!"

"I nak balik ofis. Pleaseee, hantar I balik ofis.."

"Tapi kita belum lunch lagi, tunggulah lepas lunch..." Mohon Airel Azumi seakan memujuk Tengku Arissya.

"I tak nak. I nak balik ofis.."

"Tapi.."

"Okay biar I cari grab kalau you tak nak hantar.."

"Okay-okay... I hantar you balik ofis.." balas Airel Azumi. Dia cuba bersabar, namun hatinya menyalahkan Tengku Harith Zaqwan di atas apa yang berlaku tadi.

Airel Azumi menghantar Tengku Arissya balik ofis, tak sempat mereka menjamu selera berdua. Tengku Arissya begitu marah sekali...

"Argghh!!!!!" Marah Airel Azumi sambil memukul streng keretanya berulangkali.

"Ni semua sebab kaulah! Sebab kau! Kau dari dulu patut mati Harith, selalu aje kau kacau orang yang aku cinta. Dulu Riesya, sekarang Arissya. Tapi kali ni aku takkan biarkan!" Ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Tengku Arissya segera menelefon Tengku Harith Zaqwan. Dia risau suaminya kena tumbuk. Agaknya macam manalah keadaan suaminya.

"Hello, abang. Abang.. macam mana keadaan abang? Abang okay ke?"

Tengku Harith Zaqwan tersenyum mendengar pertanyaan itu. Mungkin kesayangannya risaukan dia.

"Ye sayang, abang okay aje. Tak ada apapun.."

"Tapi tadi abang kena tumbuk teruk juga, ada darah tak?"

"Tak ada sayang, abang kan gagah. Setakat kena tumbuk tu tak effect apa pun. Kalau dia tu, yelah. Sampai berdarah bibir kena dengan abang. Padan muka!"

Tengku Arissya tergelak mendengarnya, "Abang ni Arissya tahulah abang tu gagah, sado. Suka pergi gym. Tapi Arissya tetap risaukan abang. Kalau Airel lantak dialah Arissya tak peduli pun, elok juga abang balas tumbukan dia tu..."

"Ye biar dia rasa juga, sesuka hati aje dia tumbuk abang. Sayang sempat lunch ke dengan dia?"

"Tak, Arissya buat-buat marah. Arissya suruh dia hantar balik ofis, tapi dia macam nampak marah aje kat abang.."

"It's okay sayang, abang tahu macam mana nak melindungi diri sendiri. Kalau dia buat hal, abang lagi teruk akan pukul dia.."

"Kalau macam tu tak apalah, Arissya nak sambung buat kerja ni.. Arissya makan malam ni je.."

"Okay sayang, love you so much..."

"Love you too abang," balas Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan kembali memutar arah stering keretanya ke lain. Kalau ikutkan sebenarnya dia ada nak jumpa klien pada jam tiga petang, tapi hatinya tidak tenteram bila isterinya belum lunch. Dia terus menelefon kliennya untuk cancel pertemuan itu dan memilih pada tarikh lain.

Laju kereta mewah itu meluncur dijalan raya, Tengku Harith Zaqwan singgah di salah sebuah restoran mewah. Dia belikan makanan untuk Tengku Arissya. Dia belikan nasi goreng paprik dan chicken chop untuk isterinya, juga jus oren. Selesai semuanya, dia ke ofis isterinya.

Sampai saja di ofis isterinya, dia bawakan semua makanan itu untuk isterinya.

Ketukan pintu kedengaran.

"Masuk!"

Tengku Arissya tidak mengangkat wajahnya, dia fokus pada fail yang ada di atas mejanya. Tengku Harith Zaqwan sudah melangkah masuk dan menutup pintu bilik ofis itu.

"Sayang.. jom lunch!"

Tengku Arissya mengangkat wajahnya apabila kedengaran suara suaminya, dia terkedu.

"Abang!"

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Hai sayang, busy ke tu?"

"Laaa abang buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya sebelum ekor matanya melihat makanan ditangan suaminya.

"Sebab nilah, jom makan!"

Tengku Harith Zaqwan letak semua makanan itu di atas meja. Dia buka satu persatu. Siap tuangkan jus oren dalam gelas plastik. Lalu dia mendekati isterinya, tangan itu ditariknya perlahan.

"Abang datang sini sebab sayang tak lunch lagi. Makan dulu baru buat kerja," ucap Tengku Harith Zaqwan. Dari tadi Tengku Arissya hanya berdiam diri, barangkali dia terharu dengan layanan suaminya.

"Thanks abang. Sweetnya abang! Susah-susah aje bawakan Arissya makanan..."

"Tak apa, abang kan suami sayang. Mana boleh sayang tak makan, sayang ada gastrik. Nanti kalau sayang sakit abang susah hati.."

"Nah, abang suapkan.."

"Eh, tak apalah abang. Arissya boleh makan sendiri.."

"Tak apa abang supakan, takut kotor tangan tu, kejap lagi sayang nak sambung kerja balik.."

Tengku Arissya benar-benar terharu, mahu jatuh air matanya namun ditahan. Beginikah cinta? Indahnya perasaan yang ada dalam hatinya. Bahagia.

Untungnya dia dapat suami yang limited edition.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience