Rate

BAB 204

Romance Series 197165

Faqrul yang asyik menonton TV tadinya sudah menguap, rasa mengantuk sudah menyelubunginya. Terlelap dia akhirnya diruang tamu rumah milik Tengku Qistina.

Sharleez sudah menceroboh masuk perlahan ke dalam rumah itu. Dia tahu Faqrul berada diruang tamu sedang tidur, dia sudah mengesannya dari awal.

Suasana yang agak gelap, hanya bertemankan dari cahaya kaca televisyen itu memang agak sukar untuk dia berjalan masuk. Namun dia melakukan kerjanya dengan penuh berwaspada. Sampai saja di salah satu lorong kawasan bilik, Sharleez melepaskan keluhan kecil. Rupanya ada tiga bilik berderet memanjang ke arah dapur. Bilik mana satu agaknya yang tersimpan bukti itu. Buntu.

Sharleez memilih untuk menceroboh masuk ke bilik pertama, namun dia tetap berhati-hati. Bimbang jika ada orang di dalam bilik itu. Apabila dia pastikan semuanya selamat, dia terus menyelongkar setiap almari yang ada di dalam bilik tersebut. Namun bukti itu gagal ditemuinya. Dia tidak menunggu lama, dia ke arah bilik kedua. Hal yang sama dia lakukan, tapi juga menghampakannya. Bilik terakhir, ketika langkahnya agak laju. Dia secara tidak sengaja tersepak satu kerusi kecil dibahagian tepi. Bunyinya agak kuat sehinggakan Faqrul tersedar diruang tamu. Dia segera membuka suiz lampu. Jantungnya berdegup kencang, dia sangat yakin ada orang yang memecah masuk ke dalam rumah itu. Mustahil kucing. Bosnya tidak memelihara kucing.

"Siapa tu?" Faqrul semakin menghampiri bilik ke bilik.

Sharleez yang bersembunyi di bahagian tepi di salah satu bilik terakhir itu cuba bertenang. Faqrul semakin dekat, dia tidak lupa membawa kayu ditangannya. Kayu itu kayu pemukul, yang memang sudah tersedia di dalam rumah itu. Faqrul sudah memegangnya, bersedia untuk memukul.

Malangnya Faqrul dapat mengesan jejak Sharleez, dia yang terkejut itu segera menghalakan kayu itu untuk memukul Sharleez. Sepantas kilat Sharleez mempertahankan dirinya dengan lengannya agar tidak terkena kepalanya.

"Arrghhh.." Faqrul marah, memberontak. Dia bertindak agresif.

Sharleez yang kelihatan tenang itu menendang perut Faqrul dengan lututnya kuat. Mengerang kesakitan Faqrul, lalu tidak cukup dengan itu. Sharleez menyiku belakang Faqrul hingga terjatuh lelaki itu ke lantai. Dia segera berlari pergi.

"Hei, jangan lari!" Ucap Faqrul masih berusaha ingin bangun mengejar.

"Aarghh.. sakitnya.." Faqrul mengaduh sakit.

Sharleez sudah menghilangkan diri dari situ. Faqrul yang merangkak menuju ke ruang tamu segera mencapai telefonnya. Dia mahu memaklumkan pada Gee tentang perkara itu.

"Apa?"

"Aku datang sekarang!" Ucap Gee terkejut mendengar berita itu.

Setengah jam kemudian Gee sampai dirumah bosnya, segera dia menemui Faqrul.

"Eh, macam mana. Ada barang bos hilang tak?" Soal Gee.

"Kau ni aku tengah sakit nak mampus, kau tanya pasal barang bos tu kenapa!" Marah Faqrul yang masih mengerang kesakitan. Boleh tahan tendangan lelaki tadi yang menceroboh masuk ke rumah bosnya. Sampaikan dia masih rasa senak diperutnya. Sangkanya lelaki yang berlawan dengannya tadi.

"Kau tu jantan, buatlah cara jantan!" Bidas Gee.

"Aku tengah risau kalau barang bos hilang. Nahaslah kita!" Sambungnya.

"Tak ada barang hilang pun. Lelaki yang masuk ceroboh rumah ni tak sempat ke bilik bos kita tu. Kau tak payah risaulah," balas Faqrul.

"Eh, kejap. Kau dapat kenalpasti tak siapa orangnya yang ceroboh rumah bos ni?"

"Aku tak kenal, orang tu bertopeng. Dia tinggi, kurus dan tegak. Tapi sangat hebat berlawan. Pantas. Aku rasa dia bukan calang-calang orang. Dan aku tak rasa dia datang nak merompak melainkan ada tujuan lain," balas Faqrul. Kali ini dia nampak lebih bijak dalam meneka.

"Tapi siapa dia? Apa tujuan dia?" Soal Gee.

"Manalah aku tahu, kau fikirlah sendiri," balas Faqrul.

"Kita patut bagitahu bos tentang perkara ini," ucap Gee.

"Eh, kau ni kenapa nak jadi bodoh pulak? Tak payahlah bagitahu bos, lagipun barang bos tak hilang pun," Faqrul menghalang supaya Gee tidak memaklumkan tentang perkara itu kepada bosnya.

"Tapi kau sendiri kata orang tu ada tujuan lain, kalau dia datang lagi macam mana?"

"Alah, kau kan ada. Kaulah tolong jagakan rumah bos," balas Faqrul.

"Okaylah tapi kalau ada apa-apa jadi lepas ni kau yang kena bertanggungjawab.."

"No problem!"

Sharleez berasa lega. Nasib baik dia memakai topeng, kalau tidak sudah pasti Faqrul dapat mengesannya.

Sharleez menukar pakaiannya, lalu segera pulang ke rumah Datuk Mustaqim. Sampai saja dirumah banglo itu dia memanjat pagar rumah itu lalu masuk ke dalam biliknya mengikut tingkap.

Tengku Arissya yang masih belum dapat melelapkan matanya dari atas balkoni terkedu melihat Rokiah a.k.a Sharleez memanjat pagar yang agak tinggi. Adakah benar apa yang dilihatnya. Kak Kiah panjat pagar? Naik hairan dia. Dia mula curiga. Siapa sebenarnya Kak Kiah? Aneh sekali.. dia nampak begitu mahir memanjat pagar rumahnya. Dan Kak Kiah pula langsung tidak meminta izinnya untuk keluar ke mana-mana.

Sharleez segera memaklumkan kegagalannya pada malam itu. Jelas Tengku Harith Zaqwan kecewa. Namun dia tidak memarahi anak buahnya, dia sedia maklum melakukan kerja itu penuh mencabar dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Tengku Delisha menelefon kakaknya namun malangnya tidak dapat.

"Hisyh, baik tak payah guna handphonelah senang!" Marah Tengku Delisha. Dalam keadaan dia memerlukan kakaknya untuk bercerita dan nekad dalam merampas kembali lelaki pujaan hatinya, kakaknya pula entah hilang ke mana. Sakit betul hatinya.

Tengku Qistina tersenyum lebar, sejak dia ke Pulau Langkawi dengan Tengku Harith Zaqwan hatinya berbunga-bunga bahagia. Mana tidaknya, lelaki itu melayaninya sangat baik. Dia tidak sabar mahu mengahwini Tengku Harith Zaqwan dan secara automatik juga, dia akan jadi kaya raya dengan harta bakal suaminya nanti. Hidupnya akan mewah.

"Bila kita nak balik Harith?" Soal Tengku Qistina.

"Kenapa sayang? You tak suka bercuti lama-lama dengan I ke?"

"Bukan macam tu, I happy je datang sini dengan you.."

"Okay, dah tu?"

"Tak adalah, I risau kalau papa dan mama I tahu kita kat sini lama-lama. Apa pula diaorang fikir bila asyik berduaan aje," balas Tengku Qistina.

'Bagusnya kau, nak jadi perempuan solehah ke pula? Dulu masa kau perangkap aku berkhalwat dengan kau, ada ke kau fikir dosa pahala? Sekarang nak cakap macam kau tu bagus sangat. Hebat permainan kau, Qistina!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan marah.

"I rasa kan sayang, ada baiknya kita kahwin," sambungnya membuatkan Tengku Harith Zaqwan ketawa dalam hati.

'Aku dah agak! Alasan nak kahwin dengan aku rupanya..' desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Sayang kenapa you diam aje. I tengah bercakap dengan you ni. You tak nak kahwin dengan I ke?" Soal Tengku Qistina bertubi-tubi.

"Eh, taklah I dengar aje apa yang you cakap tu.."

"So, macam mana. Kita kahwin ya?"

"I memang nak hidup bersama dengan you, tapi bagi I sedikit masa lagi.."

"Tapi kenapa?"

"I nak settle projek besar dulu dengan Tan Sri Jamal, kalau dah settle projek tu.. kita kahwin,"

"Mesti lambat lagi kan?" Ucap Tengku Qistina seakan merajuk.

"Lambat jugalah tapi you tahu tak.. rugi kalau I tak betul-betul fokus projek ni,"

"Why?"

"Projek ni bukan I akan dapat satu juta aje, tapi belasan juta. You bayangkan, betapa mewahnya kita. Sebab bila dah dapat duit hasil dari projek tu, you cakap aje nak apa I belikan.. kita boleh buat majlis kahwin besar-besaran, ajak orang ternama.. raikan hari bahagia kita berdua.."

"Owh yaa.. boleh masuk TV sekali kalau you nak, sayang.." sambung Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina nampak begitu teruja. Dia pantang dengar tentang kemewahan...

"Sayang betul ke ni? Woww.. I sukalah I dengar macam ni. Yelah, you imagine kalau kita masuk TV masa majlis kahwin tu, mesti si Arissya tu terkejut. Silap hari bulan terus pengsan.."

'Kau yang pengsan bukannya Arissya!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Okay kalau macam tu, you kenalah sabar. I janji akan buat majlis kahwin kita besar-besaran. I akan jadikan you sebagai permaisuri I,"

"Thanks dear!" Balas Tengku Qistina. Bukan main gembiranya hati itu.

Bahagia sesaat yang dijanjikan Tengku Harith Zaqwan sudah pasti akan menghancurkan segala impian Tengku Qistina. Tapi salah siapa? Siapa yang memulakan dulu.. setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience