Rate

BAB 294

Romance Series 197233

Sepanjang Tengku Arissya pregnant, Tengku Harith Zaqwan selalu menjaganya dengan baik. Kadang Tengku Harith Zaqwan yang memasak untuk isterinya. Begitu sayangnya dia pada cintanya.

Bukankah cinta itu tanggungjawab? Maka, haruslah dijaga bidadarinya dengan baik.

Penat sungguh Tengku Harith Zaqwan pada hari itu, sampaikan terlelap sekejap diatas sofa. Tengku Arissya yang baru saja selesai mandi dan solat zohor melabuhkan punggungnya di situ, dia melihat wajah suaminya. Suka dia tengok wajah tampan itu.

Memang tak dinafikan, suaminya handsome. Jadi tak hairanlah kalau ramai wanita diluar sana yang memandang suaminya dengan penuh rasa teruja. Tengku Harith Zaqwan sememangnya cukup package. Sudahlah handsome, sado lagi. Dia sangat bersyukur memiliki seorang suami yang baik hati, penyayang dan setia dengannya.

Tengku Arissya menjerling ke arah jam dinding diruangan tamu, sudah lewat. Dia perlu segera mengejutkan suaminya tidur untuk solat zohor.

"Abangg.. abang...." Panggil Tengku Arissya perlahan sambil membelai rambut suaminya.

"Abang bangun solat..."

"Abanggg...."

"Hmmm..." Jawab Tengku Harith Zaqwan perlahan. Matanya masih terpejam.

"Abang bangunlah solat dulu, lepas ni sambung tidur balik pun tak apa..."

Kali ini Tengku Harith Zaqwan membuka matanya. Wajah isterinya dipandang, dia senyum. Tangan isterinya tadi dipegang dan diciumnya penuh kasih.

"Sayang dah mandi dan solat zohor ke?"

"Yee abang Arissya dah semuanya, abang je belum.."

"Kejap abang mandi dan solat dulu, lepas ni abang hidangkan makanan. Sayang rehat dulu kat sofa ni..." Ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah bingkas bangun.

"Okay abang..."

Semasa Tengku Harith Zaqwan naik ke tingkat atas untuk mandi dan solat, Tengku Arissya menuju ke ruang dapur untuk menghidangkan makanan. Dia siap buat jus untuk suaminya.

Beberapa minit kemudian Tengku Harith Zaqwan menuruni anak tangga ke tingkat bawah, tapi isterinya tidak ada di ruang tamu, dia tersenyum sendiri. Kesayangannya memang degil, itu kalau tak ke dapur buat kerja memang tak sah.

"Degil sayang abang ni kan.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya sudah tersengih.

"Memang pun Arissya degil," balas isterinya.

"Nak kena cubit telinga ni," usik Tengku Harith Zaqwan membuatkan isterinya tergelak kecil.

"Sampai hati ke nak buat macam tu abang?"

"Ye, sampai hati. Abang buat macam ni..." Pipi gebu itu diciumnya sayang.. Tengku Arissya senyum.

"Tahu dah, abang mesti lemah dengan Arissya. Mana sampai hati nak jentik Arissya kan..."

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Yelah, isteri untuk dihargai, dicintai.. bukannya untuk disakiti sayang..."

"Alolololo... sweetnyaaaa... Okay, dah jom kita makan sama-sama abang. Arissya dah siapkan jus orange untuk abang, abang suka kan?"

"Apa yang sayang buatkan semua abang suka..."

"Thanks abang... Arissya hargai tu..."

Sesungguhnya, menikmati kebersamaan berdua itu menjadikan rumahtangga bertambah indah.

Ketika mereka menikmati makan tengah hari berdua, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Harith Zaqwan dari arah luar ruang tamu.

"Siapa call tu abang?"

"Entahlah sayang, abang pun tak tahu.."

"Abang tak nak jawab call tu ke? Dah banyak kali tu abang..."

"Kita makan dulu ye sayang, nanti dah siap abang jawab call tu.." balas Tengku Harith Zaqwan.

Selesai makan Tengku Harith Zaqwan ke ruang tamu, dia melihat gerangan siapa yang menelefonnya.

"Siapa abang call?"

"Darius..."

"Owh, Darius rupanya. Lama tak dengar khabar diaorang. Abang call aje balik dia.."

"Yup, kejap sayang.."

Tengku Harith Zaqwan menelefon Darius, namun tidak ada rangkaian... mungkin bermasalah di sana. Terpaksalah dia tunggu Darius menelefonnya semula.

"Line tak ada ye abang?"

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan. Sebelum dia melabuhkan punggungnya disofa, dia terpandangkan kaki isterinya. Segera dia tertunduk, duduk melihat kaki isterinya.

"Abang kenapa ni?"

"Sayang kenapa kaki sembab ni? Sayang tak sihat ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan risau sambil mendongak memandang wajah isterinya.

"Taklah, perempuan mengandung memang macam ni. Kadang kaki sembab.."

"Hmm.. besarnya pengorbanan wanita. Lengguh tak sayang?"

Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Sini abang urutkan, kebetulan minyak gamat ada dah atas meja..."

"Eh, tak apalah abang. Abang baru je lepas makan. Abang rehatlah dulu. Arissya okay je ni.."

Tengku Harith Zaqwan senyum, dia mengangkat kaki Tengku Arissya lalu diletakkan atas pahanya, kaki kesayangannya itu diurut lembut menggunakan minyak gamat.

Perbuatan suaminya mengundang sebak dihati itu, air mata Tengku Arissya mengalir.

"Dear, why?" Soal Tengku Harith Zaqwan hairan.

"Abang ada salah cakap ke?"

"Tak, Arissya cuma terharu je. Yelah, sampai ke kaki abang jaga Arissya. Siap nak urut apalah, mana Arissya tak sebaknya.."

"Dahlah sini kat abang, janganlah nangis. Abang kan pernah janji, abang janji akan jaga Arissya. Bukan dengan Arissya aje, tapi dengan papa pun abang janji. Abang tak nak sayang terluka lagi macam dulu..." Ucap Tengku Harith Zaqwan sambil menarik isterinya perlahan supaya ada dalam pelukannya.

"Tahu, Arissya yang banyak salah dengan abang dulu. Segala maki hamun Arissya bagi kat abang. Kesian abang. Kejamnya Arissya......"

"Tak baik cakap macam tu kat diri sendiri, tak apalah yang lepas tu sayang. Kita sama-sama dah jadi lebih matang dengan pengalaman masa lalu tu kan..."

Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Okay dah, tak nak menangis macam ni lagi ye.. Abang akan selalu jaga sayang. Sayang tahu tak satu benda?"

"Apa dia?" Soal Tengku Arissya yang sudah menyeka air matanya dan mendongak memandang suaminya.

"Tu, yang kat dalam perut sayang tu, itulah bukti cinta abang pada Arissya..."

"Hisyh abang ni!" Ucap Tengku Arissya, perut suaminya dicubit geram. Tergelak Tengku Harith Zaqwan. Saja dia mengusik.

"Sakitlah sayang cubit, adesss..."

"Mengada abang ni, sajalah tu kan..."

"Betullah abang cintakan Arissya. Abang sayang sangat. Tak lama lagi abang dah tak sunyi, dah ada anak.."

"Arissya pun dah tak sunyi, ada anak. Mesti meriahkan abang.."

"Tak meriah kalau sorang sayang, kalau nak meriah kena tambah lagilah anak lepas ni.." usik Tengku Harith Zaqwan lagi membuatkan Tengku Arissya tergelak.

"Abang ingat Arissya ni kilang menghasilkan anak ke?"

"Tak adalah, abang gurau aje. Tapi kalau ada rezeki apa salahnya, abang okay aje.."

"Insya-Allah, kalau ada rezeki lagi. Tapi kan abang, Arissya sebenarnya takut sangat, first time baru nak ada pengalaman bersalin. Orang cakap anak sulung ni susah sikit nak bersalin..."

"Sayang jangan takut ye, abang janji masa Arissya kat bilik bersalin. Abang ikut sama masuk bilik tu bagi semangat kat sayang.."

"Abang tak takut ke kalau tengok banyak darah?"

"Taklah, abang okay sayang. Insya-Allah tak ada apapun.. lagipun abang nak ada dengan sayang waktu tu.."

"Thanks abang. Arissya lega sikit kalau abang ada..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience