Rate

BAB 109

Romance Series 197165

"Kau okay ke ni Harith? Pucat aje aku tengok muka kau tu. Jomlah pergi hospital," ucap Darius risau.

Luka tikaman di bahagian pinggang Tengku Harith Zaqwan hanya dirawat dengan ubat yang sedia ada. Darius ingin membawa Tengku Harith Zaqwan ke hospital, namun kawan baiknya itu tidak mahu.

"Kau janganlah risau, luka aku ni biasa aje. Tak teruk mana pun. Cuma sekarang aku rasa lebih lega bila semuanya dah selesai," balas Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Hmm okaylah kalau kau dah cakap macam tu. Eh, tapi kau memang hebat. Hero sejati! Boleh tahan kau berlawan ya.."

"Aku buat apa yang termampu aje Darius. Aku buat semua ni demi menyelamatkan Arissya. Aku cuma fikirkan Arissya.."

"So, dia macam mana sekarang? Kau tak tanya keadaan dia?"

"Aku cuma tanya Elvia, lagipun aku malas nak kacau dia. Aku dah janji pada diri aku sendiri yang aku takkan ganggu dia lagi.."

"Kau berkecil hati ke dengan Arissya?"

"Taklah, aku cuma masih menghormati keputusan yang dia buat dulu. Dia pernah cakap dengan aku, bayang aku pun dia tak nak tengok.."

"Tapi Aryanz kan dah kena tangkap polis, so kau masih nak bersikap macam ni. Kalau hati kau tu masih cintakan Arissya, kejarlah dia.."

"Aku penat nak mengejar seseorang yang tak pernah menganggap aku wujud. Biarlah Darius, aku dah malas nak fikir soal cinta. Lepas ni aku nak balik Malaysia fokus sepenuhnya pada syarikat aku tu," balas Tengku Harith Zaqwan sudah nekad membuat keputusan.

"Kakak menungkan apa tu?" Sapa Tengku Elvia. Sejak akhir-akhir ini Tengku Arissya lebih banyak mendiamkan diri melayani perasaannya.

Tengku Elvia melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan kakaknya, segelas air coffee bertukar tangan.

"Akak rasa apa yang akak buat pada Harith selama ni sudah melampaui batas," ucap Tengku Arissya seakan mula menyedari kesilapannya terhadap Tengku Harith Zaqwan.

"Baru sekarang akak nak menyesalinya setelah hati itu terkorban. Dilukai, disakiti, dihina. Elvia tak nafikan selama ini akak selfish. Akak tak fikir pun perasaan orang yang sayangkan akak, terkejarkan akak macam orang gila untuk membela cintanya," balas Tengku Elvia masih terkilan dengan sikap kakaknya selama ini. Tengku Arissya diam seribu bahasa.

"Elvia teringat pula pada kata-kata Sujiwo Tejo, memetik ungkapan beliau; sudah ribuan perang ku jalani nak, tapi belum satu pun perangku menjadi agung kerana membela cinta. Samalah macam nasib Abang Harith tu, dia tak lagi mendapat kepercayaan dari cintanya sendiri," sambungnya.

"Akak akui kesilapan akak Elvia. Akak tak sepatutnya layan Harith macam tu, tapi...."

"Tapi semuanya dah terlambat!" Sambung Tengku Elvia laju memotong kata-kata Tengku Arissya.

"Cinta tak semestinya bersatu, Elvia. Akak tak mengharapkan apa-apa pun," ucap Tengku Arissya. Tengku Elvia tersenyum sinis, dia lebih bijak membaca hati kakaknya. Jelas pada sepasang mata yang dia pandang itu menyatakan yang kakaknya masih mencintai Tengku Harith Zaqwan.

"Kakak tahu tak apa yang paling sakit dalam hidup ni?" Soal Tengku Elvia tiba-tiba.

"Terluka dan dilukai," balas Tengku Arissya laju.

"Tak!"

"Luka tu memang sakit tapi tak sesakit bila kita menipu hati kita sendiri. Menafikan perasan kita terhadap seseorang tu," sambung Tengku Elvia.

"Apa maksud Elvia?" Soal Tengku Arissya buat tidak mengerti.

"Jangan perbodohkan diri sendiri akak. Elvia tahu akak faham apa yang Elvia maksudkan. Biar bodoh sekali, jangan bodoh untuk berkali-kali," balas Tengku Elvia geram. Dalam keadaan macam ni pun kakaknya masih memperajai egonya sendiri, tidak ingin mengakui hati itu masih mencintai Tengku Harith Zaqwan.

"Tak perlulah kita bahas soal ni lagi, akak nak balik. Nak rehat, akak sakit kepala," ucap Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun.

Semasa Tengku Arissya dan Tengku Elvia pulang ke rumah, Tengku Harith Zaqwan pula baru saja sampai di situ. Kalaulah Tengku Harith Zaqwan cepat datang di situ, sudah tentu dia akan menemui Tengku Arissya dan Tengku Elvia. Namun sudah ketentuan takdir mereka tidak dipertemukan.

Sedang Tengku Harith Zaqwan melayani perasannya, Hud Mikail menelefonnya. Segera panggilan itu dijawabnya.

"Kau jadi ke ni? Betul-betul jadi kali ni nak balik Malaysia?" Soal Hud Mikail.

"Yup. Kau tempah ajelah tiket tu, aku memang nak balik Malaysia. Semua urusan di sini dah settle," balas Tengku Harith Zaqwan.

"So, kau memang tak berjaya bawa balik Arissya ya?"

"Tak payahlah cakap pasal Arissya dengan aku, sekarang ni buat je apa yang aku nak tu," balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"Okay-okay, relax bro. Aku akan tempah tiket tu.."

"So, ada apa-apa lagi?"

"Tak ada, aku call ni pun sebab nak confirmkan pasal tiket tu aje," balas Hud Mikail.

"Alright, jumpa lagi!"

Tengku Harith Zaqwan kembali melayani perasaannya, dia rasa berat hati juga untuk meninggalkan Tengku Arissya di sini.. tapi rasanya dia tidak perlu risau lagi, Aakif Aryanz dan Zulfiqar sudah ada dipenjara. Tengku Elvia juga ada menemani kakanya. Jadi, tidak ada apa lagi yang perlu dia fikirkan... melainkan merancang kehidupan baru yang akan dia tempuhi sendiri tanpa Tengku Suria, arwah mamanya.

Tengku Harith Zaqwan mendongak ke langit yang membiru itu, hatinya seakan sedang dihancurkan oleh kesedihan. Rindu yang wujud di hatinya melimpah untuk arwah mamanya.

'Cepatnya mama pergi tinggalkan Harith. Terasa sunyi dunia Harith sekarang ni. Kalaulah mama ada tentu setiap yang terbuku di hati ini dapat diluahkan.. tapi tidak mengapalah mama, Allah ada bersama Harith. Itu yang selalu mama ingatkan..' desis hati Tengku Harith Zaqwan. Tertunduk dia dalam kesedihan. Tanpa sedar ada air matanya yang jatuh menitis di setiap daun maple yang sudah gugur itu.

Tengku Harith Zaqwan mencapai daun maple usang itu, dia meneliti titis air matanya yang melekat pada daun maple itu lalu mengoyak daun itu perlahan-lahan seakan cuba untuk melepaskan rasa sakit di jiwanya. Kemudian, dia bingkas bangun meninggalkan tempat itu.

Untuk sementara waktu Tengku Harith Zaqwan menumpang di rumah Darius. Hanya tinggal beberapa hari lagi dia akan pulang ke Malaysia dan meneruskan kehidupannya seperti biasa sebagai seorang lelaki yang berkerjaya tanpa cinta. Cinta bekas kekasihnya, Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience