Rate

BAB 147

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan masuk ke dalam keretanya. Air matanya mengalir jatuh. Sebenarnya dia sudah terlalu penat mengejar cintanya.

Dia juga mahu menikmati kebahagiaan. Ada seseorang di sisi menemaninya ketika dia penat dengan kehidupan ini. Yang ada memujuk jiwanya agar bersabar dan tabah, yang ada memeluk dia ketika dia lelah, memberi dia kekuatan untuk terus kuat melalui setiap liku-liku kehidupan di dunia ini. Tapi malangnya, dia tidak dapat merasainya. Yang ada hanyalah rasa sunyi. Sunyi yang paling bisu sehingga mengundang kepedihan yang amat.

Ketika dia tersedar dari tidurnya yang panjang (koma), hanya kerana satu yang masih belum selesai. Dia perlu selesaikan demi satu nyawa. Ya, untuk menyelamatkan satu nyawa lagi. Kalau bukan kerana hakikat yang dia ketahui itu, sudah pasti dia akan terus terlena untuk selama-lamanya. Kerana waktu itu dia sudah tidak punya alasan untuk kembali ke dunianya.

Dia telah kehilangan segalanya. Tidak ada alasan lagi untuk dia terus ada dan terwujud di dunia ini. Tapi ketika dia mengetahui hakikat itu, sebelum dia koma, dia perlu kembali lagi kali kedua untuk menyelamatkan satu nyawa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

Dan jika hari ini dia kuat sekalipun, itu sebab kerana tugasnya masih belum selesai. Hanya itu alasan dia berdiri teguh walau ditikam berjuta kali sakit didadanya.

"I tak sabar nak kahwin dengan you," ucap Tengku Emir Danish yang masih berada di Kopitiam breakfast bersama Tengku Elvia.

Sebenarnya mereka keluar pun atas urusan perkahwinan.

"Me too, tapi hari ni last kita jumpa ya. Tak elok asyik jumpa, lagipun dah nak dekat majlis kahwin kita," balas Tengku Elvia.

"Owh okay sayang, I faham.."

"So, belah you dah settle ke semuanya?"

"Dah settle, cuma satu lagi mama upah kenalan mama untuk deco rumah," balas Tengku Emir Danish.

"Wahh.. meriahnya. Mama you betul-betul tak sabar nak kita kahwin kan,"

"Ha'ah mestilah, lagipun I ni anak tunggal. So, tu yang mama nak adakan majlis kahwin secara besar-besaran,"

"I tak sangka tau.. mama you urus semua untuk kita, cepat pula tu dia uruskan.."

"Mama kalau dia nakkan sesuatu tu, dia akan buat sampai jadi. Memang sikap dia macam tu.."

"Mesti banyak berhabis duit kan?"

"Yang tu memang tak dapat nak elak sayang, tapi tak apa. Mama I tu dia tak kisah pasal duit asalkan nampak perfect,"

"I sebenarnya segan juga, yelah mama you siap upah pembantu bantu I kat rumah tu uruskan majlis kahwin kita. I nak bayar upah pembantu tu, tapi mama you tak izinkan,"

"Sayang you kan bakal jadi isteri I, so you tak payah risau soal duit tu. Family I handle.."

"Tapi I..."

"Sayang jasa baik you pada I tak terbalas. You yang jadikan I macam ni. I dah makin sihat. Makin kuat dan tak seperti dulu lagi. You yang mengubah segalanya. I really love you.." ucap Tengku Emir Danish serius. Tengku Elvia senyum.

"Emir I buat apa yang termampu aje, selebihnya semangat yang ada dalam diri you untuk sembuh. I happy you dah sihat dan boleh berjalan balik,"

"Thanks dear!"

"Most welcome.."

Tengku Arissya memandu dalam keadaan emosinya tidak stabil. Dia asyik fikirkan pasal Tengku Harith Zaqwan.

Kadang dia geram juga dengan sikap Tengku Harith Zaqwan ni, mudah sangat rajuknya. Sepatutnya tunggulah dia bagi penjelasan dulu, ni main lari-lari pula. Ingat cerita Hindustan ke ni.

Lantak dialah! Malas nak ambil tahu, siapa suruh berperangai macam budak-budak.

"Yup, Harith. Kenapa?"

"Aku tak berapa sihat, nak terus balik rumah aje ni. Kau tolong handlelah semua kerja aku hari ini dan esok," balas Tengku Harith Zaqwan menerusi telefon.

"Kau macam tak okay aje ni. Kau kalau tak sihat jomlah waktu lunch ni aku ambil kau kita pergi klinik.."

"Tak apalah, aku boleh jaga diri aku sendiri. Aku bukannya budak kecil lagi!"

"Tapi kau..."

Tuttt.. tutttt...

Panggilan dimatikan. Hud Mikail hairan, apasal perangai abang sepupunya macam tu. Pelik juga. Ni pasti ada sesuatu yang tidak kena. Pasal Tengku Arissya lagi ke ni? Ke soal apa kali ni. Tak apalah, settle kerja petang ni aku balik rumah Harith aje, bermalam kat sana malam ni.. desis hati Hud Mikail.

"Awal balik," sapa Pak Cik Karim menyapa Tengku Harith Zaqwan yang baru mahu menapak ke dalam rumahnya.

"Sakit kepala Pak Karim,"

"Nak Pak Karim urutkan ke?" Soal Pak Cik Karim.

"Eh, tak apalah. Saya makan ubat aje.."

Tengku Harith Zaqwan terus menapak ke ruang tamu. Ketika dia mahu menaiki tangga, Mak Cik Timah pula yang menyapanya.

"Harith nak makan apa-apa ke? Mak Timah boleh masak,"

"Tak apalah saya masih kenyang. Nanti masak untuk lunch saja. Terima kasih," balas Tengku Harith Zaqwan. Nampak benar dia tidak bermaya.

Tengku Harith Zaqwan masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya ke katil tanpa menyalin pakaiannya.

'Kenapa Arissya? Kenapa terlalu keras hatimu? Atau aku yang terlalu bodoh menagih cinta daripada seorang perempuan yang tidak pernah mencintai aku? Kenapa kau sanggup bunuh hati aku yang tulus menyintai kau? Apa aku tidak layak untuk merasai kebahagiaan di dunia ini? Tahukah kau betapa sakitnya hati ini dilukaimu..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan kecewa.

Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia duduk dibirai katil. Nektainya dilonggarkan. Kemudian dia membuka butang baju kemejanya perlahan, terserlah dada sasanya. Segera kemeja itu dibuka.. lalu dia lontar kemeja itu ke lantai. Dia kembali merebahkan tubuhnya ke katil.

Tiba-tiba ada satu panggilan masuk, Tengku Harith Zaqwan tengok skrin telefonnya. Ada nombor yang tidak dikenali menelefonnya. Eh, siapa pula ni?

Tengku Harith Zaqwan mengabaikan panggilan itu. Namun beberapa minit kemudian, pemilik nombor itu menelefonnya lagi. Kali ini dia jawab.

"Hello, siapa ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Helloo.. helloo.." sambung Tengku Harith Zaqwan lagi. Tapi si pemilik panggilan itu tidak menjawab apa-apa. Diam saja di hujung talian. Dan ia telah mengundang kemarahan Tengku Harith Zaqwan.

"Kau kalau nak call aku, cakap! Jangan jadi bisu!"

Segera Tengku Harith Zaqwan mematikan telefonnya. Geram pula call tapi tak nak cakap. Kan bodoh tu namanya. Menganggu privasi orang saja.

Tengku Arissya sudah sampai ke rumahnya.

"Akak dah balik?" Sapa Dania yang masih ada diruang tamu menyiapkan gubahan bunga.

"Ya, ada apa-apa yang korang nak bagitahu akak ya," balas Tengku Arissya yang sudah menapak ke situ.

"Buat masa sekarang semua bahan cukup kak," tambah Qila.

"Owh kalau macam tu akak naik bilik dulu ya. Nak rehat kejap," balas Tengku Arissya yang sudah mula rasa sakit kepala.

"Okay kak. Nia pun tengok muka akak macam pucat aje tu. Jaga diri ya kak.." pesan Dania.

"Laa yeke? Mungkin sebab sakit kepala sikit ni," balas Tengku Arissya.

"Tak apa, akak rehatlah. Kita orang dah tahu jadual kerja kat sini. Kak Arissya jangan risau ya.." balas Nayla.

"Baiklah kalau macam tu. Akak naik atas dulu ya,"

Tengku Arissya segera menapak ke tingkat atas. Baju pengantin adiknya juga dibawa masuk ke biliknya dulu, sebelum dia serahkan pada tuan empunya badan.

Gara-gara banyak berfikir kepalanya sudah semakin lemah. Sakit migrainnya sudah mahu berteman dengannya. Tapi apa boleh buat, terpaksalah dia menahannya. Namun sebelum Tengku Arissya merebahkan kepalanya di bantal, sempat dia mengambil air mineral dan ubatnya untuk ditelan. Terlelap sekejap dia.

Azan zohor berkumandang di sekitar rumah banglo milik Tengku Arissya. Dia tersedar.

"Ya Allah, dah zohor. Kenapalah aku boleh terlelap ni," ucap Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun. Dia ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk sebelum turun ke tingkat bawah.

"Fisya mana yang lain?" Soal Tengku Arissya apabila dia cuma melihat Fisya diruang tamu.

"Owh.. diaorang tengah solat zohor dalam bilik tetamu Kak Arissya," balas Fisya.

"Sorry tau, akak terlelap tadi kat bilik. Tak perasan dah masuk waktu zohor.."

Fisya senyum, "Alah akak ni tak apalah, kitaorang okay aje. Lagipun akak kan sakit kepala tadi. Macam mana dah okay ke sakit kepala tu?"

"Alhamdulillah dah okay.."

"Hmm tak apalah, akak nak keluar kejap ni beli makanan untuk korang. Nak makan apa tengah hari ni?"

"Eh, tak apalah. Menyusahkan akak aje," sampuk Dania yang sudah ke ruang tamu.

"Apa pula susahnya. Ni kan waktu lunch, mana boleh tak makan. Nanti kena gastrik tau. Akak tak masak hari ni, so akak nak pergi beli makananlah ni. Nak makan apa tengah hari ni?"

Baik sungguh hati Tengku Arissya, siap tanya nak makan apa. Layanannya memang tip top.

"Owh.. macam tu. Tak apalah, Kak Arissya beli aje apa-apa. Kita orang makan aje,"

"Alah, bagitahulah akak nak makan apa.."

Dania berpaling pada Fisya, siap angkat kening.

"Hmm.. kalau macam tu, akak beli ajelah KFC.. lagipun kami dah kenyang makan yang akak buat breakfast tadi," ucap Fisya.

"Baiklah," balas Tengku Arissya segera pergi dari situ.

"Fisya.. Kak Arissya tu baik kan?"

"Ha'ah.. dia baik sangat. Layan kita macam adik dia sendiri. Mana ada orang nak tanya kita, nak makan apa ke kan.." balas Fisya.

"Kak Elvia pun baik. Tapi dia macam busy sikitlah sebab nak urus pasal kahwin," sambung Fisya.

"Ya, beruntung Datuk Mustaqim dapat dua orang anak yang baik hati. Walaupun aku dapat tahu yang Kak Arissya dan Kak Elvia tu dah kehilangan mamanya tapi didikan Datuk Mustaqim sangat bagus.."

Di sebalik sudut sunyi itu Tengku Elvia mendengar semua perbualan antara Dania dan Fisya. Entah bila dia balik pun tak tahu.

Tiba-tiba hati Tengku Elvia rasa sedih. Sedih merindui mamanya. Kalaulah mama dia ada, tentu lagi meriah majlis perkahwinannya tapi bagaimanapun dia tetap bersyukur masih memiliki papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience