Rate

BAB 39

Romance Series 197165

Semakin hari Aakif Aryanz berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Tengku Arissya. Gadis itu mula rapat dengannya, tunggu hanya beberapa hari lagi. Dia pasti akan melafazkan kata cinta untuk Tengku Arissya. Dan dia berharap gadis itu tidak akan menolak cintanya. Kalau dia ditakdirkan menjadi suami Tengku Arissya, dia mahu. Mana tak mahunya dia.. gadis itu benar-benar cantik menawan. Berkulit putih, berwajah bujur sirih, memiliki sepasang mata yang cantik dan bibir merah bak delima. Lelaki mana yang tidak terpikat.

Mana tahu kalau dia berjaya berkahwin dengan Tengku Arissya, dia boleh berubah menjadi seorang lelaki yang baik. Aakif Aryanz mula menyimpan angan-angan beristerikan seorang isteri yang cantik dan kaya.

"Belum settle ke kerja awak kat sini?" Soal Tengku Arissya.

"Owh.. belum lagi. Masih banyak kerja yang tak settle, so tak boleh balik Malaysia lagi.." balas Aakif Aryanz menipu.

"Tak rindu Malaysia ke?" Soal Tengku Arissya diiringi tawa Aakif Aryanz.

"Rindu tu ada juga tapi bila fikir tanggungjawab kat sini masih banyak, kena settlekan dululah mana yang tak settle tu," balas Aakif Aryanz pandai dia mengatur ayatnya.

"Hmm.. Aryanz nak tanya something boleh?"

"What?"

"Arissya pernah bercinta?"

Pertanyaan Aakif Aryanz tidak terus dijawab. Tengku Arissya bingkas bangun, dia menapak tidak jauh dari situ dan menjawab pertanyaan tadi.

"Siapa yang tak pernah kenal cinta. Semua orang pernah bercinta, termasuk awak, right?"

"Err.. yup, betul!"

"Saya ni pernah berkahwin, tapi perkahwinan tu tak bertahan lama. Kami berdua berpisah," ucap Tengku Arissya membuatkan Aakif Aryanz terkedu. Rupanya Tengku Arissya sudah berkahwin.

"Kalau boleh Aryanz tahu Arissya berpisah sebab apa?"

"Bekas suami saya curang. Dia pernah terlanjur dengan perempuan lain, so saya fikir tak guna lagi pertahankan rumahtangga kami berdua. Saya yang mahukan perpisahan itu, kami berpisah di mahkamah.." balas Tengku Arissya tidak lagi menyembunyikan sebarang cerita daripada Aakif Aryanz. Begitulah jadinya bila kepercayaan mula wujud dihati seseorang, sebuah cerita pun tak lagi menjadi rahsia.

Aakif Aryanz bingkas bangun, dia mendekati Tengku Arissya, "Arissya sabar ya. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni. Mana tahu Allah nak bagi jodoh yang lebih baik untuk Arissya."

Tengku Arissya hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda bersetuju dengan kata-kata Aakif Aryanz.

Tengku Harith Zaqwan sedari tadi berdiri di belakang pokok besar berdekatan situ. Dia mendengar semua cerita bekas isterinya itu, ada rasa terkilan di hatinya apabila cerita tentang dirinya dijaja pada Aakif Aryanz. Lelaki yang tidak akan pernah mengerti erti cinta yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, barangkali kemarahan dan kebencian Tengku Arissya padanya terlalu besar. Di mata Tengku Arissya sehingga hari ini dia masih menjadi seorang pendusta cinta, menjadi seorang pesalah yang perlu menjalani hukuman berat. Apalah daya dia, kerasnya hati Tengku Arissya tak dapat dileburkan. Hanya pada Allah dia serahkan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience