Rate

BAB 239

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan dan Adrian Smith ke rumah Datuk Mustaqim apabila mengetahui mereka berdua sudah pulang dari terus mencari Tengku Arissya. Segalanya menghampakan. Sharleez juga turut berada di situ, Sharkief yang menjemputnya. Kini mereka semua berkumpul dirumah itu.

"Papa dah cari Arissya, tapi tak jumpa Harith..." Ucap Datuk Mustaqim risau.

Semua yang berada di situ masih belum mengetahui Tengku Arissya diculik selain Tengku Harith Zaqwan dan Adrian Smith.

"Kami dah cari merata tempat tuan, tapi gagal..." Tokok Sharkief. Wajah Tengku Elvia yang ada disitu nampak mendung, begitu juga dengan Sharleez. Dia sudah boleh berjalan tapi tidak sepenuhnya mampu melakukan kerja berbahaya itu. Dia masih perlukan banyak rehat.

"Habis tu macam mana ni Abang Harith? Elvia risaulah..."

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan bersuara Tengku Emir Danish memberi salam, dia baru saja sampai ke situ.

"Sayang..." Panggil Tengku Emir Danish mendekati isterinya.

"Kakak hilang abang, Elvia risau.." Adu Tengku Elvia.

"Hah? Hilang? Bukan ke Kak Arissya dilarang keluar sebelum ni?"

"Kakak larikan diri, sekarang kami semua tak tahu dia ke mana," balas Tengku Elvia. Anaknya sedang berada dalam buaian berdekatannya, sedang nyenyak tidur.

"Kita takkan jumpa Arissya lagi kat mana-mana," ucap Tengku Harith Zaqwan. Mukanya nampak tegang, setiap mata memandangnya penuh tanda tanya.

"Apa maksud Abang Harith?" Soal Tengku Elvia.

"Untuk pengetahuan semua, Arissya telah diculik. Dia sekarang berada dalam genggaman Tengku Qistina dan anak buahnya,"

Tergamam setiap yang mendengar, tidak terkata. Tengku Elvia sudah mengalirkan air mata, dia benar-benar rasa sedih dan risaukan keadaan kakaknya.

"Macam mana abang tahu?" Soalnya sebak dalam tangis. Datuk Mustaqim hanya membisu, barangkali sedang meraung dalam hati.

"Anak buah Tengku Qistina yang mengikuti jejak abang dan Adrian ke balai polis, mereka melontar satu batu bersama kertas pada kami. Dalam tu mereka memberi pesanan supaya abang tengok telefon, rupanya Qistina whatsapp melarang supaya jangan serahkan bukti tu.. kalau tak abang hanya akan jumpa mayat Arissya..."

"Ya Allah..." Makin kuat tangisan Tengku Elvia. Tengku Emir Danish yang ada disebelah isterinya langsung memujuk supaya bertenang.

"Tenang sayang..."

"Macam mana Elvia nak bertenang, kakak kena culik abang. Kita semua pun tahu yang Tengku Qistina memang bermasalah dengan akak. Dia dendam!" Balas Tengku Elvia agak tinggi suaranya.

"Abang tahu Elvia, tapi jika terlalu beremosi begini juga tidak baik buat diri sendiri,"

"Betul apa kata Tengku Emir tu, Elvia. Papa setuju. Kita kena tandangi masalah ni dengan tenang," tokok Datuk Mustaqim.

"Kita tak boleh gagal lagi, kali ni kita kena pastikan Tengku Qistina dan anak-anak buahnya menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatannya," ucap Adrian Smith. Sharleez dan Sharkief mengangguk perlahan. Mereka berdua bersetuju.

"Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang?" Soal Tengku Emir Danish. Tengku Harith Zaqwan masih membisu.

Tiba-tiba handphone milik Tengku Harith Zaqwan berdering, nombor telefon dari pemanggil yang tidak dikenali itu segera dijawab. Dia menekan butang pembesar suara, agar yang lain juga dapat mendengar. Tengku Harith Zaqwan juga tidak lupa merakam perbualan itu.

"Hello... Harith.."

"Hei, kau siapa?"

"Kau tak perlu tahu siapa aku, tapi aku mahu buat perhitungan dengan kau..."

"Kau nak apa sebenarnya ni hah? Kau nak duit? Boleh! Aku boleh bagi kau duit. Kau cakap kau nak berapa? Lima ratus ribu? Sejuta? Kau cakap! Tapi dengan syarat kau lepaskan Tengku Arissya.." Marah Tengku Harith Zaqwan.

Pemanggil lelaki itu tertawa besar, "Bos aku tak nak semua tu... itu urusan kedua, sekarang dia nak...."

"Nak apa bodoh? Cakap! Cakap dengan aku nak apa?" Tengking Tengku Harith Zaqwan. Adrian Smith menyentuh bahu tuannya, meminta tuannya supaya bertenang...

Kedengaran suara Tengku Qistina ketawa halus...

"Hai, Harith? Apa khabar keadaan you sekarang? Tenang atau tak?" Sinis pertanyaan itu.

"Qistina! Kau jangan kurang ajar dengan aku!" Jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Tak ada yang lebih kurang ajar selain kau, Harith! Pengkhianat! Rupanya selama ni kau sengaja mendekati aku sebab nak perangkap aku..."

"Memang aku lakukan semua tu sebab tak nak kau buat hidup Tengku Arissya menderita! Aku tak nak kau ganggu hidup dia.."

Tengku Qistina ketawa, "Kau yakin ke yang dia tidak akan menderita? Hei, sebab kaulah Tengku Arissya terpaksa tanggung semua penderitaan ni..."

"Kau tu lelaki lembik! Selalu kalah dengan aku. Buktinya, hari ni kemenangan berpihak pada aku. Kau gagal serahkan bukti tu pada pihak polis..." Sambungnya tersengih sinis.

"Ya, mungkin sekarang aku gagal tapi kau juga perlu tahu Qistina, aku tak pernah mengalah selagi semua ni belum berakhir. Kau tahu sebab apa?"

"Sebab aku nak humban kau dalam penjara, itu impian aku. Aku nak kau dapat balasan yang setimpal di atas perbuatan kau..." sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi kau juga harus ingat Harith, satu-satunya perempuan yang kau cinta setengah mati ni ada ditangan aku. Aku boleh buat apa saja yang aku nak, sekalipun menamatkan riwayat hidup Arissya!"

"Aahhh.. kau memang tak guna Qistina. Kau pengecut! Hanya pandai bercakap, tapi tak mampu berhadapan dengan aku..."

"Siapa kata?"

"Malam esok aku nak kau datang ke tempat yang aku akan bagi lokasinya, tapi kau kena datang sorang je. Kau dilarang bawa sesiapa saja atau bekerjasama dengan pihak polis. Kalau tak Arissya akan mati malam tu juga. Faham Harith?" Tegas Tengku Qistina marah.

"Aku faham! Malam esok aku berjanji akan ke sana sorang diri..." Balas Tengku Harith Zaqwan, sejurus selepas itu panggilan ditamatkan.

"Helloo.. helloooo!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Geram betul dia dengan Tengku Qistina. Dia belum habis cakap lagi untuk bertanyakan keadaan Tengku Arissya.

"Abang Harith macam mana ni?" Soal Tengku Elvia, matanya berkaca.. berharap agar Tengku Harith Zaqwan menyelamatkan nyawa kakaknya.

"Esok abang akan ke sana,"

"Tuan bahaya!" Ucap Sharleez laju menghalang.

"Aku dah tak ada cara lain, lagipun Qistina mahukan aku berada di sana malam esok.."

"Tapi ia satu perangkap, tuan..." Tokok Adrian Smith.

"Hei, kau faham tak Arissya dalam bahaya! Dia nak aku pergi sorang aje, aku dah tak boleh buat apa. Aku kena selamatkan Arissya, dia dalam bahaya..."

"Aku tahu tuan, tapi bertindak bodoh hanya akan memberi kegagalan dipihak kita," balas Adrian Smith laju. Masih keras menghalang.

"Adrian benar, tuan. Aku tahu kau sayangkan, Arissya. Tapi kau juga harus pentingkan nyawa kau. Kalau kau gagal dalam perjuangan ni bagaimana mahu terus menyelamatkan Arissya? Fikir tuan!" Ucap Sharleez tegas.

"Betul, tuan jangan takut, lagipun kita ada ramai. Kita akan buat perancangan malam ni untuk menyelamatkan Tengku Arissya..." Ucap Adrian Smith lebih matang dan bijak dalam dunia pertarungan ini.

Akhirnya Tengku Harith Zaqwan akur. Dia mengangguk perlahan. Malam itu mereka berbincang, mereka yang berada di situ memberi idea untuk menyelamatkan Tengku Arissya. Kali ini mereka berganding bahu, Tengku Harith Zaqwan tidak lagi bersendirian.

Selesai saja merancang beberapa perancangan yang mengambil masa beberapa jam, Tengku Harith Zaqwan pulang ke rumahnya.. itu pun sudah malam, manakala Sharleez dan Sharkief berada dirumah Datuk Mustaqim. Atas arahan Tengku Harith Zaqwan, Sharleez perlu mengawasi rumah Datuk Mustaqim dan keluarganya. Tengku Emir Danish juga berada disitu, menjaga anak dan isterinya....

Adrian Smith pula masih belum pulang, dia ke suatu tempat untuk menyiapkan segala kelengkapan pertarungan esok. Dia juga mahu menjemput seseorang. Seseorang yang akan turut membantu Tengku Harith Zaqwan. Siapa lagi jika bukan Darius. Anaknya sudah ditinggalkan saja dengan mak mertua isterinya. Hanya dia dan isterinya, Rubina Elizaberth ke Malaysia. Kedatangan mereka berdua tidak diketahui Tengku Harith Zaqwan. Ia menjadi rahsia buat sementara.

Adrian Smith menjerling jam ditangannya. Masih belum terlihat kelibat pasangan suami isteri itu.

"Hey, Adrian!" Sapa Darius dari arah belakang yang sudah menyentuh bahunya.

"Darius, akhirnya kau sampai juga kat sini..."

"Hey, Rubina! How are you?" Sambungnya menyoal sepupunya pula, Rubina Elizaberth.

"Hai, Adrian. I'm fine," balasnya yang sudah tersenyum.

Mereka kemudiannya menaiki kereta milik Adrian Smith, dalam perjalanan itulah sebelum sampai di rumah sewa Adrian Smith segala cerita diketahui. Darius dan Rubina Elizaberth sangat terkejut, mereka berjanji akan menolong Tengku Harith Zaqwan. Kebaikan Tengku Harith Zaqwan tidak akan sesekali dilupakan.

"So, now kita kena lebih berhati-hati. Tak boleh tersilap langkah, jika tak Tengku Arissya dalam bahaya..."

"Betul tu, Darius..."

"Aku dah siapkan senjata tadi sebelum jemput kau kat airport. Aku dah buat persiapan awal untuk menempuhi bahaya pada malam esok..."

"Good, yang lain aku akan turut bantu kau..." Adrian Smith mengangguk faham. Sekarang mereka ramai, jadi itulah kekuatan mereka. Saling bekerjasama dan membantu.

Tengku Harith Zaqwan diam membisu, selesai mandi dan solat isyak dia ke halaman rumahnya. Terbentang kolam renang dihadapannya. Sungguh, terasa tak tenang dan penuh kekacauan emosi pada saat ini. Hatinya seakan menangis. Agaknya bagaimanalah keadaan Tengku Arissya. Dilayani baik atau buruk? Diseksakah dia? Ditengking oleh musuhkah? Sudahkah dia makan atau dibiar kelaparan? Argh, sukar! Sakit jiwanya apabila mengenangkan soalan yang tiada jawapannya. Dia buntu. Bingung. Mahu rasanya dia menyelamatkan Tengku Arissya pada malam itu juga, namun apakan daya dia terpaksa menunggu malam esok. Malam esok dirasakan bertahun. Lamanya! Terasa lama! Argh, jiwanya meronta gila. Dia benar-benar risau akan keselamatan Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience