Rate

BAB 289

Romance Series 197233

Pada petang itu hujan turun renyai-renyai. Hari ini hari di mana Tengku Arissya menemui Airel Azumi selepas pulang dari kerja. Dia menemui lelaki itu di kawasan taman yang sunyi. Maklumlah, nak bercakap tentang sesuatu yang privasi.

Tengku Harith Zaqwan pula agak sibuk pada hari itu, dia terpaksa menemui klien penting di Melaka. Namun, sekejap lagi dia akan segera pulang.

Tengku Arissya sudah memaklumkan suaminya dari awal tentang perkara itu, pertemuannya dengan Airel Azumi. Cuma dia tak sedap hati, risau. Jiwanya tidak tenang. Banyak yang bermain difikirannya. Sudah dia katakan pada isterinya, jangan bertemu ditempat yang begitu namun kedegilan isterinya tidak dapat dileburkan. Jadi, dia biarkan saja mengikut kehendak isterinya walaupun berat.

"So, you nak jumpa dengan I petang ni nak cakap pasal apa?" Soal Airel Azumi. Dia berteduh di gazebo di kawasan sekitar taman itu bersama Tengku Arissya.

"Adalah, hal penting.."

Airel Azumi tersenyum, "Wah, nak cakap pasal kita ke? I pun ada nak luah sesuatu kat you.."

"Owh really, what?"

"Tak apa you cakap dulu apa yang you nak cakapkan tu.."

"Hmm apa kata you yang cakap dulu dengan I," balas Tengku Arissya. Akhirnya Airel Azumi bersetuju.

"Alright, I cakap dulu.."

"Okay, apa yang you nak cakapkan tu?"

"Arissya sebenarnya I dah tak dapat tahan perasaan I ni pada you, I cintakan you.."

"Hah?"

"Yup, I love you so much. Makin I dekat dengan you, perasaan tu makin kuat. I tahu you pernah kahwin dulu, tapi I tak kisah pun. Sebab I betul-betul cintakan you. I boleh terima you..."

"Sejak bila?"

"Sejak kita saling bertemu atas urusan bisnes bersama. I mula jatuh cinta pada you.."

"Sebab apa you cintakan I?"

"Sebab you baik, you cantik, you sangat istimewa dihati I. I harap sangat you boleh terima I sebagai kekasih you.."

Belum sempat Tengku Arissya ingin bercakap, Airel Azumi memotong, "I nak kahwin dengan you sayang..."

Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil, inilah masanya dia berterus terang agar lelaki dihadapannya tidak terus berharap padanya.

"But I tak boleh kahwin dengan you, Airel.."

Kata-kata itu membuatkan Airel Azumi merasa pelik, dia menginginkan sebuah jawapan yang pasti.

"Why? Why Arissya?"

"I ada sebab tertentu..."

"Apa sebabnya? Apa kurangnya I pada you? I ada segalanya Arissya. Harta, kemewahan, you cakap aje you nak apa. I sanggup bagi semuanya, asalkan kita bersama Arissya.."

"Tapi I tak cintakan you..."

"Cinta boleh dipupuk Arissya.."

"Yes, I know that. But I dah kahwin Ariel.."

Kenyataan itu membuatkan Airel Azumi terkedu. Merah mukanya seakan menahan amarah, dia seakan tidak dapat menerima hakikat itu. Wajahnya berubah bengis.

"What? You dah kahwin? Nooo noooo!!!"

"Yup, I dah kahwin.."

"I tak tahu pun you dah kahwin, you tak bagitahu I pun.. why?"

"I memang rahsiakan perkahwinan I. Tak semua yang tahu. Hanya family aje tahu pasal ni.."

"Tak! Masalahnya kenapa you tak bagitahu I?" Marah Airel Azumi, suaranya agak tinggi.

"Kan I dah bagitahu you sekarang ni.."

"You kahwin dengan siapa?"

"Tengku Harith Zaqwan. Dialah suami I.."

"What? You kahwin dengan Harith? Kenapa dia?"

Bukan main terkejut Airel Azumi. Dia kembali mengingati setiap kata-kata lelaki itu, "Kau jangan bermimpi dapat kahwin dengan Arissya!"

Airel Azumi rasa seperti diperbodohkan, dia baru sedar dia dipermainkan.

"Tergamak kau perbodohkan aku Arissya!" Jerkah Airel Azumi tiba-tiba. Bukan main terkejut Tengku Arissya dengan reaksi yang baru dia terima.

Hati Tengku Harith Zaqwan tidak tenang, dia rasa sesuatu yang buruk akan berlaku. Hujan semakin lebat. Tengku Harith Zaqwan tidak dapat drive laju, jalan licin. Dia menelefon Tengku Elvia.

"Abang Harith ada apa call Elvia ni?"

"Tolong pergi cari Arissya, pleaseee... Abang on the way balik dari Melaka, tapi tak tahu sempat sampai awal ke tak..."

"Kenapa nak Elvia cari akak?"

Tengku Harith Zaqwan bercerita secara ringkas.

"Shit! Okay, Elvia pergi tempat tu sekarang..."

Tengku Elvia segera melangkah laju menuruni lift, dia takut sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini. Dia benar-benar rasa takut. Laju dia memandu.

"Arissya kau memang tak guna! Kau tipu aku!"

"You cakap apa ni Airel, I tipu you? I dah cakap perkara yang sebenar. I dah kahwin dengan Harith.."

"Tak, kau permainkan aku. Kau tahu kan aku cintakan kau, tapi kau kahwin dengan jantan tu dah kenapa?" Marah Airel Azumi semakin mendekati Tengku Arissya.

"Sebab I cintakan Harith, hanya dia aje lelaki yang I sayang. Hati I hanya untuk dia, bukannya you. I anggap you macam kawan I aje.." balas Tengku Arissya.

"Kau tahu tak, aku bencikan Harith tu sejak dulu lagi. Aku kenal dia dah lama. Dia rampas Riesya dari aku. Dia yang bunuh Riesya!"

"No! Riesya mati sebab kemalangan, bukan Harith yang bunuh...."

"Takkkk!!! Kau tak tahu cerita sebenar. Dia tu pembunuh!" Jerkah Airel Azumi. Kali ini dia memegang pergelangan tangan Tengku Arissya.

"Hey, lepaslah!!!"

"Kau tahu tak, Harith punca semuanya. Sebab dialah hidup aku musnah. Aku kehilangan Riesya. Sebab dia!!!"

"Harith tak salah!" Lawan Tengku Arissya.

"Tak, dia kejam! Tapi kau pula yang kahwin dengan dia. Kau tahu kan aku tak suka kau kahwin dengan dia.."

"Apa ni!!! Lepaslah!" Marah Tengku Arissya apabila Airel Azumi memegang pergelangan tangannya kasar.

"Sakitlah!! Lepaskan aku!!!!" Marah Tengku Arissya. Airel Azumi melepaskan pergelangan tangan itu, lalu dia ketawa terbahak-bahak. Kalau dilihat sudah seperti orang yang tidak waras.

Tapi wajahnya benar-benar menakutkan kali ini, adakalanya bengis dan adakalanya dia tertawa.

"Kalau aku tak dapat kau, dia pun tak boleh dapatkan kau sayang.." Ucap Airel Azumi sambil ketawa sinis.

Kali ini Airel Azumi menarik pergelangan tangan Tengku Arissya... lalu dia menolak Tengku Arissya sehingga terjatuh berdekatan pokok besar, hampir dengan gazebo itu.

Dia semakin hampir mendekati Tengku Arissya. Kawasan itu sunyi, tiada seorang pun di situ. Kebetulan hujan sudah semakin lebat.

"Kau nak buat apa hah?" Marah Tengku Arissya.

"Aku nak ragut maruah kau, biar suami kau rasa malang dapat isteri yang dah...."

"Enough! Dasar binatang.." ucap Tengku Arissya. Dia jijik mendengar kata-kata Airel Azumi.

Tengku Arissya mahu bingkas bangun, namun tubuh itu dipeluk dari belakang.

"Lepaskan akulah!"

"Tolongggg! Tolongggg!"

Tengku Elvia sudah sampai, dia berlari ke sana. Dia dapat dengar kakaknya menjerit.

"Lepaslah!!"

"Kakak!!!"

"Hei, kau buat apa hah?" Ucap Tengku Elvia apabila dia sudah melihat kakaknya diperlakukan begitu.

Airel Azumi melepaskan Tengku Arissya, dia menoleh ke arah Tengku Elvia.

"Owh ada penyelamat rupanya datang, nak apa kau? Nak sama-sama berseronok dengan aku ke?"

Tengku Arissya sudah ketakutan, dia bersembunyi disebalik pokok besar itu. Air matanya sudah mengalir laju. Namun sempat dia mencapai telefonnya untuk text pada suaminya.

"Abang tolong Arissya... Abang tolonggggg... Arissya takuttt..."

Tengku Harith Zaqwan yang menerima text itu semakin diasak gundah. Dia menekan pedal minyak keretanya laju, sudah dia menelefon Sharliez tapi tak berjawab. Terpaksa dia bertindak sendiri. Apa nak jadi, jadilah. Dia perlu segera menyelamatkan isterinya.

Airel Azumi mendekati Tengku Elvia.

"Eh, kau jangan macam-macam ye. Nahas aku kerjakan kau!" Ucap Tengku Elvia.

Airel Azumi tetap mendekati Tengku Elvia, dia memaut leher gadis itu kuat sehingga Tengku Elvia terbatuk-batuk.

"Sakitlah bodoh! Kau nak aku mati ke apa ni?"

"Memang kau patut mati!"

Tengku Arissya menolong adiknya, dia memukul tubuh Airel Azumi kuat dari belakang. Lelaki itu semakin benggang, dia menolak Tengku Arissya. Gadis itu terjelepok jatuh.

Manakala Tengku Elvia pula dihumbannya ke arah pokok sehingga kepalanya terhantuk di sebatang pokok, darah mengalir dibahagian dahi Tengku Elvia. Dia lalu pengsan...

"Elvia!" Jerit Tengku Arissya.

"Kau memang tak gunalah! Kalau jadi apa-apa pada adik aku, nahas kau!"

Tengku Arissya berusaha bangun namun tak berdaya, kakinya sudah terseliuh. Dia tak dapat bangun, dia benar-benar takut melihat pandangan mata lelaki iblis itu. Kalau suaminya tidak sampai pada waktu yang tepat, pasti maruahnya akan tercalar. Dan dia tidak akan dapat menerima hakikat pahit itu.

'Tolonglah Allah, selamatkanlah aku daripada lelaki bertopengkan iblis ni. Aku mohon. Abang tolonglah Arissya, abangggg.....' Doa rintih Tengku Arissya dalam hatinya benar-benar berharap akan datangnya sebuah pertolongan.

"Kau dah tak dapat lari, sekarang aku akan jadikan kau milik aku. Tak ada siapa lagi yang dapat tolong kau.."

Tengku Arissya cuba berundur ke belakang, dia jijik dengan ucapan lelaki itu.

"Arissya seriously you memang cantik. Patutlah ramai suka, tapi tak sangka I yang akan merasai setiap......"

Belum sempat Airel Azumi meneruskan kata-katanya, Tengku Arissya menjerit kuat, "Stop it!!! Aku jijik dengan kaulah! Kau lelaki yang tak bermaruah!"

"Aku tak kisah kau nak cakap apa pun, yang aku tahu kau akan jadi milik aku.." ucapnya perlahan. Dia segera mendekati Tengku Arissya, pipi itu disentuhnya perlahan namun Tengku Arissya menepisnya kasar. Dia benar-benar jijik. Dia sudah menangis ketakutan.

"Woiiiiii, tak gunaaaa!!!!" Ucap satu suara, Tengku Harith Zaqwan sudah datang. Dia menarik baju Airel Azumi kuat, sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Lalu dihumbannya. Tertiarap jatuh Airel Azumi atas rumput hijau itu.

Tengku Harith Zaqwan menumbuk Airel Azumi kuat tanpa henti. Amarahnya sudah sampai limit. Airel Azumi sudah nampak lemah, namun dia tetap ingin berlawan. Dia menolak tubuh Tengku Harith Zaqwan, dia tumbuk perut lelaki itu. Namun, Tengku Harith Zaqwan masih mampu berdiri. Mereka saling berbalas tumbukan. Pertempuran bermula.

"Aargghh.. sakit bodoh!!!!" Marah Airel Azumi.

"Dari dulu kau patut mati!" Sambungnya...

"Kau memang tak guna! Kali ni kau takkan terlepas!" Balas Tengku Harith Zaqwan yang juga sudah lebam dimukanya kena penumbuk Airel Azumi.

Mereka saling bergelut antara satu sama lain, Tengku Arissya ketakutan. Dia masih disitu berpeluk tubuh. Menangis. Selebat hujan yang turun.

Semasa pergelutan berlaku, Airel Azumi bertindak agresif. Ada dibahagian kasutnya terdapat satu pisau kecil, lalu ketika Tengku Harith Zaqwan asyik memukulnya dari atas, dia sempat mengambil pisau itu lalu dihunusnya ke bahagian tepi perut Tengku Harith Zaqwan.

"Aarggh... Arghh..."

Tengku Harith Zaqwan semakin lemah, darah mula mengalir. Apalagi waktu itu hujan, penuh darah melekat dibajunya.

"Abangggg!!!!" Jerit Tengku Arissya yang mula perasan suaminya ditikam. Dia mahu mendekati suaminya. Namun, Airel Azumi sudah ke arah Tengku Arissya ingin melakukan sesuatu. Mukanya sangat bengis.

Tengku Harith Zaqwan berusaha bangkit. Dia akan lawan habis-habisan. Dia berlari ke arah Airel Azumi. Dari belakang dia menendang kuat Airel Azumi sehingga terjelepok jatuh, waktu itulah Tengku Harith Zaqwan merampas pisau dari tangan Airel Azumi lalu dibuangnya jauh-jauh..

Dia menumbuk lelaki itu kuat, kali ini Tengku Harith Zaqwan tidak memberi peluang. Sampailah Airel Azumi lembik, penuh mukanya lembam dibelasah Tengku Harith Zaqwan. Tak mudah untuk menumpaskan seorang lelaki yang gagah seperti Tengku Harith Zaqwan, jika dilihat pada bentuk badannya yang sado.

Tengku Harith Zaqwan mengambil tali yang ada disekitar gazebo itu lalu mengikat tubuh Airel Azumi pada sebatang pokok sehingga dia tidak mampu lagi bergerak. Dia juga sudah pun lemah, tidak berdaya.

Tengku Harith Zaqwan mendekati isterinya yang sedang menangis, habis basah baju kesayangannya.

"Sayang.. syhh jangan nangis. Abang ada ni.."

Tengku Arissya ketakutan, dia menolak tubuh suaminya. Mungkin dia teringat apa yang Airel Azumi ingin lakukan tadi, dia jadi takut. Trauma.

"Sayang ni abang, jangan takut.." pujuk Tengku Harith Zaqwan. Akhirnya tubuh sasa itu dipeluknya erat.

"Abang Arissya takutttt.. abang jangan tinggal Arissya. Abangg Arissya takuttt..." Ucap Tengku Arissya berulangkali, mahu gugur air mata Tengku Harith Zaqwan mendengarnya.

"Syhh jangan takut abang ada. Abang akan selalu melindungi sayang..."

"Dah ye, jangan nangis.. sayang boleh bangun tak ni?"

Tengku Arissya hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Okay, abang angkat sayang ye. Abang letak kat bawah gazebo tu dulu. Hujan makin lebat ni. Takut sayang sakit nanti.."

"Paut leher abang, abang tak cukup kuat nak tampung sepenuhnya. Abang sakitt kena tikam.." sambungnya. Matanya berkaca menahan sakit. Dalam keadaan sakit tu pun dia masih berusaha melindungi cintanya.

Tengku Harith Zaqwan mengangkat isterinya, dia letak di gazebo itu.

"Abang tolong Elvia, Elvia kat sana pengsan.."

"Tak apa abang angkat letak sini Elvia.."

Tengku Harith Zaqwan mengangkat Tengku Elvia, dia juga letak ditempat yang sama. Berdekatan dengan isterinya.

"Abangggg... Belah tepi pinggang abang darah ni," ucap Tengku Arissya menyentuhnya.

"Aarggh... Argh.. sakittt sayang..."

"Maaf, abang. Kejap, Arissya buka tudung bagi abang. Darah banyak tu keluar, bahaya. Abang boleh balut luka tu..."

"Jangan sayang, nanti nampak aurat sayang. Biar abang buka baju kemeja ni, abang balut..."

Tengku Harith Zaqwan membuka butang kemejanya. Terserlah badan sasanya, habis basah bajunya. Tapi dia tetap menggunakan baju itu untuk membalut lukanya, tujuannya untuk menghentikan darah yang semakin banyak.

"Dah siap balut sayang, sayang sakit kaki ye? Sabar ye. Abang baru nak call ambulans..."

"Sini kat abang, peluk abang..." Sambungnya, dia risau melihat keadaan isterinya.

Tengku Harith Zaqwan menelefon ambulans. Dia juga tak lupa menelefon Tengku Emir Danish memaklumkan keadaan Tengku Elvia.

Tengku Emir Danish segera ke sana, sampai saja disana dia mendapatkan isterinya.

"Sayangg.. bangun sayangg.." ucap Tengku Emir Danish risau melihat darah di dahi isterinya.

"Abang?"

"Ye, abang datang sini. Kebetulan abang ada dekat kawasan ni, Harith call.."

"Siapa buat semua ni?"

"Tu, tulah jantan tak guna tu!"

"Airel Azumi?"

"Ye dia tu, dia tu memang gila! Aku tahan je sabar aku ni.. kalau tak dah mati ditangan aku..."

"Kejap, aku tak puas hati ni selagi tak bagi kat dia sikit.."

Tengku Emir Danish melangkah ke arah Airel Azumi, tak semena-mena lelaki itu ditumbuknya.

"Ni balasan untuk kau sebab kau bagi isteri aku sakit!!!"

Airel Azumi tergelak, "Memang patut pun aku bagi dia sakit. Dia tu bodoh nak jadi penyelamat kononnya, tapi lembik!"

"Lawan kau bukan isteri aku, tapi aku bodoh!" Marah Tengku Emir Danish. Sempat lagi dia sepak Airel Azumi sebelum kembali mendekati isterinya.

"Harith, kau okay ke? Muka kau pucat sangat..."

"Okay aje ni, cuma aku kena tikam kat tepi ni.."

"Ya Allah, jomlah aku bawa pergi hospital.."

"Aku dah call ambulans, kalau kau hantar aku kat hospital tak ada siapa kat sini. Apa kata kau hantar Elvia dengan Arissya dulu, aku tunggu ambulans.."

"Arissya tak nak!"

"Hmmm... tapi sayang kena pergi dulu hospital, abang risau..."

"Arissya dah cakapkan tak nak, Arissya nak ada dengan abang kat sini..."

"Tak apalah Emir, kau bawa Elvia pergi hospital dulu ye. Aku tunggu ambulans..."

"Alright bro.. take care!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience