Rate

BAB 273

Romance Series 197165

Sharleez menemui Tengku Harith Zaqwan pada malam itu.

"Kenapa panggil aku ke sini, tuan?"

"Tolong settle tiket penerbangan aku, aku nak balik ke luar negara...."

"Bila?"

"Tiga hari lagi, ni last aku kat Malaysia. Lepas ni aku nak terus menetap di sana. Aku akan jumpa Hud, untuk serahkan syarikat kat sini pada dia sepenuhnya..."

"But why?"

"Semuanya dah berakhir, aku dengan Arissya tak ditakdirkan hidup bersama. Sepatutnya dari dulu aku sedar yang dia bukan tercipta untuk aku..."

"Apa sebenarnya dah jadi?"

Tengku Harith Zaqwan bercerita pada Sharleez apa yang sudah terjadi. Bukan main terkejut dia.

"Arissya tak salah, tuan. Dia mesti termakan fitnah Airel.."

"Eh, kejap.. kenapa dengan muka tuan ni? Lebam apa semua ni hah?" Soal Sharleez baru perasan apabila Tengku Harith Zaqwan berpaling ke arahnya.

"Tuan, kenapa ni?"

"Airel tumbuk?"

Tengku Harith Zaqwan mengangguk faham, dia tidak pula bercerita tentang dirinya ditumbuk oleh si Airel Azumi.

"Tak guna betul jantan tu!!!" Marah Sharleez sudah mengepal penumbuknya.

"Biar aku ajar dia tuan!" Sambungnya mahu pergi dari situ tapi keras dihalang Tengku Harith Zaqwan.

"Stop Sharleez! Biarkan dia. Aku malas dah nak cakap apa-apa.."

Sharleez berpaling ke belakang tidak puas hati, "Kenapa nak biarkan?"

"Tak ada apa lagi aku nak cakap, Arissya pun lebih percayakan jantan tu..."

"Tapi Arissya tak salah! Dia mesti tengah blur, keliru. Tuan kena jelaskan pada dia..."

"Masalahnya aku dah cuba jelaskan pada dia, tapi dia tak nak dengar. Dia tuduh aku sebagai pembunuh. Dia lebih percayakan Airel tu..."

"Memanglah sebab dia dah termakan fitnah!" Marah Sharleez. Kali ini dia nekad mahu masuk campur dalam urusan tuannya.

"Sudahlah Leez, aku dah penat dah. Aku malas nak ambil tahu pasal Arissya lagi, hati aku dah hancur lumat bila dia tuduh aku ni membunuh Riesya.."

"Tuan tak boleh berputus asa!"

"Enough!" Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan, kemudian dia menapak masuk ke dalam rumahnya.. dia sudah tidak mahu bercakap tentang apa-apa.

Sharleez diam seketika, seakan sedang berfikir sesuatu untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia menapak pergi dari situ menuju ke arah kereta sport milik suaminya, Adrian Smith.

Laju dia memandu menuju ke rumah Datuk Mustaqim pada malam itu.

Ketika dia sampai di rumah Datuk Mustaqim hanya kelihatan Dafiya di situ, yang baru saja mahu masuk ke dalam rumah itu. Segera Sharleez memanggilnya lantang.

"Fiya, sorry menganggu. Arissya ada tak?"

"Owh.. baru aje pergi, katanya nak balik kat rumah satu lagi, di Melaka..."

"Alright. Thanks..." Ucap Sharleez terus meluncur laju membelah jalan pada malam itu. Dia harap dia akan menemukan Tengku Arissya pada malam itu.

Setengah jam kemudian, Sharleez melihat kereta Tengku Arissya di hadapannya.. tapi agak jauh juga, namun dia pasti itu kereta milik Tengku Arissya.

Sharleez menekan pedal minyak keretanya selaju yang boleh, jaraknya semakin dekat. Sharleez segera menunjukkan kehandalannya dalam lumba kereta, segera dia memotong depan, berpusing keretanya ke belakang... namun tetap di hadapan kereta milik Tengku Arissya. Sharleez memang hebat dalam segala hal.

Tengku Arissya yang terkedu segera menekan break emergency, nasib baik dia dapat mengawal steering keretanya. Mengucap panjang dia.

"Hei, gila ke?" Marah Tengku Arissya. Siapa pula yang menghalangnya.

Tengku Arissya keluar dari keretanya. Kelihatan seseorang memakai jacket hitam berjalan penuh bergaya ke arahnya.

"Sharleez?"

"Yup, I Arissya.. why? Terkejut?"

"Memanglah terkejut sebab you main potong depan, nasib baik I pandai handle steering.."

"Sorry! Ada sesuatu yang I nak bincang dengan you..."

"You nak bincang apa? Ni mesti Harith hantar you kan, suruh pujuk I..."

"You ni banyak cakaplah, jom!" Ucap Sharleez yang sudah menarik pergelangan tangan Tengku Arissya kasar.

"Kereta I.. nanti orang curi..."

"Okay, you kunci dulu. Kejap lagi I hantar you kat sini. Tolong bagi kerjasama Arissya.."

"Okay kejap.." balas Tengku Arissya. Dia tahu Sharleez marah, dia pun tidak berani menghadapi gadis itu yang sukar dijangka.

Sharleez bawa Tengku Arissya di salah sebuah restoran yang privasi, berdekatan situ juga.. namun jauh dari hirup pikuk dunia. Rasanya lebih tenang bercakap di situ.

"You nak cakap apa ni? Apa yang penting sangat nak bincang dengan I?"

"Pasal tuan I, Harith..."

"Tengok I dah agak, dia yang hantar you untuk pujuk I kan..."

"Tak, I sendiri yang nak jumpa you. I nak bagi penjelasan pada you.."

"Tentang apa?"

"Airel Azumi.."

"You kenal dia, Leez?"

"Of course I kenal dia. Dia tu I dah lama kenal, sebab tu I nak cakap something dengan you.. nak cerita pasal dia..."

"Hmm okay, you nak cerita apa?" Soal Tengku Arissya.

Sharleez membuka segala cerita yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Tengku Arissya terkedu mendengarnya. Sebak tak tertahan...

"Allahu... Betul ke apa yang you cakapkan ni?"

"Benda macam ni bukannya boleh buat main-main..."

"Jadi Harith tak bersalah?"

"Tak, dia cuma mangsa keadaan. Airel tu yang bagitahu polis supaya tangkap Harith, dia kaitkan Harith dengan kes kemalangan Riesya tu..."

"Ya Allah..." Tiba-tiba Tengku Arissya menangis. Dia rasa sangat bersalah. Dia sudah menghina bekas suaminya.

"Kenapa you nangis ni?"

"You tahu tak I dah hina Harith, I tuduh dia sebagai pembunuh. Last kami cakap tu, dia marahkan I. Dia tak pernah semarah tu.. tapi kali ni dia nampak lain sangat. I takut sangat kalau dia tak maafkan I.."

"Hmm entahlah, I tak tahu nak cakap apa. Lagipun you dah banyak hadiahkan rasa luka dan kecewa pada dia..."

"I tahu I kejam, I bodoh sebab percayakan Airel daripada dia. Sepatutnya I tak hukum dia macam tu sekali..."

"Tuan I tu sangat mencintai you, I tahulah sebab I kerja dengan dia. I selalu tengok dia sedih. Kadang termenung sendiri. I tahu dia rindukan you..."

"You tahu tak Arissya. Dia balik sini semata-mata nak pastikan keadaan you selamat, yelah dia cakap hati dia hancur bila tengok you terlantar kat atas katil hospital. Dia nampak risau, resah memikirkan keadaan you time you sakit sebelum ni.."

Air mata Tengku Arissya terus mengalir selebat hujan.

"Kalau I di tempat you I takkan sia-siakan lelaki macam tu. I akan jaga baik-baik, sebab I tahu perempuan ni bila disayangi dan dicintai, kita dah rasa bahagia sangat. Dah tak perlukan apa-apa lagi..."

"I tahu Leez, I menyesal pun dah tak guna. Kali ni kesalahan I besar pada dia. I tak yakin yang Harith dapat maafkan I. I dah hina dia kut. Dia sendiri cakap dia menyesal tunggu I, terus berharap pada I.."

"Tuan cakap dia menyesal terus berharap pada you?"

"Yup, Harith tak pernah cakap macam tu sebelum ni walau semarah mana pun dia pada I..."

"Sebab dia penatlah tu, terus berharap pada you yang tak pernah pun menghargai segala usaha dia untuk menghalalkan you..."

"Betul, I ni langsung tak reti menghargai Harith. I tak ambil pengajaran dari apa yang dah jadi... I memang bodoh..."

"Tak perlulah salahkan diri sendiri. Nasi dah jadi bubur. I rasa tuan benar-benar kecewa dengan you.. lagipun dia ada bagitahu yang dia nak menetap diluar negara. Dia nak serahkan semua urusan syarikat kat sini pada Hud.."

"Apa? Biar betul?"

"Betul Arissya. I rasa kali ni tuan akan pergi dan takkan kembali lagi ke sini. You dah bagi dia luka yang dalam..."

Tengku Arissya tertunduk sedih. Kesal dengan segala kebodohannya..

"Tapi semua tu boleh diubah asalkan you pujuk tuan I. Tapi I tak tahu dia boleh dipujuk atau tak lagi..."

"I rela pujuk dia, Leez. I nak jumpa dia. I nak minta maaf dengan dia. I sanggup melutut depan dia asalkan dia maafkan I..."

"You nak jumpa tuan I sekarang ke?"

"Yup, sekarang Leez. Dia tinggal kat mana?"

"Rumah dialah, dia tak menetap kat lain pun. Dia ada je kat situ..."

"Okay, you hantar I kat tempat I parkir kereta tadi, lepas tu I nak pergi rumah Harith..."

"Tapi dah lewat malam ni, cuaca pun macam nak hujan aje ni Arissya. Esoklah..."

"Noo... Now!!!!" Ucap Tengku Arissya berkeras. Sharleez melepaskan keluhan kecil, dia akur pada akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience