Rate

BAB 192

Romance Series 197165

Seminggu kemudian..

"Ada apa kau panggil aku bos?"

"Aku nak planning something, nak bagi kau kerja.."

"Okay bos, bagitahu aje aku, akan aku laksanakan kerja tu," balas Faqrul bersama keangkuhan. Tapi satu kerja pun tak jalan.

"Aku rasa Arissya ni dah melampau, tengok pada hubungan mereka berdua tu.. makin rapat walaupun tak ngam lagi,"

"Aku pun rasa macam tu bos. Arissya mungkin dah terpaut hatinya pada si Harith tu,"

"Aku takkan biarkan!"

"Aku akan bantu apa saja yang kau nak bos, bagitahu aku. Aku ingin membalas budi kau,"

"Aku mahu munculkan diri depan Arissya, tapi bersama Harith. Aku nak tengok sejauhmana Harith, samada dia pertahankan aku atau Arissya.."

"Kau sengaja nak sakitkan hati Arissya?"

"Tak, aku mula ragu betul ke yang Harith tu amnesia.."

"Kalau dia pertahankan Arissya, itu bermakna dia tak hilang ingatan. Sebab aku tahu Harith tu sayang giler kat bekas isteri dia.."

"Hmm.. kenapa ya aku tak pernah terfikir macam bos fikir,"

"Sebab kau tu bodoh! Buat kerja satu pun tak jadi," marah Tengku Qistina. Kesal dia mengenali Faqrul, lelaki yang langsung tak berguna.

"Remy, Gee!" Panggil Tengku Qistina.

"Ya bos!"

"Pantau keadaan sekeliling, pastikan semuanya selamat. Jika ada yang mencurigakan maklumkan pada aku," balas Tengku Qistina.

"Baik bos!"

Tengku Delisha masih menganggu Tengku Emir Danish, namun dia bijak mengelak dan menjauhkan dirinya daripada perempuan itu. Dia tidak akan sesekali menyakiti hati isterinya.

Ke mana saja dia pergi, apa yang dia lakukan dan buat. Dia akan maklumkan pada Tengku Elvia. Bukan takut bini, Tengku Elvia bukan jenis yang control suami. Tidak sama sekali.. tetapi demi menjaga hati isterinya dia melakukan hal seperti itu. Satu sikap yang akan menyenangi hati isterinya dan tidak akan membuat isterinya curiga. Yang pasti setianya hanya untuk Tengku Elvia.
"Abang.. saya happy sangat, tak lama lagi kita dah dapat cucu," ucap Datin Falida gembira dengan pengumuman berita kehamilan Tengku Elvia.

"Ya, abang pun happy. Lepas ni you jadi nenek, abang pula dah dapat gelaran atuk.."

Datin Falida tergelak kecil, "Betul tu abang.."

"Nasib baik si Delisha tu tak kacau anak kita lagi," sambungnya. Berkerut dahi Datuk Qaid. Mungkin isterinya tidak tahu agaknya berkaitan hal ini.

"Tak kacau apanya, you tak tahu ke yang Delisha ada je kat Malaysia ni.."

"Hah? Biar betul abang ni.."

"Abang pernah tengok Delisha, dia kejar si Emir tu.. itu yang abang tahu,"

"Tak guna punya perempuan, buat apa dia kejar Emir lagi. Melampau betul!" Marah Datin Falida.

"Saya pun tak faham. Dulu senang-senang waktu Emir lumpuh dia buang macam tu aje, tapi sekarang terhegeh-hegeh nakkan Emir semula," sambung Datin Falida.

"Mungkin sebab mak bapak dia dah bankraplah tu," balas Datuk Qaid.

"Perempuan materialistik macam tulah perangainya,"

"Saya takkan biarkan Delisha tu kacau anak dan menantu saya, kalau saya terjumpa dia tahulah nak mengajarnya macam mana," sambung Datin Falida tidak berpuas hati dengan kehadiran Tengku Delisha.

"You jangan cari pasal. Buat aje tak tahu. Kalau Emir tahu you serang Delisha, makin serabut dia. Dengan kerja berlambak kat ofis tu, nak handle you lagi.." Datuk Qaid mengingatkan isterinya supaya tidak bertindak bodoh.

"Tapi saya sakit hati bila tahu pasal benda ni, abang pun dah kenapa sekarang baru bagitahu saya ni.."

"Eh, marahkan abang pula. Abang cuma nak share aje, bukannya bagitahu you.. lepas tu nak minta pergi sekolahkan dia.."

"Tak apalah, nanti saya tanyakan Elvia tu,"

"Ada baiknya jangan, stress pula menantu kita tu. Biarlah diaorang uruskan sendiri rumahtangga diaorang tu, kita ni sebagai ibu bapa doakan aje," balas Datuk Qaid kembali membuatkan Datin Falida berfikir.

"Hmm.. kalau macam tu tak apalah abang. Saya diam ajelah selagi boleh bersabar.."

"Kakak pergi mana ni? Selalu aje busy, kata nak balik Malaysia jagakan Delisha. Report kat papa dan mama baru tau," ucap Tengku Delisha apabila baru hari ini dia melihat kelibat kakaknya.

"Akak busylah, banyak nak kena handle business.. you tu siap nak report kat papa dan mama bagai dah kenapa, you bukannya kecil lagi. Dah besar kan, apa yang you nak akak dah tunaikan," balas Tengku Qistina yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya.

"Semua benda Delisha boleh dapat, tapi Emir susahlah kak,"

"Tak settle lagi pasal Emir tu?"

"Belum, sikap dia masih dingin dengan Delisha.."

"Ajarlah dia cukup-cukup. Kita sebagai perempuan ni tak boleh banyak mengalah. Kalau si lelaki tu ego, buatlah something.."

"Something?"

"Yup, you boleh buat apa saja untuk memiliki seorang lelaki, tapi mesti berani.."

"Wow! Akak macam dah ada pengalaman aje ni,"

"Of course, ini Tengku Qistina okay. Dia boleh tundukkan semua lelaki. Akak kan bekas model,"

"Akak jangan macam-macam, Delisha bagitahu papa dan mama nanti.."

"Stoplah jadi anak manja Delisha, cuba jadi macam akak. Berani. Berstyle.. Tak perlu fikir sangat pasal papa dan mama tu, kita dah dewasa. So, boleh tentukan hidup kita sendiri. Haluan mana yang kita nak.."

"Tahu, tapi setiap yang kita lakukan perlu ada batasnya.."

"Betul, tapi takkanlah lelaki pijak kepala kita pun.. kita nak berdiam diri. Itu orang panggil bodoh. Lakukan something, you akan bahagia.."

"So, kalau Delisha nakkan Emir apa yang perlu Delisha buat?"

"Perangkap dia jadi peneman tidur you,"

"What?" Terkejut Tengku Delisha mendengarnya.

"Macam akak kata tadi, you kena tentukan sendiri haluan hidup you. You nak apa dalam hidup you, kalau you nak dia.. kena usahalah.." balas Tengku Qistina sudah mengajar adiknya untuk melakukan kejahatan.

Sungguh benarlah, Tengku Qistina seorang manusia yang bertopengkan iblis. Dia sanggup menghasut adiknya untuk tidak taat pada kedua ibu bapanya dan mengajarkan hal-hal yang terburuk dalam hidup adiknya demi mencapai tujuannya.

"Tapi nak buat macam mana? Delisha tak tahu caranya. Kalau mengandung macam mana?"

"Kalau mengandung pun, bukan ke itu yang Delisha nakkan?"

"Akak apa cakap macam tu. Memanglah Delisha nakkan Emir, tapi tak naklah sampai macam tu sekali.."

Tengku Qistina tergelak besar, "Akak cuma bergurau ajelah, tapi ada caranya kalau you nak. Akak boleh bantu,"

"Bantu?"

"Yup, tapi adik akak kenalah jadi berani. Orang kata, kalau kita nakkan sesuatu tu kena usaha dan punya keberanian,"

"Tapi Delisha..."

"Okay, macam ni you fikir dulu. Kalau nak, akak janji akan bantu.."

"Really?"

"Yup, of course. Delisha kan adik kakak.. so, apapun akak sanggup lakukan demi kebahagiaan you.."

"So sweet, thanks akak. Nanti Delisha fikirkan dulu ya.."

"Alright, akak masuk bilik dululah ya. Nak rehat kejap, esok nak kerja," balas Tengku Qistina sudah melangkah masuk ke biliknya. Dalam hati dia tersenyum. Dia yakin adiknya akan bersetuju melakukan hal itu.

Lagi pula dia punya planning, keduanya harus dicapai. Agar hidupnya senang lenang. Tapi sebelum itu dia perlu menguji Tengku Harith Zaqwan dulu, tak sabar dia ingin menyaksikan semua itu. Apabila dia sudah dapat menakluki semuanya, dia akan mengahwini Tengku Harith Zaqwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience