Rate

BAB 238

Romance Series 197165

Tengku Arissya resah, jantungnya berdegup kencang. Dia masih dalam perjalanan, entah ke mana arahnya dia sendiri tidak tahu. Awal pagi lagi dia keluar dengan bagasi besar, dia mahu menenangkan fikirannya seketika. Dia sudah penat hidup terkurung bagaikan dalam sangkar burung. Cukuplah rasanya. Dia perlu bebas, bebas menikmati hidupnya.

Tengku Elvia menuju ke bilik kakaknya, dia mahu memujuk kakaknya supaya tidak keluar dari rumah.

Sampai saja dipintu bilik Tengku Arissya dia mengetuknya, beberapa kali pintu itu diketuk tapi tiada sahutan dari dalam. Rupanya pintu bilik itu tidak berkunci setelah Tengku Elvia menolaknya.

"Kak Arissya... Kak Arissya..." panggil Tengku Elvia sambil mencari kelibat kakaknya dalam bilik itu, namun senyap segenap ruang bilik.

"Oh, my God! Kakak lari ke?" Ucap Tengku Elvia perlahan. Dia tiba-tiba terpandangkan satu nota pada cermin, segera dibacanya.

'Assalamualaikum, papa. Maafkan Arissya. Arissya terpaksa pergi dari rumah ni. Arissya tak sanggup hidup seperti seekor burung yang terkurung di dalam sangkar. Arissya cuma mahu mencari ketenangan buat sementara waktu. Don't worry, pa. I'm okay. Jaga diri. Jumpa lagi!'

- Anakmu, Tengku Arissya

"Kakak, kenapa bodoh sangat hah!" Marah Tengku Elvia, kesal dia dengan keputusan kakaknya.

Dia segera keluar dari bilik itu memanggil papanya berulangkali dengan suara yang lantang.

"Kenapa ni Elvia? Bisingnya, boleh tak perlahankan sikit suara tu.." ucap Datuk Mustaqim yang ada dimeja makan untuk menikmati sarapan pagi.

"Kakak dah larikan diri dari rumah ni, paa.."

"What?"

"Kakak ada tinggalkan surat ni.." bagitahu Tengku Elvia. Datuk Mustaqim membacanya.

"Tak apalah, mungkin Arissya nak cari ketenangan. Papa takkan halang lagi.."

"Paaa!" Marah Tengku Elvia. Dia hairan dengan papanya, kenapa papanya bersikap begitu. Seakan tutup mata dengan semua yang terjadi.

"Arissya dah dewasa, dia pasti tahu jaga diri sendiri.."

"Tapi kakak dalam bahaya papa. Semalam Elvia call Abang Harith, abang larang kakak keluar sebab bukti dah dijumpai. Abang risau kalau sesuatu yang buruk berlaku pada kakak sebab musuh masih lagi bebas..."

Kenyataan itu membuatkan Datuk Mustaqim terkedu.

"Betul ke ni?"

"Betul, papa. Sebab tu Elvia marah, Elvia tak nak berlaku perkara buruk pada kakak. Elvia sayangkan kakak..."

"Maafkan papa, Elvia. Tak apa, hari ni papa cancel semua meeting, papa akan uruskan pasal Arissya.."

"Elvia ikut.."

"Noo, Elvia tak boleh ikut. Jaga Baby Eldrian okay..."

"Tapi paa.."

"I say noo, no!" Marah Datuk Mustaqim.

Tengku Elvia akhirnya akur dengan keputusan papanya. Datuk Mustaqim keluar ke halaman rumah mencari Sharkief.

"Sharkief! Kief!" Panggil Datuk Mustaqim. Sharkief yang sedang menyiram pokok bunga itu menyahut.

"Ada apa Datuk?"

"Kamu ada nampak Arissya keluar tadi?"

"Err.. saya tak tahu Datuk, lagipun biasanya jam tujuh baru saya ke halaman rumah ni.."

"Arissya lari dari rumah.."

"Hah? Bila Datuk?"

"Mungkin dia keluar seawal pagi lagi.."

"Bahaya ni, sekarang musuh masih bebas. Tapi tak apa Datuk, saya akan keluar cari Arissya sekarang. Kalau tak jumpa juga, saya akan maklumkan pada Tengku Harith," balas Sharkief. Datuk Mustaqim bersetuju.

"Saya ikut..."

"Baik, Datuk. Kita pergi sekarang!"
Mereka berdua menaiki sebuah kereta mencari Tengku Arissya.

Tengku Arissya sakit hati, kesal dengan kebodohan diri sendiri. Dia terlupa nak isi petrol, sudahnya kereta miliknya tersadai ditepi jalan.

"Apa?"

"Ya, tuan. Arissya lari dari rumah..."

"Allahu..." Terkedu Tengku Harith, mukanya tegang. Dia sangat risaukan Tengku Arissya.

"Dah cuba cari, jumpa tak?"

"Tak lagi, tapi Datuk minta aku maklumkan pada tuan..."

"Aku akan cari Arissya bila dah serahkan bukti kat balai polis hari ni, sekarang aku dalam perjalanan ke sana..."

"Okay, tuan!" Balas Sharkief, dia segera memaklumkan pada Datuk Mustaqim disebelahnya mengenai perkara itu.

"Bos aku rasa kita dah boleh jalankan kerja kita. Setahu aku itu kereta milik Tengku Arissya.." ucap anak buah Sichai.

"Ya, kita akan menyamar sebagai orang yang lalu lalang kat situ. Lepas tu, kau tolong cekup mulut dia dari belakang dan bawa masuk dalam kereta. Faham?"

"Faham bos!"

Mereka berdua segera bertindak seperti yang dirancang.

"Cik kenapa dengan kereta tu?" Soal Sichai yang menyamar jadi orang baik.

"Petrol habis,"

"Owh.. saya ingatkan kereta cik rosak. Hmm tak apalah saya berhentikan kereta kat belakang kejap. Saya tolong..." Ucap Sichai, dia memberhentikan kereta dibelakang. Anak buahnya yang sorang lagi sudah siap sedia. Dia juga turun dari dalam kereta itu.

Tengku Arissya sudah keluar..

"Nak buat macam mana ni? Saya tak tahu?" Soal Tengku Arissya. Tanpa sempat Sichai menjawab, anak buahnya segera menjalankan tugasnya. Tengku Arissya pengsan, dia dibawa ke dalam kereta. Sichai tersengih. Akhirnya kejayaan milik mereka.

Tengku Qistina tergelak kecil, "Bagus.. bawa dia ke tempat kita yang berdekatan kawasan hutan, aku mahu membuat perhitungan dengannya. Aku akan seksa dia secukupnya!"

"Leo, John kau dah jumpa Tengku Harith?"

"Mereka dah sampai kat balai polis.."

"Halanglah bodoh!" Tengking Tengku Qistina.

"Nak halang macam mana bos, dia dah....."

"Aku tak peduli! Halang!"

"Tapi bos...."

"Okay, aku akan whatsapp Tengku Harith Zaqwan.. kau bagi isyarat pada dia minta dia tengok handphone.."

"Okay bos!"

Leo dan John memperlahankan keretanya, dia menuju ke arah Tengku Harith Zaqwan dan Adrian Smith. Sampai saja disitu Leo baling satu kertas yang dibaluti batu.

"Woiii!" Jerit Adrian Smith.

Tengku Harith Zaqwan tunduk, dia mencapai kertas yang bersalut batu itu. Dia baca. Tertera disitu.

'TENGOK TELEFON KAU SEKARANG!'

Tengku Harith Zaqwan mencapai telefon bimbitnya, dia lihat ada whatsapp dari Tengku Qistina.

'Kalau kau nak Tengku Arissya selamat, jangan serahkan bukti tu pada pihak polis. Kalau tak kau akan jumpa mayat dia!'

Tengku Harith Zaqwan bengang, "Aahhhhh...... gila!"

"Kenapa tuan?"

"Arissya diculik, mereka halang aku dedahkan bukti tu. Kalau tak nyawa Arissya dalam bahaya..."

"Gila! Betul-betul gila..." marah Adrian Smith.

"Tak apalah, kita batalkan dulu niat nak serahkan bukti ni. Kita kena selamatkan Tengku Arissya tuan.."

"Jom!" Balas Tengku Harith Zaqwan sudah berlari ke keretanya.

"Tuan jangan resah. Semuanya akan selamat..." pujuk Adrian Smith semasa dalam perjalanan.

"Selamat? Hei, aku tak yakinlah. Apalagi kalau Tengku Arissya dalam genggaman perempuan tu. Aku takut tahu tak! Aku takut perempuan gila tu apa-apakan Arissya..."

"Aku tahu tuan, tapi kau kena bertenang. Kau jangan hadapi semua ni dalam ketidakwarasan dan emosi yang menggila. Kalau tak bahaya. Kita kena rancang sesuatu untuk perangkap musuh. Kali ni tolong dengar cakap aku tuan..." balas Adrian Smith serius.

Tengku Harith Zaqwan hanya diam membisu. Buat masa sekarang dia tidak dapat berfikir dengan baik. Fikirannya bercelaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience