Rate

BAB 252

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan segak bergaya berpakaian blazer. Dia yang memegang jawatan sebagai CEO di syarikat arwah mamanya di Melbourne, Australia agak sibuk sejak dua menjak ini. Banyak kerja yang terpaksa dia uruskan. Dia sukakan kesibukan begitu.

Setidaknya dia dapat melupakan Tengku Arissya. Dia tidak pernah mengambil kira soal penat ke apa, dia tetap menjalankan tugasnya setiap saat tanpa rehat yang cukup. Demi melupakan Tengku Arissya. Dia tidak mahu rindu menganggu perjalanan hidup barunya di tempat baru.

Tengku Harith Zaqwan sudah nampak lain, dia sudah menukar style rambutnya. Nampak lebih handsome, badannya juga nampak lebih kemas dan terjaga. Ya, dia jaga. Selepas pulang bekerja, jika dia ada kelapangan masa diwaktu terluang, dia akan ke gym untuk menguatkan stamina tubuhnya. Jadi tidak hairanlah badannya kelihatan berketul dan semakin gagah.

Di bahagian tepi sebelah kiri kanan pipinya sudah ditumbuhi kumis halus. Nampak Tengku Harith Zaqwan sebagai lelaki maskulin. Memang luar biasa. Apalagi sekarang dia mengenali ramai lelaki yang bukan berbangsa melayu di sana, jadi cara dan gayanya mengikut trend semasa di sana. Namun, dia tetap Tengku Harith Zaqwan yang dulu. Dia masih lelaki semalam yang taat pada agamanya. Dia tidak pernah lalai, dia sentiasa menjaga dirinya dengan baik dan tidak terikut dengan budaya barat. Dia tidak pernah meninggalkan solat lima waktunya. Dia memang bukan ustaz, dia hanya lelaki biasa yang taat pada Allah. Dan dia tidak mahu memegang tittle itu kerana dia lebih suka dengan dirinya yang sekarang.

Kalau ikutkan dia boleh mendidik sesiapa saja tentang agama, tapi dia hanya hidup sebagai lelaki biasa yang tidak nampak tinggi ilmu agamanya, namun dia tahu segalanya. Semuanya atas didikan arwah mamanya, Tengku Suria.

"Hai, Harith. Jauh kau termenung," sapa kawan barunya, Albert. Albert dulu bukan berasal daripada agama Islam. Tapi dia telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan seorang wanita Islam (Melayu) di bumi Melbourne, dia juga fasih berbahasa melayu.

"Tak ada apalah. Eh, kau kenapa lambat jumpa aku?"

"Well, aku uruskan anak dan isteri aku dulu.."

"Good, Marissa dah sihat ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, dia dah boleh berjalan sikit-sikit.." balas Albert. Marissa merupakan isteri Albert. Isterinya mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu dan doktor menyatakan yang isterinya lumpuh, tetapi masih ada peluang untuk berjalan.

"Aku bangga dengan kau, Albert. Kau jaga isteri kau dengan baik walaupun dia lumpuh," puji Tengku Harith Zaqwan.

"Siapa lagi yang aku ada selain isteri aku. Dialah ibu kepada anak-anak aku. Aku akan jaga dia sampai akhir hayat aku," jawab Albert.

"Aku doakan semoga Marissa cepat sembuh ya.."

"Aamiin.. thank you!"

"Welcome.."

Tengku Harith Zaqwan memang rapat dengan Albert. Albert merupakan salah seorang pekerjanya. Namun begitu, pangkat dan darjat tidak pernah menjadi syarat dalam persahabatan itu. Tengku Harith Zaqwan sentiasa menyantuni sesiapa dengan begitu baik. Kerana itu dia disukai ramai stafnya.

"You fikirkan apa tu?" Sapa Rubina Elizaberth yang sudah menghampiri suaminya.

"Hei, dear. Come!" Ucap Darius. Pergelangan tangan isterinya ditarik, dia memeluk isterinya dari arah belakang sambil menikmati pemandangan di balkoni rumah mereka pada malam itu.

"Abang fikirkan soal Harith."

"Kenapa dengan Harith?"

"Entahlah, sometime abang rasa kesiankan Harith. Abang dapat rasa yang dia tengah sedih," balas Darius. Sebagai lelaki, dia lebih memahami isi hati kaum sejenisnya.

"Tapi kan you, Harith sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggalkan Arissya. You pun tahu kan sayang.."

"Yup, but I'm still rasa Harith terpaksa buat semua tu.."

"Terpaksa?"

"Yelah, sebab dia fikir janji dia pada Arissya dulu. So, abang rasa dia cuba tunaikan janji tu. Itulah yang dia pergi jauh..."

"Harith yang buat keputusan tu, so dia kena tanggung risikonya.."

"Dear you tahu tak, abang dapat lihat mata Harith penuh dengan rasa rindu. Rindukan Arissya. Abang tahu dia rindukan Arissya. Mustahil dia dapat lupakan Arissya. Satu-satunya perempuan yang buat dia gila. Jatuh sayang dan cinta," kata-kata Darius buat Rubina Elizaberth tersenyum.

"Abang ni makin fasih pasal cinta pula,"

Darius tergelak, "Well, dear. Abang banyak belajar dari Harith. Tapi tulah lelaki yang ajarkan abang cinta, boleh tak bahagia sekarang ni. Kesian Harith.."

"Kisah cinta tak serupa, lain orang lain kisahnya.."

"Yup, abang akuinya. Macam kisah kita kan, abang yang dulunya jenis yang suka buat sayang sedih. Menangis. Sekarang dah jadi pencinta yang setia. I really love you sayang..." Ucap Darius mengeratkan lagi pelukannya.

"Thank's abang! Me too, love you so much.."

"Welcome.. hmm sayang, abang rasa kan kalau kita tambah sorang lagi baby, boleh tak?" Ucap Darius nakal. Rubina Elizaberth tergelak kecil.

"Abang jangan nak mengada-ngada ya!"

"Kenapa? Kan anak kita dah semakin membesar, kalau ada sorang lagi mesti meriah.."

"Yelah tu," balas Rubina Elizaberth.

Darius hanya tersenyum, "Abang tak kisah. Up to you, dear. Lagipun yang pregnant sayang, yang melahirkan baby abang pun you, sayang. So, terpulanglah.."

Rubina Elizaberth sebenarnya tidak kisah tentang soal itu, dia ikutkan saja. Lagipun Darius dah banyak berubah, dia sudah berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan menghargai dirinya. Kebajikan anaknya juga dijaga dengan baik. Sungguh, dia bersyukur memiliki seorang suami yang penyayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience