Rate

BAB 274

Romance Series 197233

Sharleez sekilas memandang Tengku Arissya, yang masih diluar pintu pagar rumah Tengku Harith Zaqwan. Dia kemudiannya laju menekan pedal minyak kereta sportnya pergi dari situ.

Pintu pagar itu sentiasa berkunci, Pak Karim yang berada di sekitar itu menjenguk ke luar. Namun yang di lihatnya Tengku Arissya, bekas isteri majikannya. Dia mahu melangkah keluar untuk membuka pintu pagar, namun dihalangi.

"Nak ke mana tu Pak Karim?"

"Kat luar pagar tu ada Tengku Arissya. Pak Karim nak bukakan pintu pagar.."

"Biarkan saja dia diluar, tak perlu buka pintu pagar tu..."

"Tapi..."

Tengku Harith Zaqwan menapak naik ke tingkat atas, dia malas melayani segala drama di sekitarnya lagi.

"Harithhh.... Kita perlu berbincang, I nak cakap something dengan you. Harith!" Panggil Tengku Arissya yang masih diluar pintu pagar rumah banglo mewah itu.

"Harith I tahu you marahkan I, I nak cakap something dengan you ni. Pleaseee..." Ucapnya lagi, selantang yang boleh.

Angin malam menggigit tubuh Tengku Arissya, sejuk terasa sampai ke tulang temulangnya. Cuaca semakin memburuk, bumi bakal menumpahkan hujan pada malam itu, kilat sambung menyambung. Guruh pula mula kedengaran dilangit.

Tengku Arissya takut pada bunyi guruh, setiap dentuman bunyi yang kuat itu membuatkan kedua belah tangannya menutup kedua belah telinganya. Namun, dia masih tetap di situ tidak berganjak.

"Harith, please! I nak cakap something dengan you. Bukalah pintu pagar ni..."

Tengku Harith Zaqwan membatukan tubuhnya di atas katilnya, dia berdiam diri. Malas mahu melayani gadis itu, tetapi bunyi dentuman guruh buat dia resah. Dia tahu bekas isterinya sangat takutkan bunyi yang kuat.

Dulu sewaktu adanya guruh di langit yang kedengaran kuat Tengku Arissya akan memeluk tubuhnya erat. Menyembamkan mukanya ke dada sasanya. Ada kisah di sebalik ketakutannya itu. Tengku Arissya pernah hampir dipanah petir, jadi dia sangat takut.

"Tolonglah buka pintu pagar ni, I tahu you dengar. You ada kat dalam tu tapi you marah I, kan? Please Harith, I nak betulkan keadaan..." Rayu Tengku Arissya.

Sesekali bunyi guruh di langit buat gadis itu menjerit halus. Dia takut tapi dia tahu dia perlu perbetulkan semuanya. Dia yang bersalah. Dia tidak boleh pergi dari situ.

Tengku Harith membuka jendela dibiliknya, jendela itu dekat dengan pintu pagar di bahagian bawah, dari atas dia melihat Tengku Arissya di situ yang masih setia ingin menemuinya.

"You baliklah Arissya. Pergi balik! I tak nak tengok muka you lagi. Pergilah!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Semakin sakit hatinya apabila mengingatkan apa yang gadis itu lakukan padanya.

"Harith I nak cakap something dengan you, I nak perbetulkan keadaan..." Balas Tengku Arissya yang perasan Tengku Harith ada dibahagian tingkat atas biliknya.

"Enough! Dah terlambat untuk perbetulkan semuanya. You zalim Arissya! You tuduh I pembunuh, buat apa datang rumah I? Kenapa sibuk cari I? You tak takut ke I bunuh you?"

Tengku Arissya menangis, dia sedih. Dia tahu hati lelaki itu sudah hancur.

"Pergilaahhhhh!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan.

"Harith, please.. I nak jumpa you, I nak cakap dengan you.."

"Dahlah, dah!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Kilat sambung menyambung disertai petir. Namun Tengku Arissya masih teguh berdiri di situ.

"I takkan pergi dari sini, I tetap nak jumpa you. I akan tunggu you kat sini..."

"Okay fine! Up to you, Arissya!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Dia kembali duduk dibirai katilnya tanpa mempedulikan bekas isterinya.

Tengku Arissya kekal disitu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya diluar. Tengku Harith Zaqwan masih membatu di situ.

"Abang kesian kat Cik Arissya tu, hujan lebat ni, dah basah dia.." ucap Mak Timah, Pak Karim serba salah jadinya.

"Abang kena dengar cakap tuan kita, Harith tak benarkan buka pintu pagar tu.."

"Hujan dah mula lebat kat luar tu, Cik Arissya boleh jatuh sakit bang..."

"Kita call bagitahu Cik Leez, dia boleh tolong.." sambung Mak Timah. Akhirnya Pak Cik Karim akur.

Mak Timah mengadu pada Sharleez, gadis itu hanya melepaskan keluhan berat apabila diberitahu tentang perkara itu. Namun, dia meminta supaya Mak Timah membiarkan saja perkara itu terus berlaku. Dia yakin tuannya tidak kejam. Hati lelaki itu lembut walaupun mungkin nampak agak keras saat jiwanya terluka.

"Macam mana?"

"Cik Leez tak nak campurtangan, dia kata biar aje.." balas Pak Karim. Mak Timah melepaskan keluhan kecil. Akur.

Tengku Arissya sudah kesejukan, petir sambung menyambung. Jeritan Tengku Arissya semakin kuat kedengaran. Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun, dia turun ke tingkat bawah. Tanpa payung dia berlari ke arah Tengku Arissya. Kini besi pagar menghalangi mereka. Pak Cik Karim dan Mak Timah hanya menyaksikannya dari kejauhan....

"Pergi Arissya! Pergi! Tak gunalah ada kat sini, kenapa degil ni hah!" Jerit Tengku Harith Zaqwan marah.

"I takkan pergi selagi tak bercakap dengan you.."

"Tak ada apa yang perlu kita cakapkan lagi, Arissya. You tahu tak you dah hancurkan hati I, selumat-lumatnya. I dah tak ada hati. Sekarang Tengku Harith Zaqwan hanya berjasad tapi hatinya dah mati. Semuanya sebab you!"

Tengku Arissya mengangguk perlahan, mengakui hakikat yang disampaikan bekas suaminya itu. Hujan lebat membasahi keduanya, petir juga masih tidak reda. Sambung menyambung, cukup ngeri.

"I tahu I kejam, I dah buat you hilang rasa. I salah. I mengaku I bodoh sebab selalu percayakan orang lain. Actually I hilang rasa percaya tu pada you semenjak you kena tangkap khalwat dengan Qistina. I tak mampu yakinkan hati ni. I benar-benar terluka atas semua yang terjadi, sampaikan I berubah seratus peratus pentingkan diri sendiri..."

"Harith, you tahu tak you lelaki pertama yang berjaya merebut hati I, sebab tu I tak boleh terima bila tahu you tidur dengan Qistina. I kecewa sangat. Hati ni hanya mencintai you. I tak pernah mencintai sesiapap un selain you..."

Air mata Tengku Harith Zaqwan jatuh satu persatu, dan Tengku Arissya masih ingin meluahkan segala isi hatinya.

"Atas sebab cinta yang mendalam pada you, luka yang ada di hati ini juga dalam. Memang benar I sakit hati dengan you, sebab tu I sengaja buat you macam tu. I berharap you akan terus pujuk I. Sebab I nak yakinkan hati ni balik betul ke you masih cintakan I..."

"Tapi cara you salah, Arissya! I yang terseksa!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Luluh.

"I tahu, itu kesilapan I yang paling besar. I lupa cara I tu akan membuatkan you makin terseksa, tapi hati yang dulu lembut dah jadi sekeras kerikil apabila I anggap you dah khianati cinta kita.."

"I tak pernah mengkhianati cinta kita, Arissya. Tapi yang dulu tu I akui, ada silap I juga. Sebab selalu marahkan you, itu pun kerana gangguan daripada Qistina.."

"I tahu Harith semuanya berpunca daripada Qistina. Bila kita kena culik tu, I sedar betapa besarnya cinta you pada I. You yang melindungi I. Sanggup bergadai nyawa demi I, semenjak tu hati I makin lembut pada you tapi I kecewa buat sekian kalinya bila you tinggalkan I, you lari daripada hospital macam tu aje. Sejak tu I mula faham yang you benar-benar bencikan I.."

Tengku Harith Zaqwan terdiam seribu bahasa.

Benci? Apa benar kebencian wujud dihatinya untuk Tengku Arissya? Entahlah, sukar untuk diluahkan semuanya.

"I pergi sebab satu janji. Kalau you masih ingat, dulu you selalu halau I macam kucing kurap. You selalu bencikan I, you suka marah-marah I. Ada satu hari tu I pernah cakap dengan you, I janji depan you lepas dah settle pasal Qistina tu I akan pergi jauh dari you, so itulah yang I lakukan..."

"Tapi kenapa tanpa cakap sepatah pun?"

"Sebab I mula sedar, you boleh dapatkan lelaki yang lebih baik.."

"Tapi you tak sepatutnya buat semua tu.."

"Why? Why I tak boleh buat macam tu? You pun pernah buat macam tu kan. You pergi tinggalkan I ke Paris... I sorang-sorang hadap kesedihan, lepas tu mama pergi tinggalkan I untuk selama-lamanya. Mana you saat tu? You tak ada dengan I, lalui segala keperitan yang I lalui tu..."

Teresak-esak Tengku Arissya kali ini, dia dapat lihat semuanya melalui tangisan Tengku Harith Zaqwan.

"You tahu tak, I tak nak lalui apa yang I pernah lalui tu. I rasa sakit sangat, Arissya. I hilang mama, I hilang you, apa yang I ada? Kekuatan I juga hampir hilang, nasib baik ada Hud yang selalu bagi I semangat. Kalau tak I boleh jadi gila tahu tak! Bukan senang nak hadap semua tu sorang-sorang, dengan perasaan rindu I pada you lagi.. sebab tu I cakap, you kejam Arissya. You kejam sangat dengan I.."

Tersekat-sekat Tengku Harith Zaqwan meluah, dadanya berombak menangis. Mahu rasanya Tengku Arissya memeluk tubuh sasa itu. Dia tidak sampai hati melihat lelaki itu menangis begitu.

"I minta maaf Harith. I tahu I dah buat silap besar. Sepatutnya I lebih percayakan you berbanding Airel tu..."

"Dah tu pergilah kat jantan tu! Kenapa ada sini? Tak takut I bunuh you?" Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan marah apabila Tengku Arissya menyebut nama 'Airel'.

"Kenapa you cakap macam tu Harith?"

"You suka dia kan? You pergilah dekat dia tu. Dia kan baik, tak macam I ni sanggup membunuh seorang wanita!" Sinis kata-kata Tengku Harith Zaqwan.

"Enough Harith! I tak nak dengar you cakap macam tu lagi.." Marah Tengku Arissya.

"But why? Dah memang I ni pembunuh kan.. you sendiri yang ulanginya banyak kali.."

"Stop it!"

"I tahu you suka jantan tu kan, kenapa tak kahwin je dengan dia tu? Dia kan dah pernah melamar you. I dengarlah apa yang you cakap dengan dia kat taman tu.."

"Jadi you...."

"I ada situ, I cari you bila Hud dan Elvia bagitahu you hilang, tapi jantan tu pula menyibuk. Siap melamar you kat situ.."

"You cemburu ke?"

"Tak ada masa I nak cemburu dia dengan you. Dah kalau you suka dia, pergilah kat dia. You tak sepatutnya ada sini dengan I. Tak payah cakap apa lagi. Semua dah settle!" Rajuk mula kedengaran dari suara itu.

"Buat apa I nak pergi jumpa dia, I tak pernah suka dia.."

"Suka hati youlah you nak suka sesiapa pun, itu hak you.."

"I cuma sukakan you aje, Harith.." kali ini Tengku Harith Zaqwan tak terkata, dia hanya diam membisu seribu bahasa.

"Kenapa pula suka I?"

"Sebab I cintakan you, Harith. Hanya you aje lelaki yang I cinta selama ni.."

"Sudahlah, tak payahlah nak ucap semua tu. Dah tak bermakna pun Arissya.."

"Biarlah, setidaknya I dah luahkan semuanya. I dah rasa lega, I dah rasa tenang..."

"Dahlah Arissya, pergi balik. Jangan datang sini lagi. Semuanya dah terlambat. I dah tak ada hati dengan you.."

"Okay, Harith tapi sebelum tu I cuma nak ucapkan terima kasih atas apa yang you lakukan pada I. Jadi pelindung I dalam diam. Sanggup buat apa saja untuk I selama ni. Sanggup hadap segala macam sikap I ni yang entah apa-apa. Terima kasih Harith untuk segalanya. Maaf juga sebab dah buat hati you hancur. I akui kesilapan dan kebodohan I selama ni.. sebab kesilapan I nilah, akhirnya I kehilangan you, tapi tak apa mungkin kita tak ada jodoh. I doakan kebahagiaan you," ucap Tengku Arissya panjang lebar membuatkan hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

"I pergi dulu, Harith. Jangan lupa bahagia ya.."

Tengku Arissya memboloskan tubuhnya yang sudah lecun basah terkena hujan. Dia cuba menahan segala kesedihan, dia tidak mahu menangis lagi. Dia akan terus mendoakan kebahagiaan untuk bekas suaminya.

Kereta mewah milik Tengku Arissya sudah meluncur perlahan keluar dari halaman sekitar luar rumah Tengku Harith Zaqwan. Tapi tidaklah masih terlalu jauh.

"Arissya..." Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

Kali kedua jeritannya semakin kuat, "Arissya!!!!"

"Pak Karim buka pintu pagar ni cepat!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Pak Karim yang ada di situ mengikut arahan.

Apabila terbukanya pintu pagar automatik itu, langkah kaki milik Tengku Harith Zaqwan laju berlari keluar. Dia mengejar kereta milik Tengku Arissya dalam kepekatan malam itu.

"Arissyaaaaaaaa.... Arissyaaaaaaa..... Arisyaaa... Arisyaaa..." Panggil Tengku Harith Zaqwan.

Dan akhirnya, Tengku Harith Zaqwan berjaya menyekat kereta milik Tengku Arissya. Terkejut dia. Mana tak terkejutnya, hampir saja dia melanggar tubuh lelaki itu.

"Ya Allah, Harith. Kenapalah dengan dia ni.."

Tengku Arissya keluar dari keretanya, hujan mula beransur reda.

"Kenapa dengan you ni? Dah gila ke? Nasib baik I tak langgar you. Kenapa you....."

Belum sempat Tengku Arissya menamatkan kata-katanya, Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan Tengku Arisya...

"Kenapa dengan you ni?"

Tengku Harith Zaqwan diam saja. Dia memandu laju kereta milik Tengku Arissya. Entah ke mana dia mahu membawa gadis itu. Tapi yang Tengku Harith Zaqwan tahu, dia mahu menamatkan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience