Rate

BAB 4

Romance Series 197233

“Jom pergi sana,” ucap Tengku Harith Zaqwan sambil memimpin tangan isterinya.

Sambil berjalan mereka berdua berbual-bual menikmati keindahan pantai.

Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan terasa ingin mengenakan isterinya. Selepas penat berjalan mereka berdua duduk di atas pasir pantai. Tengku Harith Zaqwan sengaja duduk kerana dia sudah mempunyai idea untuk mengenakan isterinya.

Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba menyentuh dadanya dan buat-buat sakit dijantung, dengan mukanya yang penuh rasa sakit membuatkan Tengku Arissya mula kalut dan di belasah resah yang bukan sedikit.
“Abang kenapa ni? Ya Allah.. risaunya..”

“Dada abang sakit sangat ni, sakit ni rasa macam nak mati, sayang,” ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan, berkerut dahinya.

“Sakit kat mana?”

“Sakit dada sayang, rasa berdebar-debar kat jantung abang ni,” balas Tengku Harith Zaqwan sambil memegang tangan isterinya yang sudah menyentuh dadanya yang sedang sakit.

Melihat isterinya hampir menitiskan air mata dia tergelak besar. Tengku Arissya yang perasaan dia cuma dipermainkan terus wajahnya berubah masam.

“Abang main-mainlah!”

“Takutlah tu,” ucap Tengku Harith Zaqwan.

“Sayang juga Arissya kat abang ya,” sambungnya lagi.

Tengku Arissya sudah merajuk, dia tidak mempedulikan kata-kata suaminya, namun hati seorang isteri tidak akan dibiar begitu saja rajuknya. Dia kembali memujuk. Dia menyandarkan kepalanya di bahu isterinya sambil menikmati keindahan pantai.

“Sayang tahu tak apa bezanya pantai dengan hati?”

“Pantai tak berhati, abang ada hati,” ucap Tengku Arissya membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersenyum.

“Pantai setia pada ombak, abang setia pada sayang..”

“Chia chiaaa! Mengada!” Ucap Tengku Arissya dan terus bingkas bangun meninggalkan suaminya. Makin dilayan makin menjadi-jadi.

“Aduh merajuk lagi. Sayang tunggulah... Sayang!” Panggil Tengku Harith Zaqwan sambil mengejar Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience