Rate

BAB 98

Romance Series 197233

Iris Ariana keluar menikmati sarapan pagi bersama Arman Mirash pada pagi itu.

"Seronok bercuti ni. Lama I tak datang sini," ucap Iris Ariana sambil menikmati pemandangan di kawasan situ.

"Tulah you tu selalu busy, maklumlah lawyer kan. But sometime you kena juga luangkan masa untuk diri sendiri tenangkan fikiran," balas Arman Mirash sambil menikmati sarapannya.

"Yup, I setuju dengan you. Tapi nak bercuti selalu tu tak bolehlah juga, sebab I sentiasa busy dengan urusan kerja I.."

"I faham kerja you tu. So, sepanjang you ada kat sini you nikmatilah sepuas-puasnya percutian you ni.."

Kali ini Iris Ariana hanya tersenyum.
Pandangannya sekilas dialihkan ke hadapan. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang, tak silap dia itu Tengku Harith Zaqwan. Lelaki yang dia cari selama ini. Mungkin dia perlu ke sana menyapa lelaki itu.

"You kerja kejap lagi kan?" Soal Iris Ariana sambil mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, why Ariana?"

"Hmm.. I ada nak settle something pasal kerja, so I gerak dulu okay. By the way, thank you so much temankan I breakfast pagi ni," ucap Iris Ariana yang sudah berdiri, dia segera melangkah ke hadapan. Arman Mirash hairan, kenapa sepupunya agak tergesa-gesa. Bila dia berpusing ke belakang.. dia lihat Iris Ariana sedang menyapa seseorang yang agak jauh di sana.

"Duduklah, hmm.. sorry boleh I tahu you siapa?" Soal Tengku Harith Zaqwan serius. Dia masih tidak mengenali siapa Iris Ariana. Berbual semalam pun melalui telefon.

"Kenalkan I Iris Ariana, lawyer yang uruskan bahagian pembahagian harta pusaka arwah Tengku Suria," ucap Iris Ariana.

"You? Owh, ya.. baru I ingat, youlah yang Pak Cik Karim bagitahu I. Tak sangka pula you boleh ada kat Kota Paris. Semalam baru aje sembang dalam handphone," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Owh.. tak, actually I ke sini untuk bercuti. So, kebetulan I dimaklumkan oleh Pak Karim yang you ada kat Paris, so I carilah you kat sini. Mungkin kita boleh percepatkan urusan pembahagian harta pusaka ni," balas Iris Ariana menjelaskan keadaan sebenar.

"So, boleh kita mulakan sekarang?" Sambungnya.

"Okay, boleh.." balas Tengku Harith Zaqwan segera berbincang dengan peguamnya Iris Ariana.

Semasa sesi perbincangan soal harta pusaka telefon Tengku Harith Zaqwan berdering, namun dia tidak mengendahkannya.. dia menekan 'silent'.

"Dapat tak you?"

"Tak dapat lagi.."

"So, macam mana ni Darius?"

"Dear, jom temankan I ke rumah sewa Harith?"

"Alright.." balas Rubina Elizaberth.

"Arwah mama memang murah hati, dia suka bersedekah. Terutamanya pada anak-anak yatim dan golongan fakir miskin," ucap Tengku Harith Zaqwan apabila mengingati kebaikan mamanya yang merupakan seorang dermawan.

"Hmm.. mungkin sebab tu kut arwah nak sebahagian hartanya diberikan pada anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan," balas Iris Ariana.

"Ya, betullah tu. It's okay, I akan tunaikan apa yang mama nakkan tu.."

"Lagi satu, dalam wasiat Tengku Suria. Arwah ada juga menyebut satu nama.."

"Tengku Arissya," sambung Iris Ariana. Kali ini Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Mana Harith ni? Kenapa dia tak ada kat rumah Darius?"

"I pun tak tahu dia ke mana sayang. Kejap I call," balas Darius cuba menghubungi Tengku Harith Zaqwan.

"Apa yang arwah sebutkan dalam wasiat tu?"

"Arwah mahu Tengku Harith Zaqwan memberikan barang kemas miliknya kepada Tengku Arissya sebagai tanda rasa sayangnya kepada menantunya," balas Iris Ariana.

Tengku Harith Zaqwan mengelamun seketika, betapa besarnya kasih sayang mamanya buat Tengku Arissya. Ingat dia pada menantunya, ada hadiah yang ditinggalkannya sebelum pergi menghadap Ilahi. Kalaulah Tengku Arissya mengetahuinya, apakah reaksinya nanti? Akan karamkah dunia ini di banjiri air mata kesedihan atas kekhilafan diri kerana terlalu ego untuk mendengar sebuah kebenaran.

"Dapat tak?"

"Harith tak jawab call I," balas Darius.

"You nak tunggu sini atau terus balik aje?"

"I rasa kita tunggu sini dulu. Mungkin dia ada kerja kut," balas Darius. Rubina Elizaberth bersetuju.

Tengku Harith Zaqwan baru selesai berbincang dan menandatangani beberapa dokumen pembahagian harta pusaka itu. Jadi, senang untuk Iris Ariana uruskan mana yang boleh terlebih dahulu. Selebihnya mungkin mereka akan bertemu kembali di Malaysia.

Tengku Harith Zaqwan terus pulang ke rumah sewanya. Sampai saja di rumahnya dia terkedu, ada Darius dan Rubina Elizaberth menunggu dia di situ dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Darius.."

"Zaq!"

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Darius dan Rubina Elizaberth saling berpandangan.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Ia hal penting, bersangkut paut soal hidup dan mati," ucap Darius.

"Kalau macam tu kita bercakap kat dalam rumah aku ajelah," balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah menapak masuk ke rumah sewanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience