Rate

BAB 76

Romance Series 197233

"Auntie sorry, jalan jammed tadi.."

"It's okay, have a seat," pelawa Datin Falida.

"Kita pesan makanan dulu ya," sambungnya.

"Eh, tak apalah auntie. Elvia dah kenyang.."

"Minum?"

"Hmm.. jus orange," ucap Tengku Elvia pada pelayan restoran yang baru saja sudah berdiri di situ.

"Bagi I fried and jus apple," ucap Datin Falida pula.

Selesai memesan makanan mereka berdua berbual-bual kosong, sampailah kepada perbualan yang serius.

"Elvia auntie sebenarnya nak bagitahu something.." ucap Datin Falida. Tengku Elvia hanya menunggu. Setia mendengarkan apa yang ingin disampaikan.

"Boleh tak percepatkan perkahwinan Elvia dengan Emir. Pujuk Emir," kata-kata itu kurang menyenangi Tengku Elvia.

"Tapi Emir nak fokus pada kerjanya dulu auntie," balas Tengku Elvia pantas.

Belum sempat Datin Falida buka mulut, pelayan restoran menghantar pesanan di meja itu. Terdiam dia seketika sebelum kembali pula menyuarakan rasa hatinya.

"Auntie tahu soal tu, auntie sendiri yang bersetuju.. tapi auntie rasa macam lama pula menanti. Lagipun kawan auntie tu dah nak timbang cucu pun, auntie pun tak sabar nak merasai pengalaman yang sama," balas Datin Falida.

"Tapi auntie..."

Pantas Datin Falida memotong kata-kata Tengku Elvia sebelum dia bersuara, "Elvia please. Hanya Elvia yang dapat pujuk Emir. Auntie sangat berharap.."

Kedengaran keluhan kecil Tengku Elvia, harapan bakal mak mentuanya yang disuarakan itu perlukah diturutinya, sedangkan masih banyak perkara yang memeningkan kepalanya. Terasa semakin berat pula kepalanya.

"Baiklah, Elvia akan cuba pujuk Emir, tapi selebihnya terpulang pada keputusan Emir sendiri.." balas Tengku Elvia terpaksa. Mengenai perkara ini dia akan berbincang dengan Tengku Emir Danish.

"Thank you, dear. I'm so happy. Auntie harap Emir bersetuju kali," ucap Datin Falida ceria.

"Most welcome. Insya-Allah," balas Tengku Elvia diiringi seulas senyuman hambar.

Selesai berjumpa dengan bakal mak mentuanya, Tengku Elvia segera menelefon Tengku Emir Danish semasa dalam perjalanan.

"You kat mana ni?"

"I ada kat tempat parkir kereta ni.. baru settlekan kerja I. Why dear?" Soal Tengku Emir Danish. Tegang kedengaran suara itu. Mesti ada yang tidak kena.

"I nak jumpa you.."

"Bila sayang?"

"Now Emir!"

"Alright, whatsapp I send location. Kejap lagi I jumpa you," balas Tengku Emir Danish yang baru memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta.

Tengku Emir Danish sudah menemui Tengku Elvia.

"What?"

"Tulah yang I pening ni. You pun tahu kan pasal Kak Arissya, ditambah pula masalah ni. Mama you nak kita kahwin cepat pula," ucap Tengku Elvia sambil memicit kepalanya perlahan.

"Mama pun satu.. hari tu kata dah bersetuju, sekarang macam ni pula jadinya," balas Tengku Emir Danish.

"So, macam mana ni?"

"It's okay dear. You jangan risau, I akan discuss dengan mama balik pasal ni.."

"Tapi kalau mama you tetap berdegil macam mana?"

"You pun tahu kan I bukan main struggle nak siapkan kerja I kat sini sebab nak ke Paris jumpa Kak Arissya," sambung Tengku Elvia berharap Tengku Emir Danish akan memahaminya.

Tengku Emir Danish memandang wajah penat cintanya, simpatinya tumpah buat gadis itu. Dia tahu Tengku Elvia sangat menyayangi kakaknya kerana itu dia melakukan secebis pengorbanan untuk cintanya.

"Sayang.. semuanya akan okay. I promise!" Balas Tengku Emir Danish.

"Betul ni?"

"Yup, trust me dear," balas Tengku Emir Danish menyakinkan kekasihnya.

"Thank you sebab you selalu faham I Emir. Love you!" Ucap Tengku Elvia.

"You're welcome dear. Love you too, so much!" Balas Tengku Emir Danish tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience