Rate

BAB 277

Romance Series 197165

Beberapa hari kemudian, Tengku Arissya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Sikap dan perilakunya juga pada Airel Azumi sama. Dia akan terus begitu sehingga Tengku Harith Zaqwan selesai urusan kerjanya.

"Hai, Arissya. Jom lunch nak?" Sapa Airel Azumi yang tiba-tiba terjengul dimuka pintu bilik Tengku Arissya.

"Boleh I masuk?" Sambungnya. Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Sorrylah I tak bagitahu you I datang sini. Kebetulan I baru lepas jumpa klien kawasan ni, tu yang I singgah. Boleh kita lunch sama-sama.." ucapnya yang sudah duduk dikerusi itu berhadapan dengan Tengku Arissya.

"I busy ni.." ringkas saja ayat yang Tengku Arissya tuturkan.

"Kejap aje Arissya, please.."

"Tapi you tengok sendirilah I punya kerja ni, berlambak atas meja.."

"It's okay, I tunggu you siapkan semua kerja tu.."

Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil. Bosan dia dengan sikap Airel Azumi, asyik memaksa saja. Semakin menjadi-jadi sikap lelaki itu. Menyampah betul!

"Okaylah, kita lunch. Kerja ni I siapkan sekejap lagi.."

Wajah Airel Azumi langsung berubah ceria. Nampak gayanya misi memikat hati Tengku Arissya berjaya kali ini, fikirnya.

Sepanjang lunch, Tengku Arissya tak banyak bercakap. Itu mengundang rasa hairan di hati Airel Azumi.

"Kenapa dengan you ni, penat ke? Macam tak happy je keluar lunch dengan I.."

"Yup, I penat. Bukannya tak happy..."

"You kenalah banyak rehat kalau penat, jangan paksa diri tu buat kerja kalau dah penat.." pesan Airel Azumi.

'Aku penat nak layan kau, bukan penat kerja pun,' desis hati Tengku Arissya.

"Okaylah I dengar nasihat you.."

"Owh ya, malam ni kita keluar nak? I ingat nak ajak you pergi jalan-jalan. Kita lepak kat Tasik Putrajaya ke best juga..."

"Errr... tapi I kan dah cakap I penat, lain kalilah.."

"Arissya I ajak you ni untuk hilangkan penat youlah, supaya you tak stress. So, malam ni kira jadilah. I jemput you okay.."

Nak tak nak Tengku Arissya terpaksa bersetuju, kalau dia bersikap terlalu dingin hancurlah segala planning dia dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Okay boleh malam ni, tapi syaratnya kita jumpa kat sana aje. Tak payah nak jemput I kat rumah..."

Airel Azumi senyum lebar. Dia gembira.

Selesai makan Tengku Arissya kembali ke ofis. Sebelum dia mulakan kerja, dia menelefon Tengku Harith Zaqwan tapi malangnya tidak berjawab. Dari tadi dia call tapi tak dapat. Urusan kerja apalah yang penting sangat tu sampaikan abaikan dia. Tengku Arissya agak berkecil hati.

Dia cuma mahu memberitahu Tengku Harith Zaqwan yang dia akan keluar dengan Airel Azumi, itu saja. Tapi nampak gayanya biarlah dulu.

"Jadi Harith dengan Arissya dah berbaik semula?"

"Betul paa, kami dah berbaik. Macam yang Harith cerita tadi, Arissya datang minta maaf malam tu. Dia mengakui kesalahannya selama ni," balas Tengku Harith Zaqwan.

Datuk Mustaqim tersenyum bahagia.

"Papa senang dengar bila Harith dah berbaik dengan Arissya. Papa ingat bila kamu berdua gaduh besar hari tu, masing-masing ambil keputusan untuk benar-benar berpisah..."

"Tak paa, Harith maafkan Arissya sebab tak nak hilang dia. Harith tahu yang Arissya saja satu-satunya perempuan yang boleh bahagiakan Harith. Papa pun tahu kan, Harith cintakan Arissya.."

Datuk Mustaqim mengangguk perlahan. Dia faham perasaan bekas menantunya itu, yang bakal kembali menjadi menantunya.

"Papa selalu doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Papa harap pengalaman lalu jadikan sebagai pengajaran..."

"Insya-Allah papa. Sebenarnya apa yang terjadi ni, walaupun Harith akui pedih tapi setidaknya Harith belajar erti kematangan dan sedar yang hidup ni tak seindah yang pernah dibayangkan. Banyak liku-liku kehidupan yang perlu dilalui untuk mengecapi kebahagiaan..."

"Ya eloklah Harith dah faham. Papa cuma nak pesan, kalau lepas ni Arissya buat perangai ke apa didiklah dia dengan cara yang baik..."

"Insya-Allah papa.."

"So, bila nak langsungkan perkahwinan?" Soal Datuk Mustaqim..

"Lepas dah settle urusan kerja Harith, kami akan segera berkahwin. Harith minta restu papa, izinkan Harith menikahi anak papa ya.."

Datuk Mustaqim menepuk bahu bakal menantunya perlahan, "Papa restu. Sebab papa tahu Arissya hanya mencintai Harith. Terima kasih terima anak papa semula, kalau ikutkan apa yang Arissya buat tu berat pada Harith, tapi papa tak sangka Harith boleh maafkan Arissya.."

"Papa kalau Harith julang ego ni setinggi gunung pun tak guna juga. Pada akhirnya kami yang akan sama-sama sakit. Harith tak nak hilang Arissya. Hilang tu sakit paa.. lagi sakit seksa merindu. Sebab tu Harith mengalah. Harith nak kahwin dengan Arissya. Kami nak bahagia sama-sama.. tu je.."

Sebak pula hati Datuk Mustaqim mendengar luahan hati Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi papa nak pesan, Harith kena hati-hati sikit dengan Airel tu. Papa perasan dia macam sukakan Arissya.."

"Bukan setakat suka aje paa, tapi dia memang dah pernah melamar Arissya. Memang tak guna betul, sakit hati ni bila tahu..."

"Sabar Harith, jangan ikutkan sangat rasa cemburu tu. Hati Arissya tu milik Harith aje.. itu papa yakin.."

"Hmm tahu paa.. tulah Harith dah pesan kat Arissya, terus layan Airel tu baik-baik dulu, kami buat-buat gaduh dulu. Lepas dah settle urusan Harith, kami nak kahwin senyap-senyap aje. Lepas tu baru bagitahu Airel yang kami dah kahwin..."

"Papa setuju dengan apa yang Harith rancang tu. Tujuannya untuk elak daripada benda yang tak elok, tak salah pun berwaspada.."

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan. Mereka berdua terus berbual-bual. Lama perbualan antara keduanya. Rupanya dia offkan handphone disebabkan tidak mahu ada sebarang gangguan, dia menemui bakal bapa mentuanya untuk bercerita tentang hubungannya dengan Tengku Arissya.

Selepas menemui Datuk Mustaqim, Tengku Harith Zaqwan segera singgah di ofis kerana ada beberapa masalah yang perlu dia selesaikan. Jadi, dia tidak sempat melihat handphonenya.

Tengku Arissya pula sakit hati bila Tengku Harith Zaqwan menghilang entah ke mana. Sudah dihubunginya tapi tidak dapat-dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience