Rate

BAB 159

Romance Series 197165

Tengku Elvia sudah pulang dari Korea bersama suaminya, Tengku Emir Danish. Bukan main gembira mereka dapat menemui keluarga masing-masing.

"Papa, miss youuuu!" Ucap Tengku Elvia. Dia siap memeluk Datuk Mustaqim yang sedang menikmati sarapan pagi itu.

"Tak rindu kakak ke?" Tengku Arissya buat-buat merajuk.

"Alolololo, rindu kakak juga!" Ucap Tengku Elvia yang sudah mendapatkan kakaknya. Tubuh kecil itu dipeluknya penuh sayang.

"Jom breakfast dengan papa," ajak Datuk Mustaqim.

"Tak apalah paa, Elvia dengan Emir dah breakfast tadi sebelum balik sini,"

"Owh kalau macam tu tak apalah, Elvia dan Emir naiklah ke bilik rehat dulu ya," balas Datuk Mustaqim.

"Ha'ah.. betul kata papa tu," sampuk Tengku Arissya.

"Okay Elvia dan Emir naik ke bilik untuk rehat dulu. Hmm.. papa dan akak kerja ke hari ni?"

"Papa dengan Arissya kerja. Tapi kat rumah ni ada Rokiah, orang gaji baru papa. Panggil aje dia dengan nama Kak Kiah,"

"Laa.. yeke? Mana orangnya,"

"Kat dapur agaknya, mungkin dia tak tahu anak papa sorang ni dah balik Malaysia,"

"Sekejap Arissya panggilkan," ucap Tengku Arissya. Dia mahu kenalkan Rokiah dengan Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish.

"Kak Kiah sibuk ke tu?" Soal Tengku Arissya yang sudah ke dapur.

"Kak Kiah tengah kemas-kemas dapur aje ni. Ada apa ya Arissya?"

"Boleh keluar sekejap tak kat luar. Arissya nak kenalkan Kak Kiah dengan Tengku Elvia. Dia baru balik dari Korea dengan suami dia," balas Tengku Arissya. Rokiah mengangguk faham.

Mereka berdua keluar ke halaman meja makan.

"Elvia, kenalkan ni Kak Kiah.." ucap Tengku Arissya.

Tengku Elvia senyum, "Hai, Kak Kiah. Saya Elvia, adik Tengku Arissya. Dan di sebelah saya ni Tengku Emir Danish,"

"Salam kenal Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish," jawab Kak Kiah penuh sopan.

"Tak perlu bahasakan 'tengku', panggil saja saya Elvia dan Emir. Lagi mesra,"

"Baiklah," balas Kak Kiah.

"Kalau ada apa-apa Elvia dan Emir boleh panggil Kak Kiah ya. Kak Kiah ke dapur dulu buat kerja," sambungnya.

"Okay Kak Kiah," balas Tengku Elvia yang memahami tugas sebagai orang gaji tentunya banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Wow paa! Cantiklah orang gaji papa. Tak tua, tak muda. Sederhana. Glowing kut muka dia," puji Tengku Elvia.

"Kan?" Sambung Tengku Arissya mengiakan. Dia dulu pun tak menyangka ada orang gaji yang secantik Rokiah.

"Entahlah, papa tak tahu pasal kecantikan tu semua tapi Kak Kiah ni bagus kalau buat kerja. Sepanjang dia kerja kat sini semuanya mampu dia lakukan dengan baik," balas Datuk Mustaqim.

"Untunglah pa dapat orang gaji yang rajin,"

"Eh, papa dah lewat ni. Ada nak jumpa klien sekejap lagi. Papa minta diri dulu ya," ucap Datuk Mustaqim apabila melihat jam dipergelangan tangannya.

"Kalau macam tu tak apalah papa, Emir dan Elvia naik rehat bilik dulu ya.."

"Hmm tapi tengah hari nanti, kami berdua nak ke rumah papa dan mama," sambung Tengku Emir Danish yang dari tadi hanya terdiam.

"Owh okay,"

Dania menelefon Tengku Harith Zaqwan pada pagi itu, tetapi panggilannya tidak dijawab.

"Siapa tu Harith?" Soal Hud Mikail. Mereka berdua masih berada di Kopitiam sedang menikmati sarapan pagi.

"Dania,"

"Dah tu kenapa tak jawab dia call?"

"Aku tak sukalah dia asyik call aku, hati aku ni dapat rasa macam dia sukakan aku," luah hati Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail tergelak.

"Apasal kau gelak ni.."

"Okaylah tu kalau dia sukakan kau. Kau boleh kahwin dengan Dania dan lepaskan Tengku Arissya pada Faqrul,"

"Tak lawaklah gurauan kau ni. Tengku Arissya milik aku!"

"Maksud memiliki tu bila seorang lelaki berjaya mengahwini seorang perempuan yang dia cintai,"

"Sayangnya, aku pernah memiliki tapi bodohnya begitu mudah melepaskan Tengku Arissya. Kesal yang tidak berpenghujung,"

Hud Mikail terkedu. Apa yang Tengku Harith Zaqwan sedang cakapkan ni?

"Harith kau cakap apa tadi?" Soal Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia sudah terlanjur kata.

"Err.. tak ada apa," balas Tengku Harith Zaqwan cuba mengelak.

"Aku dengar dengan jelas apa yang kau cakapkan tadi. Harith, selama ni kau buat-buat hilang ingatan ke?" Soal Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan terkedu buat kali kedua dengan pertanyaan itu. Mustahil dia dapat mengelak lagi.

"Apa kau merepek ni! Dah tentulah aku tak ingat apa-apa," marah Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail tersengih sinis, "Sampai bila kau nak tipu aku?"

"Harith sebelum ni aku dah dapat agak yang kau sengaja berlakon. Kau tak amnesia pun. Kau ingat semuanya kan? Kau tahu kan Tengku Arissya tu bekas isteri kau dan kau tentu tahu kan Tengku Suria, mama kau dah lama meninggal dunia!"

Mata Tengku Harith Zaqwan berkaca apabila Hud Mikail menyebut tentang arwah mamanya. Terasa pedih jiwanya untuk mengakui hakikat kehilangan yang begitu besar dalam hidupnya itu.

Tengku Harith Zaqwan mengangkat wajahnya, jelas matanya penuh dengan manik jernih.

"Ya! Aku ingat segalanya. Aku tak amnesia pun. Tapi aku terpaksa buat-buat lupa. Tugas aku masih belum selesai Hud,"

"Tugas? Apa maksud kau?"

"Kau tak boleh tahu apa-apa, aku tak nak nyawa kau juga dalam bahaya. Biar aku yang berjuang sendiri. Biar aku yang menempuhi jalan maut ini,"

"Harith apa sebenarnya yang berlaku?"

"Hud aku tak nak semua orang tahu yang aku tak amnesia. Tolong rahsiakan tentang perkara ini sampai semuanya selesai,"

"Tapi..."

"Kalau kau sayangkan aku, kau jangan buka mulut pasal ni. Kalau tak kau akan buat aku lebih awal mati dalam pertarungan ni," balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"Harith.. kau tak boleh berjuang sendiri, kau ada aku. Aku boleh tolong kau!"

"Tak ada sesiapa yang boleh tolong aku. Biar aku yang berjuang sendiri kali ni tanpa melibatkan orang-orang yang aku sayang. Sama seperti aku berjuang untuk mendapatkan kembali cinta Tengku Arissya,"

"Tapi sampai hari ni pun kau gagal dapatkan cinta Tengku Arissya semula,"

"Aku tak kisah kali ni kalau aku gagal soal cinta, aku sedar yang Tengku Arissya hatinya terlalu keras seperti kerak nasi untuk dilembutkan. Letaklah selautan air pun takkan mampu meleburkan keegoannya lagi. Tapi bila kali ini ia melibatkan soal hidup dan mati aku tidak akan berdiam diri,"

"Kau buat aku tak sabar untuk tahu apa yang sedang kau perjuangkan ni Harith. Ceritalah dengan aku, aku mohon Harith jangan berjuang sendiri,"

"Kau satu-satunya yang aku ada dalam dunia ni. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi. Mama dah pergi tinggalkan aku. Jauh, terlalu jauh. Arissya juga dah tak perlukan aku lagi. Aku tak nak perkara buruk berlaku pada kau juga,"

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan membuatkan Hud Mikail tertunduk. Ada air mata dimatanya. Dia sebak. Dia tahu abang sepupunya sangat menyayanginya.

"Sudahlah Hud, yang aku pinta hanyalah doa dalam perjuangan ni. Doakan aku selalu menjadi seorang lelaki yang kuat dan sabar,"

Hud Mikail tidak boleh berkata-kata, dia hanya mengangguk faham. Hatinya masih sarat dengan kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience