Rate

BAB 96

Romance Series 197165

Kedengaran bunyi telefon berdering, Tengku Harith Zaqwan segera menjawab panggilan itu.

"Hmm.. ada apa Hud kau call aku ni?"

"Kau kenapa bro, tegang aje suara. Ada masalah ke?" Soal Hud Mikail tanpa menjawab pertanyaan Tengku Harith Zaqwan.

"Tak ada apalah, ni kau call kenapa? Apa pula masalah kali ni?" Balas Tengku Harith Zaqwan tidak mahu bercerita tentang masalah yang dihadapinya, tahulah dia nak uruskan sendiri.

"Bro, kau macam tak okay aje ni.."

"Hud, tahulah aku handle sendiri masalah aku," tegas Tengku Harith Zaqwan.

"Okaylah, sorry. Ni aku bukan call nak bagitahu soal syarikat, ni pasal lain.." balas Hud Mikail akhirnya tidak lagi bertanya tentang masalah abang sepupunya itu.

"Pasal apa ni?"

"Petang semalam aku ada pergi rumah kau, aku jumpa Pak Cik Karim dengan Mak Cik Timah. Borak sikit sambil tanya khabar. Lepas tu dia ada bagitahu aku Cik Ariana asyik cari kau aje. Dia nak minta kau tandatangan beberapa dokumen. Dia nak uruskan soal pembahagian harta pusaka arwah mama kau tu.."

"Owh.. aku lupalah nak call dia.."

"Nanti kau call dialah.."

"Okay aku call dan settle dengan Cik Ariana tu. Em, ada apa-apa lagi kau nak bagitahu aku?"

"Tu je Harith, aku pun busy ni nak siapkan kerja.."

"Hmm.. yelah. Kau jangan risaulah, nanti tak lama lagi aku dah nak balik Malaysia.."

"Eh, biar betul Harith? Bukan ke masalah kau belum settle dengan Arissya.."

"Entahlah Hud, aku rasa macam aku ni orang yang dah tak penting lagi dalam hidup Arissya. Agaknya betullah dia memang dah tak cintakan aku.."

"Tapi takkan beberapa bulan kau kat sana kau nak give up macam tu aje Harith? Aku tahu kau sayangkan Arissya. Bertahanlah dulu. Soal syarikat tak apa biar aku uruskan.."

"Tapi sebelum ni bukan kau nak aku balik Malaysia ke?"

"Memanglah tu betul tapi aku ni tak adalah kejam. Aku tahu pengorbanan kau terlalu besar, apa yang sedang kau perjuangkan tu baik. Nak kembali bina kebahagiaan bersama bekas isteri, nak perbaiki kesilapan masa lalu dan nak hidup bersamanya," ucap Hud Mikail semakin memahami abang sepupunya itu.

"Aku ni Hud, cuma manusia biasa. Kadang-kala rasa hinanya diri bila diperlakukan macam-macam. Tak guna aku terus mengejar sesuatu yang tak mungkin aku miliki," balas Tengku Harith Zaqwan. Jelas, suaranya sedih.

"Harith.. aku kenal kau, kau bukan macam ni. Bro, semangat! Jangan sia-siakan perjuangan kau ni. Kejar bro, kejar! Kau lelaki, kena kuatlah sikit.."

"Hmm.. tak apalah aku malas nak cakap pasal ni. Aku minta diri dulu.. okay, bye!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Dia rasa sangat lemah. Hilang sudah segala kekuatan dalam dirinya.

"Harith! Harithhh..."

"Harghhh!! Tak guna betullah kau Zaq!" Aakif Aryanz mengamuk. Habis kerusi dalam rumahnya ditendang.

Zulfiqar yang baru pulang ke rumah pada waktu itu terkejut, dia segera menghalang Aakif Aryanz yang baru saja mahu melemparkan barangan kaca yang ada di ruang tamu itu.

"Woiii.. kau gila ke?" Tengking Zulfiqar sambil merampas barangan kaca itu dari tangan Aakif Aryanz.

"Apa yang dah merasuk kau ni? Habis satu rumah bersepah!" Sambungnya.

"Aku bengang! Aku rasa nak bunuh je dia!" Jerit Aakif Aryanz kuat.

"Kau bengang dengan siapa? Nak bunuh siapa ni?"

"Zaq! Aku nak bunuh dia sampai mati!"

"Kau gila ke apa hah? Dia tu kawan kitalah! Dia salah apa dengan kau?" Marah Zulfiqar.

"Dia tu bukan kawan tapi musuh kita! Kau tahu tak dia tu siapa? Apa yang akan aku bagitahu kau ni.. kau mesti tak sangka.."

"Siapa dia?"

"Zaq tu adalah Tengku Harith Zaqwan. Dia merupakan bekas suami kepada Tengku Arissya!"

"Kau biar betul?"

"Aku tak tipulah! Aku baru je tengok dia orang keluar sama-sama. Aku rasa macam diperbodohkan! Kau tahu tak.. hari tu aku ajak Arissya breakfast kat situ, si Zaq tu boleh berlakon tak kenal Arissya, padahal dia orang tu bekas suami isteri. Aku tak boleh terima semua ni!" Marah Aakif Aryanz.

"Jadi selama ni dia tipu kita? Buat baik dengan kita bersebab?"

"Aku tak tahu apa tujuan Zaq, tapi aku tak boleh terima penipuan dan pengkhianatan ni. Aku akan balas balik apa yang dia dah buat pada kita!" Balas Aakif Aryanz penuh dengan kemarahan dan kebencian.

"Tak guna!" Marah Zulfiqar. Dia juga rasa tertipu.

"Aku akan balas dendam pada Zaq. Tengku Harith Zaqwan konon. Bersedialah kau!" Aakif Aryanz nekad, dia akan balas apa yang Tengku Harith Zaqwan lakukan.

"Tak apa Aryanz, aku akan bantu kau. So, macam mana dengan Tengku Arissya?"

"Aku tak tahu pasal perempuan tu, tapi kali ni aku nak jadi lelaki mahal sikit. Aku nak dia sendiri yang pujuk aku.."

"Kau yakin perempuan tu akan pujuk kau?"

"Aku yakin! Tadi pun dia mahu kejar aku, tapi Zaq halang!"

"So, kita nak teruskan rancangan tu ke?"

"Ya, aku nak kita teruskan rancangan tu secepat mungkin. Kita kena perangkap Tengku Arissya. Dia mesti jadi milik aku! Aku akan buat dia hilang maruah diri.." balas Aakif Aryanz yang sudah tersengih sinis.

"Okay, macam nilah Aryanz. Aku akan bantu kau.."

"Kalau kau nak merasa tubuh perempuan tu pun aku dah tak kisah, lagipun dia dah khianati aku. Dia dan Zaq sama saja! Aku akan pastikan dia menyesal seumur hidup dia sebab percayakan aku.. kenal aku!"

Kali ini Zulfiqar tersengih pula, "Tak sabar pula aku!"

"Kat mana kita nak buat kerja terkutuk tu?"

"Hotel mahal, so kita akan buat kerja gila tu kat rumah ni.. lagipun kat sini tak ada orang. Sunyi. Aku akan culik Tengku Arissya nanti!" Ucap Aakif Aryanz. Mereka berdua sudah merancang semuanya dari awal.

Darius terkedu, dia mundur ke belakang.. satu tong yang ada di situ tergolek jatuh. Aakif Aryanz dan Zulfiqar tergamam.

"Siapa tu?"

"Kejap aku pergi tengok!" Ucap Zulfiqar dengan mukanya yang bengis. Dia segera mengintai dihalaman rumah itu. Kelihatan tiada orang.

"Meoww... Meowww.."

"Siapa?"

"Tak ada orang pun, line clear. Kucing aje kat luar sana tu.."

Darius melepaskan nafas lega. Dia segera keluar dari situ. Nasib baik dia parking keretanya jauh dari pandangan dua orang kawan baiknya itu. Jelas, dia dapat dengar segala rancangan jahat Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Dia yakin apa yang dimaksudkan Aakif Aryanz tu adalah Zaq.

"Darius why? You nampak ketakutan?" Soal Rubina Elizaberth apabila Darius sudah kembali ke keretanya.

"Rubina.. nanti I cerita pada you everything. Kita kena pergi dari sini sekarang," ucap Darius segera menekan pedal minyak keretanya laju.

Sampai saja di rumah, Darius menutup pintu rumahnya kemas. Dia menarik pergelangan tangan isterinya.. meminta isterinya duduk di sofa lalu dia pun bercerita semua rancangan jahat Aakif Aryanz dan Zulfiqar. Bukan main terkejut Rubina Elizaberth.

"Zaq dalam bahaya Darius. You kena bagitahu dia everything!"

"Yup, I akan bagitahu dia segalanya pasal ni.."

"So, now you call Zaq please.." balas Rubina Elizaberth.

"Alright dear.."

Darius menelefon Tengku Harith Zaqwan.. tapi tak dapat. Mungkin dia perlu ke rumah Tengku Harith Zaqwan untuk memaklumkan mengenai perkara itu secepat mungkin sebelum benda buruk berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience