Rate

BAB 2

Romance Series 197165

Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil. Ditegah anak matanya yang masih layu bingkas memaku kepada suaminya yang duduk di birai katil, “Ada apa abang? Suka kacau Arissya tidur.”

Suaminya senyum, “Ada apa sayang tanya? Sekarang ni matahari dah tegak kat atas kepala sayang tu.."

Tengku Arissya tergelak kecil, dia bingkas bangun dan berada di sisi birai katilnya.

“Hari ni kita jalan-jalan nak tak sayang?” Ajak Tengku Harith Zaqwan.

“Nakkk…” jawab Tengku Arissya pendek.

Biarpun kepenatan masih bungkam dalam dirinya selepas balik daripada menjalankan aktiviti lasak bersama pelajar-pelajarnya semalam, rasanya dia tidak sanggup menolak permintaan suaminya, jauh sekali melukakan hati seorang lelaki yang bermakna dalam hidupnya itu.

“Kalau macam tu sayang pergi mandi dulu ya. Kejap lagi turun bawah. Abang dah siapkan breakfast untuk kita berdua,”

“Kali ni resepi apa pulak Encik Suami?” Soal Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, “Well, macam biasalah sayang, telur garing bersama roti hangus,”

“Teruk!” Ucap Tengku Arissya tergelak, diiringi tawa suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience