Rate

BAB 269

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan tergesa-gesa menapak ke bilik wad Tengku Arissya, pintu bilik itu dirempuh kuat.

Tengku Elvia terkedu, sehingga dia terbangun dari duduknya. Memandang seraut wajah lelaki itu.

"Elvia mana Arissya? Kenapa Arissya tak ada sini?"

Sharleez yang ada di belakang tuannya beralih di sebelah tepi, dia diam seribu bahasa. Tengku Elvia masih berdiam diri.

Tiba-tiba dari belakang, ada satu tepukan kedengaran. Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang perlahan, dia terkedu. Membulat matanya.

Rupanya Hud Mikail menepuk tangan bersama senyuman sinis. Muka Sharleez sudah berubah. Apa semua ni? Adakah ia satu perangkap? Jadi, benarlah apa yang dia rasa tadi..

"Hebatnya kau, balik dari luar negara sepatah haram pun tak bagitahu aku..."

"Err.. ak...aku..."

"Aku apa!!!!" Marah Hud Mikail, sejurus selepas itu satu tumbukan mengenai muka Tengku Harith Zaqwan. Bibirnya berdarah.

"Apa kau ni, Hud. Siap tumbuk aku. Apa salah aku pada kau?"

"Eh, kau kalau nak buat sesuatu boleh tak jangan buat benda bodoh. Fikir dulu sebelum bertindak!" Marah Hud Mikail.

"Kenapa kau nak marah-marah aku ni?"

"Sebab Abang Harith Kak Arissya lari dari hospital!"

"What?"

"Ya, sebab kau!!! Sebab kebodohan kau. Kau tahu tak Arissya lari sebab apa? Dia nak pergi cari kau. Dia nak jumpa kau. Sebab dia yakin kau ada datang sini setelah dia tengok jam tangan kau. Tapi dia nampak kecewa, dia cakap bencinya kau kat dia sampai tak nak jumpa pun dia. Dia keluar dari hospital ni cari kau untuk minta maaf.."

Tengku Harith Zaqwan terdiam. Matanya berkaca.

"Mana Arissya? Mana!!!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan kuat.

"Manalah kami tahu, kami tak sempat kejar..." Balas Tengku Elvia menyampuk.

Sebenarnya, Hud Mikail datang untuk melawat Tengku Arissya tapi malangnya Tengku Elvia menyatakan padanya, kakaknya lari dari hospital.

Apabila ditanya, termasuk Tengku Elvia bercerita tentang jam tangan itu. Barulah Hud Mikail mengetahui segalanya. Dia yang merancang supaya Tengku Elvia menelefon Sharleez, dia yakin Tengku Harith Zaqwan ada dengan Sharleez. Dugaannya tepat sekali.

Jururawat yang mendengar bunyi bising dari bilik itu datang memberi peringatan agar tidak membuat bising. Tengku Harith Zaqwan keluar dari bilik itu, berlari anak meninggalkan hospital. Dia mahu mencari keberadaan Tengku Arissya. Namun sempat dia mencampakkan kunci kereta pada Sharleez.

Tengku Harith Zaqwan hanya berjalan kaki di sekitar situ mencari Tengku Arissya. Tapi langkahnya semakin jauh dan jauh, tidak terasa dia sudah jauh dari hospital.

"Arissya!!!!" Panggil Tengku Harith Zaqwan tanpa mempedulikan ada yang melihatnya pelik, menjerit-jerit seperti orang gila.

"Arissyaaaaa... arissyaaaa..." Jeritnya kuat mencari keberadaan Tengku Arissya.

Jauh langkahnya. Sudah berpeluh tubuh sasa itu namun dia masih tetap mencari kesayangannya. Matanya berkaca, dia mahu menangis. Dia tidak menemukan kesayangannya. Bagaimana kalau perkara buruk terjadi pada gadis itu? Itu hal yang akan dia kesalkan seumur hidupnya..

"Yup! Okay baik.." balas Airel Azumi. Dia menerima berita kehilangan Tengku Arissya. Segera dia mencari.

Itu pun dia dapat tahu melalui Datuk Mustaqim. Semua sudah tahu kehilangan Tengku Arissya.

Airel Azumi sudah keluar dari ofisnya mencari Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan sampai di sebuah taman, di sekitarnya ada tasik. Ada pohon yang redup. Siapa tahu kesayangannya ke situ, lagipun di situlah kesayangannya suka pergi bersiar.

Airel Azumi seakan melihat satu susuk tubuh kecil. Dia kenal pada bentuk tubuh cantik itu. Yup! Betul, itu Tengku Arissya. Dia memakirkan keretanya di sekitar situ, tapi malangnya ketika dia mahu mendapatkan gadis itu.. gadis itu sudah jauh ke hadapan berjalan. Dia mengejar.

Sampailah di bawah sepohon pokok besar, yang tidaklah agak jauh dari situ.. ada bangku di situ. Tengku Arissya duduk sendirian di situ. Ariel Azumi sudah mendekati Tengku Arissya. Baru saja Tengku Harith Zaqwan ingin menyapa, sudah ada yang mendekati kesayangannya. Hampa jiwanya. Luluh. Lelaki itu Airel Azumi. Tak sangka dia juga mencari Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan bersembunyi di sebalik sebatang pokok, perkara yang sama beberapa tahun lalu dia pernah melakukan hal yang sama ketika Tengku Arissya sedang berbual dengan Aakif Aryanz di Kota Paris. Hatinya juga pernah terbunuh di situ.

"You kenapa kat sini? Kenapa larikan diri dari hospital?"

"Saja je.. kenapa you datang sini? You tahu dari mana I kat sini?"

"Papa you call cakap you hilang, lari dari hospital.."

"Dah hebohlah ni satu dunia," balas Tengku Arissya tersengih sinis. Seakan jiwanya terbang dalam bicaranya.

"Kenapa you hilangkan diri?"

"Perlu ke you tahu?"

"Yup, perlu..."

"Apa hak you nak tahu?"

"I memang bukan siapa-siapa pun pada you, tapi I nak you tahu satu perkara. I dah lama nak luahkan tapi tak terluah.."

"Apa dia?"

"I cintakan you, Arissya. I sayang you.."

Tengku Arissya tersengih, di halakan pandangannya ke arah lain. Kosong.

"You jangan nak main-mainlah!"

"I tak main-main, ni soal hati dan perasaan. I cintakan you, I sayang you. I nak jaga you.."

Hati Tengku Harith Zaqwan tersayat pedih mendengar semuanya. Matanya semakin berkaca. Tapi hari itu dia memilih untuk hancur luluh, dia kekal berdiri di situ. Di sebalik pokok itu.

"You tak faham bahasa ke apa? I ni pernah kahwin tahu tak!" Marah Tengku Arissya.

"I peduli apa you dah kahwin ke tak. I cintakan you, you faham tak?" Balas Airel Azumi geram.

"I tak naklah pening kepala nak fikir pasal cinta. I dah tak percaya pada cinta. I dah tak naklah bercinta.."

"I tak ajak you bercinta tapi I nak melamar you sebagai isteri I, you sudi tak jadi isteri I?"

"You tak faham, Rel. Tolonglah jangan tambah beban kat fikiran I ni. I tengah tak okay, tolonglah pergi. Tinggalkan I sendirian. I penat.."

"You fikir apa?"

"Tak payahlah nak tahu I fikir apa. Pergilah!"

"I takkan pergi Arissya. Listen, I betul-betul cintakan you. You tahu tak, dulu I pernah ada seseorang yang I cinta tapi dia dah pergi..."

"Pergi mana?"

"Maksud I dia meninggal dunia," balas Airel Azumi.

"Why? Dia sakit?"

"Tak, dia dibunuh oleh seorang lelaki yang kejam.."

"Hah?"

"Sejak tu I berdendam dengan lelaki tu, sampai sekarang I dendami dia. Dialah penyebab Riesya meninggal dunia. I takkan maafkan dia dunia akhirat.."

Tengku Harith Zaqwan terkedu. Jadi memang betullah lelaki itu mendendami dia lagi sehingga ke hari ini. Semuanya salah faham. Tengku Arissya tentu sudah termakan cerita Airel Azumi. Boleh timbul fitnah ke atas dirinya.

"Kejamnya lelaki tu. Dah ditangkap ke?"

"Hmm tak apalah kita cakap pasal lain.." balas Airel Azumi tidak mahu meneruskan kata-katanya. Bagaimana dia mahu meneruskannya, dia sendiri yang mencipta cerita yang penuh dengan sandiwara itu.

"Jomlah Arissya balik. I risau you duduk sini.."

"Tak apalah you baliklah.."

"Please Arissya..."

"Kenapa nak paksa-paksa I ni, I tak nak balik lagi.."

"Kalau you tak nak balik, I akan temankan you kat sini.."

Tengku Arissya mendengus kasar. Lelaki itu suka memaksanya. Dia akhirnya akur, bingkas bangun dan pergi dari situ. Airel Azumi tersenyum. Mereka berjalan beriringan.

Tengku Harith Zaqwan tidak lagi bersembunyi dari belakang pokok itu, dia hanya melihat keduanya berjalan menuju ke arah kereta. Hatinya terbunuh hebat pada hari itu. Tapi tidak mengapa, dia mendoakan yang baik-baik untuk keduanya.

'Jaga diri sayang. Semoga berbahagia ya! Mungkin benar, hati sayang tu tak lama lagi akan jadi milik lelaki lain' Desis hati seorang lelaki yang sudah terbunuh perasaannya.

Mungkin dia perlu kembali pulang ke luar negara.

Tapi dia janji, sebelum dia pulang ke luar negara. Dia akan menemui Tengku Arissya. Berhadapan dengan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience