Rate

BAB 117

Romance Series 197233

Dua tiga hari kemudian, Hud Mikail dengar ringtone telefon milik Tengku Harith Zaqwan berdering. Tertera satu nama 'Darius'. Ya Allah! Baru dia ingat pada satu nama tu. Darius merupakan kawan baik Tengku Harith Zaqwan kat Paris dulu.

Dia lupa untuk maklumkan mengenai Tengku Harith Zaqwan.

"Assalamualaikum. Hey, friend! Kau lupa aku ya. Lama tak contact aku.."

"Wa'alaikumussalam. Hai, Darius ke ni?" Soal Hud Mikail.

Darius hairan, siapa pula yang dia telefon. Sangkanya dia tersilap call tapi rasanya sudah betul dia menelefon Tengku Harith Zaqwan. Darius kembali menekap telefon ke telinganya.

"Yup, Darius bercakap. Ni siapa? Mana Harith?"

"Owh.. sebelum tu, aku kenalkan diri aku dulu. Aku Hud Mikail. Adik sepupu Harith. Harith ada kat hospital sekarang ni," balas Hud Mikail mengatur bicara.

"What? Hospital?"

"Yup, Harith sakit.."

"Sakit apa? Patutlah aku call banyak kali tak ada yang jawab," balas Darius.

"Harith terkena jangkitan kuman melalui luka di bahagian pinggangnya.."

"Luka kena tikaman, right?"

"Betul tu, akibat dari jangkitan kuman tu Harith sekarang sedang koma.."

"Allahu.. besarnya ujian untuk Harith, so macam mana keadaan dia sekarang?"

"Masih belum sedarkan diri dan tak ada petanda positif," balas Hud Mikail mengundang sebak dihati Darius.

"Doktor kata apa? Harith boleh sembuh kan?" Soal Darius risau.

"Doktor bagitahu Harith boleh sembuh kalau dia kuat melawan jangkitan kuman tu. Sama-samalah kita doakan," balas Hud Mikail.

"Hmm.. okay, nanti aku contact balik kat telefon Harith ni atau kau boleh bagi nombor telefon kau tak?" Balas Darius.

"Kau ambil nombor telefon akulah senang sikit," Hud Mikail memberi nombor telefonnya. Darius segera
menamatkan panggilan itu. Dia mahu berbincang dengan isterinya. Kalau isterinya setuju, dia mahu ke Malaysia melihat keadaan Tengku Harith Zaqwan.

"Kenapa you nampak risau aje ni?" Soal Rubina Elizaberth yang baru menapak ke ruang tamu rumahnya. Segelas air kopi dihulurkan pada Darius.

"I call Harith tadi tapi bukan dia yang jawab,"

"Siapa jawab?"

"Hud Mikail, adik sepupu dia. Katanya Harith masuk hospital akibat jangkitan kuman," balas Darius.

Rubina Elizaberth terkedu, "What? Kenapa sampai kena jangkitan kuman tu?"

"Semua ni berpunca daripada luka tikaman tu. You ingat tak Harith pernah kena tikam dengan Aryanz dulu?"

"Owh.. ya I ingat,"

"Sebab luka tulah dia dapat sakit. Harith pun degil. I dah ajak dia ke kilinik rawat luka tu.. nak bagi doktor periksa luka dia tu, tapi dia tak nak.."

"Tulah, I pun tak sangka luka tu boleh dijangkiti kuman. Habis tu macam mana ni?"

"Sayang.. kita balik Malaysia. Nak tak?"

"I ikut you aje. I okay," balas Rubina Elizaberth bersetuju. Darius senyum. Lega hatinya apabila isterinya setuju untuk pulang ke Malaysia.

"So, bila kita nak bertolak ke Malaysia ni?"

"Secepat mungkin. Kalau ada tiket penerbangan esok pun okay, lagipun I risau dengan keadaan Harith. You tahu kan dia baik dengan I. Dia selalu ada saat I jatuh.. saat I jahil dulu. Dialah yang sudi ajarkan I tentang agama Islam," balas Darius sebak.

Rubina Elizaberth memegang tangan suaminya erat, "Don't worry dear. I faham.. I bersyukur dengan perubahan you ni. Kalau bukan sebab Harith, I dengan you tak mungkin dapat bersatu. You tahu kan, I really love you.."

Darius senyum, "I love you too. Thank you dear!"

"So, kejap ya. I tengok tiket penerbangan ke Malaysia ada ke tak dalam masa terdekat ni. Kita tempah online aje," balas Rubina Elizaberth. Darius mengangguk faham.

"Entahlah papa, Elvia pun tak faham dengan akak tu. Sejak dua menjak ni dia asyik termenung aje," adu Tengku Elvia pada papanya.

"Tak tanya apa masalah kakak tu?" Soal Datuk Mustaqim.

"Akak cuma bagitahu yang dia tak sedap hati,"

"Patutlah kakak call papa, beria tanya papa okay ke tak. Mungkin sebab nilah,"

"Ha'ah papa.. sebab tulah. Entahlah, susah nak fahamlah dengan akak tu. Kejap dia okay, kejap tak.." balas Tengku Elvia.

"Tak apalah, tak lama lagi dah nak balik Malaysia kan. Bila dah balik sini. Elvia pun ada.. papa pun ada. Mana tahu akak akan okay," balas Datuk Mustaqim cuba menyedapkan hatinya.

"Ha'ah insya-Allah. Elvia pun dah tak sabar nak balik Malaysia papa, nak jumpa papa.."

"Jumpa papa aje? Bakal suami tak nak jumpa?" Usik Datuk Mustaqim. Terus mati mood Tengku Elvia mendengar nama itu.

"Tak nak! Tengku Emir tu biar ajelah dia.."

"Aik? Kenapa pula ni Elvia, gaduhlah ni dengan Tengku Emir.." balas Datuk Mustaqim.

"Tengku Emir tu curang. Masa Elvia call dia, ada suara perempuan Elvia dengar.."

"Elvia ni kuat cemburu betul, sama macam arwah mama. Selalu cemburu kalau papa keluar dengan klien perempuan," balas Datuk Mustaqim.

"Samalah macam Elvia. Elvia kuat cemburu tau!"

Kali ini Datuk Mustaqim tergelak, kemudian dia kembali serius.

"Anak papa ni.. bersikaplah seperti orang dewasa. Janganlah ikut sedap hati aje menuduh. Kalau ada masalah bincang dengan Tengku Emir tu.."

"Elvia malaslah nak bincang, lebih baik Elvia diamkan diri. Biar dia tahu hati ni sakit!"

"Elvia tak baik buat macam tu. Papa yakin Tengku Emir takkan menduakan anak papa ni," balas Datuk Mustaqim.

"Papa ni bela Tengku Emir pula.." balas Tengku Elvia seakan merajuk dengan papanya.

"Tak adalah, papa tak bela sesiapa. Cuma papa bagi nasihat sebagai orang yang dah banyak pengalaman hidup. Papa cuma tak nak Elvia menyesal,"

Tengku Elvia melepaskan satu keluhan kecil, "Hmm.. okaylah papa Elvia discuss dengan Tengku Emir. Thank you papa bagi nasihat.."

"Most welcome!" Balas Datuk Mustaqim.

Hari ni dapatlah Tengku Elvia berbual panjang dengan Datuk Mustaqim.. lagi pula Tengku Arissya tiada dirumah. Dia keluar selesaikan soal surat berhenti kerjanya.

Selepas selesai bercakap dengan Datuk Mustaqim. Tengku Elvia settlekan masalahnya dengan Tengku Emir Danish. Memang agak sukar untuk dia percaya tapi itulah hakikatnya, Tengku Delisha sudah kembali. Dia yakin perempuan itu datang kerana mahu merebut bakal suaminya. Sebenarnya Tengku Elvia sudah lama geram dengan perempuan itu. Kalau dia jumpa Tengku Delisha tahulah macam mana dia nak mengajar perempuan itu supaya tak menggedik dengan bakal suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience