Rate

BAB 9

Romance Series 197233

Pulang saja dari rumah pada malam itu, Tengku Harith Zaqwan mengamuk apabila mengingati semula kemesraan isterinya bersama lelaki lain. Sakit hatinya tidak mampu dibendung. Dia memang tak suka kalau ada mana-mana lelaki dekat dengan isterinya.

“Awal abang balik hari ni. Abang dah makan? Kalau belum makan lagi Arissya boleh panaskan lauk untuk abang,” ucap Tengku Arissya lembut. Tapi wajah suaminya kaku di sofa tidak menunjukkan rasa minat melayani pertanyaannya.

“Kenapa ni abang? Ada masalah ke? Tak nak kongsi dengan Arissya?” Sambungnya.

“Kau tak payahlah sibuk nak layan aku kalau dekat luar sana jantan lain pun kau melayan,” kata-kata suaminya membuatkan Tengku Arissya tergamam. Selama dua tahun perkahwinan mereka dia tidak pernah dikasari oleh kata-kata sebegitu.

“Apa abang cakap ni?”

“Kau tak payahlah nak tunjuk baik depan aku, lagipun aku dah kenal siapa kau. Kau ni tak ubah seperti seorang perempuan murahan!”

Kali ini kata-kata itu telah mengoyakkan kesabaran di hati Tengku Arissya, matanya mula berkaca, namun dia tetap bersuara dalam sebak yang tertahan.

“Sampai hati abang panggil Arissya perempuan murahan. Semurah tu rupanya harga diri Arissya pada abang. Terima kasih atas segalanya."

Tengku Arissya tidak menunggu lama, dia terus naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Dia menangis mengenangkan harga dirinya telah dipijak oleh suaminya sendiri. Sakit hatinya, terasa seperti dihiris sembilu.

“Arghhhh! Apa aku dah buat ni! Bodohlah kau ni Harith!” Bentak Tengku Harith Zaqwan kasar. Dia betul-betul tertekan.

Tengku Harith Zaqwan duduk di sofa sendirian, dia cuba mencari ketenangan. Cuba berbaik sangka, mungkin lelaki itu kawan isterinya ditempat kerja.

Dia menapak naik ke tingkat atas apabila sudah mencapai ketenangan dalam diri. Dia mahu memujuk hati yang telah dilukainya itu.

"Sayang..."

Tengku Arissya masih menangis rupanya, menyembamkan mukanya ke bantal. Tengku Harith Zaqwan cuba menyentuh tubuh itu agar berpaling menghadapnya.. tapi Tengku Arissya marah, "Abang pergilah! Jangan kacau boleh tak. Pergi!"

"Sayang abang minta maaf. Maafkan abang sebab cakap macam tu tadi. Abang tak sengaja..."

"Tak sengaja? Alasan!" Balas Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan buntu, esak tangis isterinya semakin kuat kedengaran. Dia tahu isterinya terasa hati dengannya. Apa yang dia cakapkan tadi sudah melampau.

"Sayang jangan nangis. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi.." pujuk Tengku Harith Zaqwan. Dia menarik tubuh kecil itu menghadapnya.. lalu memeluk isterinya erat.

"Maafkan abang ya. Abang memang tak patut cakap macam tu.." balas Tengku Harith Zaqwan mengakui kesilapannya. Dia merenggangkan pelukan itu. Wajah Tengku Arissya dipandang, dia menyeka air mata itu perlahan.

"Dah jangan nangis lagi. Bangun sayang.. sini!" Ucapnya sambil menarik tangan itu supaya isterinya betulkan posisi duduknya. Duduk dekat dengannya. Tengku Arissya melentokkan kepalanya di dada sasa milik suaminya. Dia diam tanpa kata.

"Abang marah Arissya sebab tadi abang tengok Arissya keluar dengan lelaki lain, nampak mesra sangat. Bergelak ketawa. Siapa lelaki tu?"

"Faqrul.."

"Faqrul. Siapa dia tu?"

"Kawan baik Arissya. Dia pensyarah kat situ juga. Keluar dengan dia pun bukannya selalu, tadi keluar atas sebab nak bincang pasal aktiviti yang kami bakal adakan di universiti nanti.."

"Owh yeke? Sayang dengan dia tak ada apa-apa kan?" Soal Tengku Harith Zaqwan inginkan kepastian.

"Mana ada apa-apa. Arissya ada abang sorang aje.." balas Tengku Arissya membuatkan Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia sangat menyayangi Tengku Arissya. Cemburu yang hadir itu tandanya sayang. Tapi setiap kata-katanya tadi sudah melampaui batas.. mungkin lepas ini dia perlu lebih berhati-hati mengawal emosinya agar tidak melukai hati seorang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience