Rate

BAB 107

Romance Series 197165

"HAHAHAHA... baru kau tahu siapa aku kan?" Ucap Aakif Aryanz. Dia mengurung Tengku Arissya dalam satu bilik. Tangannya diikat kemas dengan tali ke belakang.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?" Jerit Tengku Arissya marah.

"Wow! Makin marah makin cantik pulalah sayang aku ni Zulfiqar!" Ucap Aakif Aryanz tersengih pada kawannya yang ada di situ juga.

"Cantik macam nilah buat aku geram!" Balas Zulfiqar tertawa besar. Tengku Arissya memejamkan matanya, kata-kata itu sungguh dia ,tidak suka dengar.

"Tak apa, apa yang ada kita boleh kongsi berdua untuk menikmati kecantikan yang ada depan mata kita ni.." balas Aakif Aryanz. Tengku Arissya marah.

"Kenapa kotor sangat mulut kau hah? Tak ada adab ke?"

"Kau fikir kau tu siapa Arissya? Kau ingat aku akan menghormati kau ke?" Balas Aakif Aryanz geram sambil memegang rahang muka Tengku Arissya kasar.

"Sakitlah gila!" Marah Tengku Arissya memberontak.

"Diamlah!!!" Tengking Zulfiqar tiba-tiba dia lempang pipi Tengku Arissya kuat. Ada kesan darah ditepi bibirnya.

"Relax bro! Kita keluar dulu dari bilik ni.." ucap Aakif Aryanz menolak tubuh Zulfiqar keluar dari bilik itu.

"Aku tak boleh sabarlah dengan perempuan macam tu. Benggang betul!" Marah Zulfiqar yang sudah duduk di kerusi.

"Sabarlah bro. Kau kena ingat, dia tu bank kita. Kalau terjadi something kat dia kita yang rugi. Kau tahu tak Arissya kaya giler. Kejap!" Balas Aakif Aryanz. Dia mencapai handbag Tengku Arissya yang sempat dia ambil petang tadi.

"Ni.. kau tengok, tengok!" Sambung Aakif Aryanz yang sudah menabur sejumlah wang di atas meja. Zulfiqar terkedu, bukan main suka dia.. dia mencapai wang yang banyak itu.

"Banyak giler duit perempuan tu, aku tak sangkalah," balas Zulfiqar gembira.

"Haaa.. sebab tulah kau jangan layan dia kasar, sebab dia menguntungkan. Bank kita tu.." balas Aakif Aryanz.

"Okay, aku tak layan dia kasar. Eh, kau dah bagi dia makan ke pagi ni? Beli dia breakfastlah," ucap Zulfiqar tiba-tiba jadi baik.

"Amboi.. tengok duit banyak baik pula dengan Arissya," Aakif Aryanz tergelak.

"Hahaha.. kau ni, eh pergilah beli breakfast kat dia. Aku serius ni, nanti kebulur pula dia tu.."

"Kau keluar beli breakfast, aku jaga Arissya kat sini.." balas Aakif Aryanz.

"Okay, tapi kau kena janji dengan aku.. kau jangan sentuh Arissya. Dia pun milik aku!" Keras Zulfiqar memberi amaran.

"Aku janji dengan kau takkan sentuh Arissya. Aku ni bukan jenis tikam belakang kawan bro!" Balas Aakif Aryanz sambil menepuk bahu Zulfiqar.

"Kalau kau sentuh siap kau, aku tak suka dikhianati. Ingat tu!" Pesan Zulfiqar mengingatkan.

"Okay, don't worry bro!"

"Aku pergi dulu," balas Zulfiqar yang sudah bingkas bangun.

"Bro, ingat kau kena sembunyikan wajah kau tu. Guna sweater, pakai topi. Jangan sampai orang kenal kau," Aakif Aryanz mengingatkan. Zulfiqar mengangguk faham.

"Macam mana ni Abang Darius, apa yang patut kita lakukan?" Soal Tengku Elvia risau.

"Jantan tak guna tu ke yang culik akak?" Sambungnya lagi.

"Kemungkinan ya, tapi abang tak pasti Elvia. Takut andaian ni salah," balas Darius.

"Siapa lagi kalau bukan jantan tu, akak tak ada kenalan lain selain jantan tu.." balas Tengku Elvia sudah hilang sabar.

Rubina Elizaberth segera memujuk, "Sabar Elvia, semuanya akan okay. Kami akan cari Arissya sampai jumpa.."

Tiba-tiba telefon Tengku Elvia berdering, Tengku Emir Danish yang menelefonnya.

"Sayang are you okay?"

"Tak! I tengah sedih ni.. kakak tak jumpa lagi," balas Tengku Elvia. Tengku Emir Danish sudah tahu soal kehilangan Tengku Arissya. Dia telah dimaklumkan awal melalui whatsapp.

"Ya Allah.. macam mana ni ya. You dah cari tempat yang Kak Arissya selalu pergi?"

"Dah Emir, apa yang I jumpa selipar akak dekat bangku yang selalu dia duduk ni.."

"What? So, ni bermakna Kak Arissya memang betullah diculik?"

"I'm not sure, Emir.."

"Dear, you sabar ya.. I yakin semuanya akan okay," balas Tengku Emir Danish.

"You ni asyik cakap dengan I semuanya akan okay aje tapi masalahnya sekarang semuanya tak okay. Kakak I tak jumpa lagi ni.." Marah Tengku Elvia berbaur sebak.

"Yes, I know dear.. tapi kalau you tak tenang, macam mana you nak hadapi semua ni. I kan jauh dari you sayang.."

"Hmmm.. sorry. Kan bagus kalau Abang Harith ada. Dia boleh tolong I cari kakak.."

"You sendiri yang bagitahu I yang Abang Harith dah balik Malaysia, so I pun tak boleh buat apa.."

"Memanglah, I pun tak nak susahkan dia lagi. Dia pun dah macam putus asa dengan akak.." balas Tengku Elvia sedih.

Darius tidak ada pilihan, dia memaklumkan soal kehilangan Tengku Arissya pada Tengku Harith Zaqwan. Walaupun dia tahu mustahil kawan baiknya akan ke Kota Paris lagi, tapi setidaknya mungkin Tengku Harith Zaqwan ada caranya kerana dia sendiri sedang diasak oleh kebuntuan.

"What? Arissya hilang?" Bukan main terkejut Tengku Harith Zaqwan mendengar kenyataan itu.

"Bila lagi Arissya hilang?" Sambungnya.

"Dari semalam. Semasa kehilangan Arissya tu, Elvia ada menumpang kat rumah aku dua tiga malam.."

"Allahu.. dari semalam Arissya hilang baru hari ni kau bagitahu aku? Kawan jenis apa kau ni!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Bro.. tenanglah, aku pun baru dapat tahu pagi ni.. sebab Elvia call kakak dia tak dapat-dapat," jelas Darius.

"Nak tenang macam mana Arissya hilang! Kau sepatutnya bagitahu aku awal.."

"Kalau aku bagitahu kau awal pun kau dah sampai kat Malaysia sekarang ni.. so tak gunalah," balas Darius.

"Kau kat mana ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Kat tempat biasa Arissya datang, berdekatan Menara Eiffel.."

"Kau tunggu situ sampai aku datang. Bye!" Balas Tengku Harith Zaqwan.

'What? Harith ada kat Paris ke? Aduh, bukan dia dah balik Malaysia ke?' Desis hati Darius.

"Abang Darius jomlah kita cari kakak. Takkan nak duduk sini aje," ucap Tengku Elvia yang sudah menapak ke arah Darius.

"Kejap, abang tunggu someone.."

"Who?" Soal Tengku Elvia. Darius hanya membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Setengah jam kemudian.. Tengku Elvia dan Rubina Elizaberth terkedu melihat sekujur tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan dihadapannya.

"Abang Harith?"

"Kita sama-sama cari Tengku Arissya.." ucap Tengku Harith Zaqwan penuh semangat. Tengku Elvia, Darius dan Rubina Elizaberth tersenyum.

Memang Tengku Harith Zaqwan sudah mahu pulang ke Malaysia sebelum ini, tapi dia tak sedap hati. Dia kembali batalkan penerbangannya ke Malaysia untuk kekal setia menjaga Tengku Arissya dan Tengku Elvia di Kota Paris, amanah Datuk Mustaqim takkan dia sia-siakan. Walaupun kali ini dia tak lagi mengharapkan apa-apa daripada Tengku Arissya, setidaknya dia kekal di bumi Paris demi sebuah tanggungjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience