Rate

BAB 18

Romance Series 197233

"Entahlah papa, Harith masih belum berjaya pujuk Arissya. Dia betul-betul marahkan Harith.." Ucap Tengku Harith Zaqwan semasa berhubung dengan bapa mentuanya.

"Arissya langsung tak nak dengar penjelasan Harith ke?" Soal Datuk Mustaqim.

"Tak nak langsung dengar. Arissya asyik larikan diri aje.." balas Tengku Harith Zaqwan buntu.

Datuk Mustaqim menarik nafasnya perlahan sebelum bersuara, "Arissya tu memang degil, dia tak pernah bagi orang lain peluang kedua jika ada yang menyakiti hatinya. Susah nak dipujuk kalau hatinya dah sakit."

Tengku Harith Zaqwan terdiam seketika. Makin rumit nampaknya, namun dia tidak boleh berputus asa. Dia perlu usaha lebih agar hati itu terpujuk.

"Tak apa papa. Harith akan usaha untuk pujuk hati Arissya sampai berjaya, lagipun Harith yang bersalah.."

"Okaylah kalau Harith dah kata macam tu. Papa doakan semoga Harith berjaya pujuk hati Arissya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience