Get the app for full experience
Keakraban Tengku Arissya dengan Aakif Aryanz perlu berjarak, itu menurut Tengku Harith Zaqwan. Hari ini dia akan bersemuka dengan bekas isterinya.
Pada petang itu Tengku Harith Zaqwan mengikut jejak langkah Tengku Arissya qyang sedang menuju ke Menara Eiffel Tower. Kali ini dia lihat bekas isterinya naik ke tingkat atas. Barangkali mungkin dia mahu menikmati pemandangan dari atas. Nasib baik Aakif Aryanz tidak ada bersama Tengku Arissya hari ini, jadi dia lebih mudah untuk menyuarakan rasa hatinya.
Buat masa sekarang Tengku Harith Zaqwan tidak akan menjelmakan dirinya di hadapan Aakif Aryanz. Lelaki itu tidak boleh tahu yang dia merupakan bekas suami Tengku Arissya. Belum tiba masanya lagi.
Tengku Arissya sendirian di situ sedang menikmati keindahan keseluruhan Kota Paris dari tingkat atas. Angin sepoi-sepoi bahasa, selendang yang dipakainya terbuai oleh bayu Kota Cinta pada petang itu. Tengku Harith Zaqwan senyum, dia menapak ke hadapan untuk menyapa kesayangannya.
"Assalamualaikum.. hai, sorang aje ke?" Sapa Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya terkedu, dia sama sekali tidak menyangka yang bekas suaminya ada di situ.
"Wa'alaikumussalam. Buat apa kat sini?"
"Saja datang sini nak tengok Arissya. Lama tak jumpa. Really miss you sayang.." Lembut saja lafaz rindu itu meniti di bibir Tengku Harith Zaqwan.
"Follow saya ke tadi?"
"Taklah, abang datang sini ikut jejak hati. So, jumpalah sayang. Sebab hati ni rindu.." balas Tengku Harith Zaqwan tersenyum pada kesayangannya. Tengku Arissya hanya mencebik.
"Awak tak patut follow saya, apalagi ganggu hidup saya. Eh, tak penat ke kejar saya hah?" Tengku Arissya mula menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap Tengku Harith Zaqwan.
Sepasang mata Tengku Harith Zaqwan memandang jauh ke arah lain dengan pandangan yang kosong, "Abang minta maaf kalau kehadiran abang kat sini menganggu sayang, tapi abang takkan berhenti kejar sayang.."
"For what? Apa lagi yang awak harapkan dari saya? Awak yang buang saya kan?" Marah Tengku Arissya mula mempersoalkan sejarah cinta mereka berdua.
"Harapan abang biarlah Allah saja yang tahu, tapi sumpah sayang demi Allah abang tak pernah buang Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim dalam hidup abang. Abang sayangkan Arissya.."
Tengku Arissya sinis tersenyum, "Sayang? Eh, kalau sayang kenapa menduakan cinta? Semuanya dusta!"
"Abang bukan pendusta cinta! Setia abang cuma milik Arissya. Banyak benda yang sayang takkan faham. Abang perlu ruang dan waktu untuk jelaskan kebenaran. Sayang dengarlah apa yang abang nak cakapkan ni, please.." Ucap Tengku Harith Zaqwan seakan merintih, meminta agar dia diberi peluang untuk bercerita.
"Enough Tengku Harith Zaqwan! Tak perlu jelaskan apa-apa lagi. Semuanya dah musnah, mana boleh cantumkan semula kaca yang telah retak.."
"Sedangkan hati abang yang hancur ni pun abang masih mampu memberi peluang kepadanya untuk bernafas walaupun sakit, kenapa tidak sayang yakin bahawa cinta yang terlerai antara kita mampu bersatu kembali.."
"Harith enoughlah! Penatlah tahu tak.." Marah Tengku Arissya.. tapi kali ini suaranya perlahan seakan menahan rasa sebak di dada.
"Hati tu penat dan tenat sebab sayang tak bagi ruang untuk sembuhkan luka tu. Abang nak isi ruang tu dengan kebahagiaan, kenapa mesti sayang tutup hati tu untuk terus tenggelam dalam kegelapan? Kenapa seksa hati tu dengan derita sayang? Tolonglah dengar abang nak cakap ni.. nak jelaskan semuanya.."
Tengku Arissya tertekan, dia rasa kepalanya terhanyut. Berdenyut. Tubuh kecil itu seakan melayang-layang. Nasib baik Tengku Harith Zaqwan menyambutnya.
"Sayang wake up! Kenapa ni? Ya Allah.." ucap Tengku Harith Zaqwan panik. Dia tidak ada pilihan lain, tubuh kecil itu diangkatnya. Dia perlu turun dari tingkat atas Menara Eiffel Tower.
"Sabarlah sayang. Kali ni abang akan bawa sayang ke klinik. Abang akan minta tolong Uncle Smith.." sambung Tengku Harith Zaqwan sambil berjalan perlahan membawa Tengku Arissya turun dari Menara Eiffel Tower.
Sampai saja di bawah Menara Eiffel Tower, Tengku Harith Zaqwan menelefon Uncle Smith Razak untuk bertanyakan klinik di mana yang dia tahu. Kebetulan, nasib menyebelahi Tengku Harith Zaqwan. Tuan rumah sewanya itu juga mahu ke klinik kerana demam. Segera Uncle Smith Razak ke situ membantu Tengku Harith Zaqwan.