Rate

BAB 140

Romance Series 197165

Datin Falida menuruni anak tangga, sekilas dia melihat anaknya Tengku Emir Danish begitu fokus mengadap skrin laptopnya.

"Sibuk nampak! Takkanlah kat rumah pun sibuk juga kut," perli Datin Falida.

Tengku Emir Danish mendongakkan kepalanya dan hanya tersenyum, "Agak busy juga sekarang ni ma. Handle projek baru.."

"Busy pun janganlah sampai kerja kat ofis bawa balik kat rumah,"

"Emir tak sempat nak siapkan kerja ni tadi," balas Tengku Emir Danish yang masih fokus pada kerjanya.

Namun tidak beberapa lama kemudian, Tengku Emir Danish bertanyakan mamanya.

"Mama ada nak cakap something ke dengan Emir?"

"Mama memang ada benda nak cakap sikit.."

"What?"

"Tunggu Emir siapkan kerja dulu baru mama cakap,"

"Sekarang pun boleh mama, dah nak siap ni. Kejap!"

"Okay, dah siap pun.." sambung Tengku Emir Danish beberapa minit kemudian. Laptopnya segera di tutup lalu mengalihkan pandangannya ke arah Datin Falida.

"Okay, now mama dah boleh cakap.."

"Kita cakap kat luar, dihalaman rumah ya.." ucap Datin Falida yang sudah bingkas bangun, Tengku Emir Danish ikut saja mamanya ke halaman rumah mereka.

Cuaca malam itu boleh tahan sejuk juga, kedengaran bunyi unggas perlahan menghiasi kesunyian malam itu. Datuk Qaid biasalah, masih belum pulang ke rumah kerana terlalu sibuk menguruskan kerjanya.

Datin Falida dan Tengku Emir Danish duduk di bangku, perbualan antara dua beranak itu pun bermula..

"Emir, mama harap apa yang mama cakapkan ni Emir boleh fikir, dengar baik-baik,"

"Seriusnya mama, takut pula rasanya nak dengar apa yang bakal mama bagitahu tu," balas Tengku Emir Danish tersengih.

"Memang mama serius kali ni, mama tak main-main,"

"Okay, mama nak cakap apa?"

"Mama rasa dah tiba masanya Emir dengan Elvia berkahwin," balas Datin Falida. Tengku Emir Danish terkedu.

Kenapa mesti topik perbualan yang satu ini mamanya sebut sekarang? Rasanya ia tidak sesuai bercakap tentang perkahwinan.. lagi pula dia dan Tengku Elvia sangat sibuk menguruskan projek baru. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan itu sangat besar. Fokusnya perlu, tekunnya juga harus teliti dalam projek kali ini.

Buntu dia. Buntu. Tapi apa mampu dia lakukan, terpaksa juga jawapan yang sama dia berikan pada mamanya.

"Mama tahu kan Emir tengah uruskan projek baru bersama Elvia, untuk fokus soal perkahwinan itu mustahil. Bukan masanya untuk bercakap soal ni," tegas Tengku Emir Danish.

"Habis tu bila?"

"Selepas selesai projek ni mama,"

"Lambat lagilah nampaknya mama nak dapat menantu," ucap Datin Falida tersengih sinis.

"Mama please, Emir tak minta lebih pun. Cukup kalau mama boleh faham yang Emir perlu fokus pada projek tu dulu,"

"Kalau ikutkan kerja sampai bila-bila pun Emir takkan kahwin tau!" Marah Datin Falida.

"Mama janganlah risau soal tu. Emir faham, cuma sekarang ni bukan masanya lagi,"

"Dah tu nak tunggu Tengku Delisha buat hal dulu.."

"Buat hal apa ni?"

"Yelah, Emir kan pernah bagitahu mama yang dia ada ganggu Emir. Mama tak nak sebab dia Elvia larikan diri, tak nak kahwin dengan Emir.."

"Mama.. Tengku Delisha dah tak ganggu Emir tau. Dah lama dia tak call or datang ofis. Dan pasal Elvia, dia tak macam tu. Dia setia orangnya,"

"Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula manusia, Emir. Mama takut Emir akan kecewa lagi," luah Datin Falida.

"Mama bercakap seolah-olah tak pernah mengenali siapa Elvia. Kalau dia nak tinggalkan Emir dah lamalah mama.."

"Tapi..."

Tengku Emir Danish pantas memotong, "Berapa kali Emir perlu jelaskan pada mama soal ni. Cukuplah ma.. Emir kenal Elvia dengan baik. Dia perempuan yang tahu menghargai hati dan cinta,"

Datin Falida melepaskan keluhan kecil, ada benarnya apa yang Tengku Emir Danish katakan. Tapi rasa ketakutan itu sering bermain di fikirannya. Dia tidak mahu anaknya kecewa.

"Maafkan mama, Emir. Sekali lagi mama mengulanginya. Mama cuma tak nak anak mama kecewa lagi,"

Tengku Emir Danish senyum, tangan itu dicapai lalu digenggam, "Mama mungkin perlu belajar mengenali Elvia lagi. Emir tahu mama dengan Elvia jarang jumpa dan berbual-bual, tak macam dulu-dulu.. dia selalu datang kat rumah kita ni, bagi semangat kat Emir waktu tengah sakit. Tapi sekarang mama tahu kan dia busy. So, tak punya banyak masa untuk datang sini. Cuma satu yang Emir minta, mama kena yakin dengan anak mama dan bakal menantu mama tu, kami takkan menghampakan mama.."

"So, bila nak kahwin ni?"

"Emir janji lepas dah settle projek baru ni, kami akan bincang soal perkahwinan. Kami akan rancang awal untuk kahwin, boleh mama?"

Kali ini Datin Falida tersenyum, "Baiklah, tapi kali ni kena jadi okay. Tak nak bagi apapun alasan, faham?"

"Faham bos!" Balas Tengku Emir Danish membuatkan Datin Falida tersenyum. Dia sangat berharap anaknya akan menunaikan janji itu tanpa memungkirinya.

Faqrul mencapai telefonnya, dia baru lepas marahkan Dafiya. Geram betul dia! Ibunya sorang tak boleh nak jaga. Pandai-pandailah jaga.. menyusahkan dia pula. Kalau sakit makanlah ubat. Ini tidak, nak dia drive waktu malam begitu. Memang taklah!

Faqrul menelefon Tengku Arissya. Tapi panggilan itu tidak dijawab, sakit pula hatinya. Dia cuba menghubunginya lagi.. tidak juga dijawab. Geram pula dia, handphone ditangannya dihempas ke katilnya.

'Mana pula Arissya pergi ni? Aku call susah betul sekarang nak jawab call!' Desis hati Faqrul marah. Tiba-tiba dia angin satu badan.

Tengku Arissya tergelak, mengusik papanya untuk berkahwin lagi selalu akan mengundang merah dimuka papanya. Malu katanya, sudah tua tidak larat memikul tanggungjawab sebagai suami.

"Papa ni dah tua, tak ada masa nak bercinta,"

"Kalau nak boleh aje," sampuk Tengku Elvia menjerling ke arah papanya.

"Papa cuma sayangkan mama, mana mungkin papa menduakan cinta mama," ucap Datuk Mustaqim..

"Papa, Arissya gurau je. Saja usik papa," balas Tengku Arissya. Rasa bersalah pula dia mengusik papanya begitu.

"Eh, tak apa.. papa tahu. Owh ya, alang-alang anak papa berdua ada kat sini. Papa nak tanya sesuatulah,"

"Dua-dua?" Soal Tengku Elvia.

"Yup, kali ni dua-dua," balas Datuk Mustaqim.

"Wow! Okay, apa yang papa nak tanyakan tu?" Sampuk Tengku Arissya pula.

"Okay, papa tanya soalan ni pada Elvia dulu,"

"Tapi pa, Arissya yang sulung kan.. kenapa papa tanya Elvia dulu?"

"Alaa.. akak diamlah! Papa nak tanya Elvia dulu," balas Tengku Elvia merenggek nadanya membuatkan Tengku Arissya tersengih. Sengaja dia mengusik.

"Okay dah, jangan gaduh lagi. Papa tanya Elvia dulu ya. Kejap lagi papa ajukan soalan pada Arissya pula," sampuk Datuk Mustaqim.

"Okay pa!"

"Actually papa nak tanya pada Elvia, macam mana hubungan Elvia dengan Emir. Everything okay?"

Riak wajah Tengku Elvia berubah, sebenarnya dia baru saja menerima satu mesej daripada Tengku Emir Danish soal Datin Falida bertanyakan tentang perkahwinan mereka.

"Hubungan Elvia dengan Emir alhamdulillah okay aje, cumanya Datin Falida tu.. dia nak kami segera berkahwin pa,"

"Kahwin ajelah,"

"Papa seriuslah," balas Tengku Elvia terkejut.

"Ha'ah, kahwin ajelah.. kan papa dah bagi restu tu," sampuk Tengku Arissya.

"Belum boleh lagi pa, Elvia nak naik pelamin sekali dengan akak,"

"What?"

Kali ini Tengku Elvia tergelak, "Haaa.. baru terkejut.. padan muka akak!"

"Eh, kenapa nak kena tunggu sekali dengan akak pula. Jangan nak memandai okay.."

"Biarlah, jimat sikit kos.."

"Elvia please serius.." Tegas Datuk Mustaqim.

"Salah satu sebabnya memang Elvia nak naik pelamin sekali dengan akak pa,"

"Papa tak setuju. Kalau nak kahwin tak perlu tunggu Arissya, kahwin aje.. lagipun Emir tu dah terlalu lama menanti Elvia,"

"Tapi pa..."

"Nak tunggu Emir dirampas dulu baru nak kahwin?"

Tersentap Tengku Elvia dengan kata-kata papanya.

"Elvia ingat papa tak tahu ke yang Tengku Delisha ada kacau Emir,"

"Dari mana papa tahu?"

"Tak penting untuk tahu soal tu, cuma papa nak Elvia dah boleh fikir soal kahwin sekarang ni,"

"Tak boleh lagi pa,"

"Apa lagi yang tak boleh?" Balas Datuk Mustaqim laju. Serius dia kali ini. Tengku Arissya hanya diam seribu bahasa. Entah apa pula agaknya soalan yang papanya akan ajukan padanya. Terasa kian cuak.

"Sebab projek kami berdua tak settle lagi, nak buat persiapan kahwin lagi mana sempat pa,"

"Okay, papa faham tapi bila dah settle projek tu Elvia terus bincang pasal kahwin dengan Emir,"

"Tak ke rasa awal pa?"

"Jangan bagi alasan lagi pada papa. Lagipun kalau Elvia nak tahu, Datin Falida tu dah bising juga tanya suami dia soal perkahwinan Elvia dan Emir. Papa harap sangat Elvia juga boleh jaga hati bakal mak mentua dan bapa mentua Elvia tu,"

"Hmm.. okay pa faham. Yelah, Elvia akan bincang soal kahwin dengan Emir,"

"Papa tak nak Elvia main-main kali ni ya," tegas Datuk Mustaqim. Tengku Elvia menganggukkan kepalanya perlahan.

"Arissya.."

Kali ini Datuk Mustaqim berpaling pada anak sulungnya.

"Ya papa,"

"Papa nak Arissya jujur, Arissya dah ada seseorang yang istimewa dalam hati tu ke?"

"Maksud papa?" Jelas Tengku Arisya cuba berdalih.

"Jangan buat tak faham, papa yakin Arissya faham pertanyaan papa tu.."

"Belum ada lagi pa,"

"Arissya yakin ke?"

"Kenapa papa tanya macam tu? Papa tak percaya kat Arissya ke?" Soal Tengku Arissya tidak puas hati.

"Bukan tak percaya, cuma papa nakkan kepastian. Lagipun papa tengok Arissya rapat dengan Harith, dan sorang lagi tu,"

"Hah? Sorang lagi? Siapa maksud papa?"

"Faqrul ke pa?" Sampuk Tengku Elvia.

"Ha'ah.. lelaki tu, dia pernah datang juga kat rumah ni dulu. Si Faqrul tu, papa tengok Arissya pun ada juga keluar dengan dia,"

"Kami tak ada apa-apa hubungan istimewa. Cuma kawan biasa pa," balas Tengku Arissya.

"Harith?"

"Juga kawan biasa pa,"

"Okay, tapi kalau suatu hari Arissya dah ada pilihan hati Arissya. Terus bagitahu papa, supaya papa dapat halalkan hubungan Arissya tu dengan lelaki tu," balas Datuk Mustaqim.

"Insya-Allah papa,"

"Siapalah agaknya lelaki bertuah tu kan pa," usik Tengku Elvia. Tengku Arissya menjerling geram ke arah adiknya.

Tengku Harith Zaqwan tengah berfikir, nak ke tidak dia whatsapp Tengku Arissya.

"Eh, dah tengah malam ni. Kalau aku whatsapp dia.. ganggu tak ya?" Ucap Tengku Harith Zaqwan bercakap sendirian.

"Tapi kalau aku tak whatsapp, jadi rindu. Eh tak boleh! Aku kena whatsapp Arissya. Aku kena!" Sambungnya yakin. Dia segera whatsapp Tengku Arissya.

Tengku Arissya yang baru saja mahu melentokkan kepalanya ke bantal tak jadi, dia mencapai telefonnya. Lalu dia buka whatsappnya.

"Hai, Arissya!" - THZ

"Buat apalah dia whatsapp aku tengah malam macam ni, tak tahu nak tidur ke Harith ni. Balas tak ya?" Soal Tengku Arissya pada dirinya sendiri.

"Arissya tengah buat apa tu?" - THZ

Whatsapp dari Tengku Harith Zaqwan masuk lagi.

"Kalau dah dua tiga kali ni whatsapp, aku reply ajelah. Nanti kang menunggu!" Balas Tengku Arissya nakal.

"Hai, Harith. Tak ada buat apa. Dah nak tidur.." - Tengku Arissya

Tengku Harith Zaqwan senyum, Tengku Arissya balas whatsappnya.

"Owh yeke dah nak tidur? Ke buat-buat nak tidur.." - THZ

Whatsapp usikan itu membuatkan Tengku Arissya geram, eh.. ingat dia main-main ke? Mestilah dia nak tidur. Esok ada meeting penting. Dia pula tu yang kena handle menggantikan papanya. So, awal pagi lagi kena ready kat ofis.

"Ingat I main-main ke? Esok I ada meeting penting tau. You tu tak tidur lagi kenapa? Sejak bila jadi burung hantu?" - Tengku Arissya

Tengku Harith Zaqwan tergelak membaca whatsapp Tengku Arissya. Dia tahu tentu gadis itu tengah benggang dengan dia. Sengaja dia usik!

"Meeting? Dah bersedia sepenuhnya ke tu? I jadi burung hantu sejak kenal youlah.. hehe.." - THZ

"Bersedia atau tak itu tanggungjawab I. Eh, libatkan I pula.." - Tengku Arissya

"Okay, I harap you buat yang terbaik esok. Fokus betul-betul, jangan pula rindukan I sampai meeting sendu..
" - THZ

"Owh.. you ingat I ni tak boleh handle meeting esok ke? Dah dua tiga kali tahu I handle meeting, cuma bezanya meeting esok tu lagi penting dari yang sebelum ni.. sebab tu papa punya meeting, I cuma gantikan saja.." - Tengku Arissya

"Taklah, I yakin you boleh handle meeting tu. You kan anak didik I. I ni pula mentor yang berkebolehan Tentulah you dapat laksanakan tanggungjawab tu dengan baik esok.." - THZ

"Riaknyaaaa..."

"Hahahaha.. I gurau sajalah Arissya. Sorry tau.." - THZ

Tengku Arissya geram dengan sikap Tengku Harith Zaqwan. Suka meninggi diri. Dia ingat dia hebat sangatlah tu. Malas layan. Lebih baik tidur saja.

Setengah jam Tengku Harith Zaqwan menunggu tapi tiada respond. Akhirnya dia juga terlelap...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience