Rate

BAB 233

Romance Series 197165

Tengku Arissya sudah keluar dari hospital, seminggu sudah dia menjalani kehidupannya. Dan Tengku Harith Zaqwan masih gigih berlatih bersama coach taekwondonya Khira. Sharleez pula lebih banyak berehat dirumah. Dia tinggal di rumah tuannya, Tengku Harith Zaqwan. Sekali-sekala Adrian Smith akan ke situ untuk melawat kesayangan hatinya...

"Hi sayang!" Sapa Adrian Smith. Sharleez berpaling, dia terkedu.

"Macam mana kau boleh masuk kat sini?"

"Mak Timah buka pintu tadi, so macam mana sayang? Dah sihat sepenuhnya?" Soal Adrian Smith. Sharleez menjerling ke arahnya. Geram. Panggilan itu juga yang dipanggilnya.

"Why dear?"

"Stop itlah Adrian, tak payah nak panggil aku macam tu. Gelilah!"

"Kasar sangat sayang perkataan tu kalau terus ber'aku' dan ber'kau', so now ada baiknya kita ubah panggilan.."

"Aku tak sukalah.."

"Leez kita dah cukup dewasa, umur kita pun semakin meningkat. So, apa kata kita kahwin?" Soal Adrian Smith.

"Kau bercakap soal kahwin dengan aku, dalam keadaan aku macam ni? Kau tak sedar ke masih ada nyawa yang perlu kita lindungi. Jangan main-main dalam tugasan ini, Adrian!" Marah Sharleez.

"Tanggungjawab tu aku tak pernah lupakan.."

"Good! So, jangan cakap pasal kahwin lagi dengan aku..."

"Leez, okay sorry. Sorry kacau kau nak rehat. Aku pergi dulu, jaga diri kau baik-baik.." balas Adrian Smith. Dia segera berlalu pergi dari situ. Dia tidak mahu gadis itu tertekan kerananya.

Sharleez diam membisu, dia bukan sengaja mahu melukai hati lelaki itu.. tapi dia cuma mahu Adrian Smith fokus pada tugasnya. Soal hati dan perasaan akan dia pertimbangkan selepas selesai semuanya.

"Kenapa tu, merajuk ke?" Sapa Hud Mikail yang perasan kehadiran lelaki itu di situ.

"Nothing.."

"Leez, aku tahulah kau pun suka dia.. kau kenapa tolak cinta Adrian tu?"

"Hud, aku cuma tak nak dia main-main dalam tugasan, aku nak dia fokus.. tu aje.."

"Tapi apa salahnya mengaku pada dia yang kau pun suka dia. Dia tu buat kerja lagi bahaya dari kau, kau bayangkan kalau apa-apa jadi pada dia.. kau akan menyesal Leez. Ada baiknya hargai dia.."

"Tapi..."

"Kau fikirlah apa yang aku cakapkan tu sebelum terlambat..." balas Hud Mikail kemudiannya berlalu pergi dari situ, dia mahu menemui tunangnya...

Nasihat Hud Mikail membuatkan Sharleez kembali berfikir. Mungkin betul, dia perlu mengakui tentang perasaannya.

Tengku Arissya jauh termenung, sejak dia keluar dari hospital dia tak lagi menemui Tengku Harith Zaqwan. Agaknya lelaki itu berkecil hati dengannya.

"Jauh termenung akak.." sapa Tengku Elvia yang kini berada dirumah Datuk Mustaqim, dia sudah mengetahui segalanya, mengenai kes cubaan membunuh kakaknya. Dia sangat marah.

"Laa.. buat apa kat sini? Awak tu baru bersalin tau.. tak eloklah jalan sampai ke tingkat atas ni," balas Tengku Arissya.

Tengku Elvia hanya tersenyum, dia menapak ke hadapan. Duduk di balkoni bersama kakak kesayangannya, "Akak fikirkan apa? Akak takut ke?"

"Takut?"

"Takut kalau-kalau orang jahat tu datang kacau lagi.."

"Akak tak takut mati pun. Semua orang akan mati. Akak cuma penat hidup macam ni. Yelah, sejak akak keluar hospital papa berkeras menghalang untuk masuk ofis. Bosan tahu tak asyik kat rumah aje.."

Dia masih ingat pada malam itu bagaimana dia bergaduh dengan papanya.

"But...."

"No! I said noo!!!" Marah Datuk Mustaqim.

"Papa kena faham Arissya. Takkanlah Arissya nak duduk kat rumah twenty four hours, bosanlah papa. Arissya tak suka!"

"Suka atau tak, Arissya tak boleh keluar rumah. Elvia akan tinggal kat sini, so kalau bosan ke apa boleh aje berborak dengan adik kamu tu.." balas Datuk Mustaqim, berlalu pergi dari situ.

"Akak papa buat semua tu untuk kebaikan. Kat luar sana tu bahaya dah untuk akak," balas Tengku Elvia membuatkan lamunan Tengku Arissya hilang entah ke mana.

"Tapi akak..."

"Okay dah-dah, Elvia ada. Elvia boleh temankan akak ya. Baby Eldrian pun ada tau, so akak boleh main dengan dia..."

"Ni semua sebab Harith. Mesti dia berpakat dengan papa tak nak bagi akak masuk ofis.." Tengku Arissya masih tidak berpuas hati. Tengku Elvia melepaskan keluhan kecil.

"Akak ni sikit-sikit nak salahkan Abang Harith. Tak baik tau. Akak tahu tak betapa besarnya rasa cinta dia pada akak. Dia sanggup melakukan apa saja untuk akak.."

"Okay Harith, now!" Tempik Khira melihat Tengku Harith Zaqwan berusaha menggelak daripada terkena hayunan buah kelapa. Khira semakin pantas menghayun buah kelapa dengan tali itu, dia mahu Tengku Harith Zaqwan bijak mengelak.

"Ingat Harith, kalau you tak berjaya elak kepala you akan jadi habuannya!" Ucap Khira lagi yang sudah tersenyum sinis.

"I penatlah Khira!"

"Jangan bagi alasan, I tak suka!" Jerit Khira. Memang dia nampak kejam, tapi itulah saja caranya untuk membuatkan lelaki itu dapat berlawan dengan pihak musuh.

"Aarhhh.." Jerit Tengku Harith Zaqwan, merecik peluhnya. Dia terbaring kepenatan apabila selesai latihannya itu.

"Good Harith!"

"Bangun!"

"What? Apa lagi?"

"Latihan belum selesai, I mahu you panjat dinding tu sampai atas..." Balas Khira.

"You gila ke? Tinggi kut!"

"Belum cuba belum tahu Harith, so now! Wake up!" Ucap Khira. Tengku Harith Zaqwan lelah, dia penat. Perlahan-lahan dia berusaha bangun...

"Okay, now!" Arah Khira.

Tengku Harith Zaqwan ke situ, dia memanjat dinding itu. Berusaha semampu mungkin walaupun badannya sudah penat.

"Lagi naik tinggi!" Jerit Khira.

"I dah tak kuat nak naik atas lagi. Enoughlah Khira! I boleh jatuh ni.."

"Harith fikirkan Arissya! You tentu tak nak Arissya berdepan dengan mara bahaya kan? So, now teruskan.. jangan mengalah! Yakin you boleh panjat sampai atas.."

Tengku Harith Zaqwan teruskan usahanya memanjat dinding itu, sikit saja lagi dia akan sampai ke puncak. Akhirnya dia berjaya sampai ke atas.

"Yeayy.. I berjaya Khira. I berjaya! I'm so happy!" Jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Jangan happy sangat. You tahu ke cara nak turun balik?" Balas Khira yang sudah tersengih sinis.

"Tali mana?"

"You fikir sendiri. Guna otak yang bijak. Bye!" Balas Khira yang sudah ingin berlalu pergi dari situ.

"Ciss tak guna! You ni benar-benar dah gila agaknya.." jerit Tengku Harith Zaqwan. Kesal dia dengan sikap coachnya.

Khira diam seribu bahasa, dia langsung tidak menoleh pada Tengku Harith Zaqwan. Namun dalam hatinya dia berkata, 'Really sorry, Harith. I buat semua ni supaya you dapat melindungi orang yang you cinta. I tak nak you tersilap langkah, jika tidak buruk padahnya!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience