Rate

BAB 71

Romance Series 197233

"Abang tahu semuanya pasal tu. Sekarang ni Arissya memang semakin rapat dengan Aryanz," ucap Tengku Harith Zaqwan. Tergamam Tengku Elvia mendengarnya.

"Aryanz tu memang berasal dari Malaysia. Dia tinggal kat sini dengan dua orang kawan dia, Darius dan Zulfiqar," ucap Tengku Harith Zaqwan lagi.

"Elvia nak tahu semuanya pasal lelaki tu. Macam mana abang tahu pasal lelaki tu? Abang kenal dengan dia ke?" Soal Tengku Elvia hairan.

"Pada mulanya abang tak pernah kenal siapa lelaki tu. Tapi suatu hari masa abang nak jumpa kakak Elvia, nak buat suprise, belum sempat abang sapa Arissya, ada sorang lelaki menyapa Arissya dulu. Bukan main mesra mereka berdua. Hancur luluh hati abang. Abang nak pergi jauh dari situ, tapi bila fikir balik.. abang ubah fikiran. Abang ikut kakak Elvia dengan lelaki tu," Tengku Harith Zaqwan memulakan cerita.

"Owh.. macam tu rupanya. Lepas tu apa jadi?"

"Dia orang pergi ke Menara Eiffel, tingkat atas. Dulu abang pernah punya impian nak ke situ dengan Arissya, tapi tak sangka lelaki lain yang bawa dia dulu ke situ. Tapi tak apalah. Hmm.. abang tetap follow dia orang. Tak ada apapun hal buruk yang terjadi. Cuma waktu tu hati abang tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki tu.."

"Pagi tu.. kat tempat kerja abang. Lelaki yang semalam abang tengok ada kat situ. Masa tu abang yang ambil pesanan, so dari situlah abang kenal dia secara tak sengaja bila dia tegur abang.. lagipun dia tahu abang dari Malaysia. Dari situlah juga abang tahu siapa dia yang sebenarnya bila abang cuba mendekati dia demi Tengku Arissya," sambungnya. Tengku Harith Zaqwan terus bercerita sampailah tamat ceritanya mengenai Aakif Aryanz.

"Ya Allah.. Masya-Allah. Patutlah hati ni rasa tak best. Rupanya apa yang Elvia rasakan ni betul," balas Tengku Elvia.

"Apa yang perlu kita buat Abang Harith?" Soalnya lagi risau.

"Elvia jangan risau. Abang ada kat sini. Abang janji akan jaga kakak Elvia baik-baik," ucap Tengku Harith Zaqwan penuh dengan keyakinan.

"Tapi mesti benda ni kena ada jalan penyelesaiannya!" Nada Tengku Elvia tinggi kali ini.

Tengku Harith Zaqwan faham perasaan Tengku Elvia itu yang kian celaru.

"Elvia calm down. Semuanya akan okay, abang janji!"

"Janji saja tak cukup! Elvia risaukan kakak, nak lagi bila tahu pasal lelaki tu. Dahlah Elvia jauh dari kakak," balas Tengku Elvia masih tinggi nada suaranya. Sukar juga untuk membuatnya faham. Naik pening kepala Tengku Harith Zaqwan.

"Abang faham kerisauan Elvia tu, tapi kalau Elvia bersikap macam ni.. macam mana kita nak atasi masalah ni. So, please calm down.. pleasee..." mohon Tengku Harith Zaqwan. Kali ini Tengku Elvia cuba bertenang. Dia menarik nafas panjang, kemudian menghembuskannya perlahan-lahan.

"Okay, sorry abang. Baik, Elvia akan cuba bertenang. Tapi Abang Harith kena tolong kakak. Jangan biarkan akak keluar dengan lelaki tu. Bahayalah abang.."

"It's okay abang selalu pantau Arissya. Buat masa sekarang ni semuanya masih teratur perancangan abang.."

"Bila Abang Harith nak bersemuka dengan Aryanz tu?"

"Abang takkan bersemuka dengan dia. Biar takdir yang menemukan abang dengan dia depan Arissya. Waktu tu kita lihat apa yang bakal terjadi. Semuanya abang dah rancang," balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"But the risks remain!"

"Yup, tentu ada risikonya. Tapi apa boleh buat lagi.. semuanya terpulang pada kakak Elvia untuk percayakan abang atau tidak.."

"Abang tak boleh putus asa. Abang kena tolong kakak!"

"Insya-Allah Elvia. Abang akan lindungi Arissya sampai hujung nyawa abang," ikrar Tengku Harith Zaqwan.

"Abang jagalah kakak baik-baik. Lepas dah settle bahagian projek Elvia kat sini, Elvia akan ke sana segera tanpa menunggu lama lagi," maklum Tengku Elvia awal mengenai kedatangan ke sana nanti.

"Tapi takkanlah Elvia nak tinggalkan papa sorang-sorang?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Pak Cik Asmawi akan jaga papa semasa ketiadaan Elvia nanti," balas Tengku Elvia serius kali ini.

"Owh, kalau begitu tak apalah. Abang akan tunggu Elvia datang sini.."

"Okay abang! Tak apalah, nanti kita sembang lagi. Thank's bagitahu semua ni.."

"Most welcome. Owh ya.. pasal benda ni kalau boleh rahsiakan dulu," pinta Tengku Harith Zaqwan.

"Baik abang Elvia akan rahsiakan dari papa," balas Tengku Elvia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience