Rate

BAB 161

Romance Series 197233

"Abang Harith tengah kerja ni, Nia. Ada apa ya?" Soal Tengku Harith Zaqwan sambil mengadap laptopnya.

"Hmm.. abang tahu tak, Nia dah ada kat Kuala Lumpur,"

"Hah?" Bukan main terkejut Tengku Harith Zaqwan.

"Bila sampai sini?"

"Semalam, sekarang ni Nia tinggal kat rumah Uyu,"

"Uyu?"

"Yup, diakan kawan Nia. Dia memang tinggal kat Kuala Lumpur ni, yang lain semua kat Kedah. Abang Harith tak ingat ke? Kan Nia pernah kenalkan dengan abang semua kawan Nia," balas Dania.

"Owh ya, abang ingat. Ingat,"

"Abang boleh tak kalau abang free, bawa Nia jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni?"

"Err.. hmm.. boleh, tapi sekarang abang busy dengan kerja," balas Tengku Harith Zaqwan memberi alasan.

"It's okay, next time,"

"Alright, abang ada kerja sikit nak buat ni,"

"Okay, apa-apa contact Nia ya," balas Dania gembira. Dia akan cuba merebut hati lelaki itu, lagipun dia sudah jatuh hati dengan Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan kecil, dia bingkas bangun dan menghadap bangunan-bangunan yang gah melalui cermin bilik ofisnya.

Nampaknya semakin sulit perancangannya. Waktu begini Dania pula datang ke Kuala Lumpur. Bagaimana kalau dia juga berada dalam bahaya. Sepatutnya gadis itu tidak ke sini menemuinya. Tapi apakan daya Dania tidak mengetahui apa-apa. Inilah satu cabaran yang perlu dia tempuhi.

Ketukan pintu dari luar bilik ofis kedengaran.

"Masuk!"

Terjengul wajah Hud Mikail, "Harith, tak lunch lagi ke?"

"Tak, kau nak ajak aku lunch ke?"

"Ha'ah jomlah," balas Hud Mikail.

Semasa menikmati makan tengah hari, Hud Mikail perasan abang sepupunya seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Harith kenapa kau diam aje ni? Kau ada masalah ke?"

"Dania call tadi, dia dah ada kat Kuala Lumpur,"

"Kenapa dia datang sini?"

"Sebab nak jumpa akulah kut, aduh penatlah macam ni,"

"Laaa.. penat kenapa?"

"Kalau boleh buat masa sekarang ni aku tak nak ada sebarang gangguan,"

"Kenapa pula?"

"Takut mengundang bahaya pada Dania jika dia mendekati aku,"

Hud Mikail mengangguk faham, "Macam nilah kau berterus-terang dengan dia,"

"Berterus-terang pasal apa?"

"Kau bagitahu siapa kau dengan Tengku Arissya,"

"Kau dah gila ke? Kau nak dia bagitahu Tengku Arissya pasal aku ni sebenarnya tak amnesia.."

"Habis tu nak buat macam mana lagi?"

"Sebenarnya aku pun tak pasti dengan perasaan dia tu kat aku. Aku takut kalau anggapan aku tu salah,"

"Itu yang susahnya,"

"Aku buntu ni, Hud. Apa perlu aku lakukan?"

Hud Mikail diam seketika seakan berfikir, Tengku Harith Zaqwan juga sama. Akhirnya dia yang terlebih dulu dapat idea.

"Jap! Aku ada idea. Aku boleh minta mana-mana perempuan jadi teman wanita aku,"

"Berlakon?"

"Yup!"

"Idea yang bagus!"

"So, kau nak cari perempuan mana ni?"

"Sharleez,"

"Sharleez? Siapa tu?"

"Dia seorang perempuan yang hebat. Dia pandai berlakon dan sangat bijak," puji Tengku Harith Zaqwan yang tahu kebolehan Sharleez.

Hud Mikail tersengih, "Wow! Kau jarang puji perempuan, ni lain macam aje aku dengar. Kau dengan dia...."

"Cinta aku untuk Tengku Arissya. Suatu hari kau akan kenal siapa Sharleez tu," balas Tengku Harith Zaqwan serius pantas memotong kata-kata Hud Mikail.

"Okay, tak sabar aku nak kenal perempuan tu,"

"So, bila kau nak mulakan rancangan ni?" Sambung Hud Mikail.

"Nia minta aku bawa dia jalan-jalan, so aku akan tunaikan kemahuan dia tu dulu sebab aku tak tahu bila Sharleez ada masa terluang. Dia sedang berkerja,"

"Owh.. dia kerja apa?"

"Yang tu aku tak boleh bagitahu kau.."

"Itu pun nak berahsia kau ni, okaylah tak apa aku faham. Aku harap masalah kau ni cepat settle," balas Hud Mikail.

"Insya-Allah Hud, aku pun mengharapkan hal yang sama,"

Tengku Arissya membuka whatsapp miliknya yang baru masuk. Tertera nama Dania.

'Dania? Dia ada kat Kuala Lumpur. Buat apa kat sini?' Desis hati Tengku Arissya.

Dia segera membalas whatsapp itu bertanyakan lebih mengenai kedatangan Dania ke Kuala Lumpur. Namun Dania hanya mengatakan dia sekadar bercuti di Kuala Lumpur dan tinggal bersama Uyu, kawan baiknya.

"Arissya!" Panggil Datuk Mustaqim yang tiba-tiba masuk ke bilik ofis anaknya itu.

"Papa, ada apa ni? Cemas semacam aje.."

"Projek kita ada problem sikit, so now jom ikut papa ke site,"

"Alright," balas Tengku Arissya segera bingkas bangun mengikuti papanya ke tapak projek.

Setelah selesai kerja, jam sembilan malam Tengku Arissya pulang ke rumahnya. Papanya masih tidak pulang disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan. Ia berkait dengan masalah ditapak projek pada petang tadi.

"Arissya, baru pulang. Banyak kerja ke kat ofis?" Soal Rokiah.

Sebelum menjawab pertanyaan itu, Tengku Arissya duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Dia tidak tergesa-gesa kerana sudah solat maghrib. Cuma isyak belum lagi.

"Kerja tu memang banyak Kak Kiah, tapi yang memeningkan kepalanya sebab ada masalah dekat tapak projek petang tadi,"

"Owh yeke? Teruk ke masalah tu?" Soal Rokiah.

"Masalah ni tak begitu matang, sebab Raqif punya kerjalah ni,"

"Raqif? Siapa Raqif tu?" Tengku Arissya mula bercerita apa yang pernah terjadi sebelum ini.

"Owh jadi sebab Tengku Harith tu malukan dia, itu yang dia buat hal mengadu kat bapa dia pasal projek tu,"

"Ya, Kak Kiah. Nampak sangat lelaki tu tak matang. Hal peribadi pun dia campuradukkan.. padahal dia yang salah. Eeeii geram betul! Kesian papa, papa terpaksa jumpa dengan bapa dia tu," marah Tengku Arissya.

"Lelaki macam ni kan tak boleh dibuat suami," tambah Kak Kiah.

"Memang taklah. Arissya tak suka lelaki kaki perempuan ni," balas Tengku Arissya meluahkan rasa geramnya terhadap Raqif.

"Tak apalah, Kak Kiah doakan semoga urusan Datuk Mustaqim dan Arissya dipermudahkan,"

"Aamiin.. insya-Allah,"

"Owh ya lupa Kak Kiah nak tanya, dah dinner tak ni? Kalau tak Kak Kiah sediakan hidangan makan malam,"

"Arissya dah dinner dengan papa sebelum balik tadi," balas Tengku Arissya.

"Kalau macam tu tak apalah, Kak Kiah ke bilik dulu ya," ucap Rokiah segera ke bilik.

Sampai saja dibilik dia segera mencapai handphonenya lalu whatsapp pada tuannya Tengku Harith Zaqwan. Kalau dia nak call takut jika perbualan dia di dengari Tengku Arissya, lagipun majikannya itu ada ditingkat bawah.

Tengku Harith Zaqwan membalas whatsapp itu, dia mahu menemui Rokiah. Dia meminta supaya Rokiah mendapatkan cuti selama dua hari, dengan alasan mahu pulang ke kampung kerana ada urusan penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience