Rate

BAB 222

Romance Series 197165

Tengku Arissya sudah bersiap awal. Dia akan masuk ke ofis hari ini. Jika bukan kerana adiknya, sudah pasti dia tidak dapat masuk ofis lagi.

"Morning!" Sapa stafnya ramah.

"Morning!"

"Morningg.." sambungnya berderetan.

Tengku Arissya memang cantik orangnya. Tidak dinafikan, wajahnya bersih. Berkulit putih kemerah-merahan. Andai dia tersenyum, bunga yang layu pun mekar. Kumbang dijalanan pun tertegun. Terpukau. Sangat-sangat indah.

Sepadan dengan Tengku Harith Zaqwan, seorang lelaki yang gagah perkasa. Berdada bidang, mempunyai kumis dibahagian sebelah kanan dan kirinya, tapi sangat tersusun rapi. Rambutnya hitam pekat. Hidungnya mancung.

"So, now bagitahu I rutin hari ini.." ucap Tengku Arissya pada setiausahanya.

"Hari ni Miss Arissya ada appoinment dengan Encik Firdaus, lepas tu ada meeting dengan Syarikat Megah Holding.."

"Okay, lagi?"

"That's all.."

"Alright, thanks.."

Tengku Arissya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Selesai urusannya, dia menapak perlahan mahu menikmati makan tengah hari di salah sebuah restoran.

Baru saja dia mahu melintas jalan tiba-tiba sebuah kereta hampir melanggarnya. Nasib baik ada seseorang menarik pergelangan tangannya kasar. Tengku Arissya terdorong ke depan, terpeluk insan itu.

Dada Tengku Arissya berombak, dia benar-benar takut. Dia tidak peduli, dia memeluk erat insan yang telah menyelamatkannya itu. Dia ketakutan. Debar dijantungnya sekencang angin taufan.

"Arissya jangan takut.." ucap satu suara. Tengku Arissya terkedu. Segera dia melepaskan pelukan itu.

"You?"

"Yup, I yang tarik tangan you kuat tadi. Sorry kalau you sakit. I terpaksa sebab kereta tu nak langgar you.."

"It's okay. Thank's Harith.."

Tengku Arissya masih mengiggil tangannya. Tengku Harith Zaqwan dapat melihatnya jelas.

"Arissya I tahu you takut, tapi semuanya dah selamat.."

"I tak sangka ada orang akan langgar I.."

"You jangan risau, I akan cari tahu siapa orangnya. I akan cari dia sampai ke lubang cacing," balas Tengku Harith Zaqwan bengis.

"Bodoh!" Satu tamparan hinggap di muka Sichai.

"Buat kerja selalu gagal. Kau faham tak aku nak perempuan tu mati. Mati!" Tengking Tengku Qistina. Dia telah mengarahkan Sichai melanggar Tengku Arissya. Nampaknya orang-orang upahannya sudah sampai ke Malaysia untuk menjalankan tugasan baru mereka.

"Aku dah hampir langgar dia bos, tapi ada orang tarik tangan dia. Selamatkan dia.."

"Siapa?"

"Aku tak perasan, tapi lelaki orangnya.."

"Hisyh tak guna betul!" Marah Tengku Qistina.

"Kau jangan risau bos, aku akan bunuh dia.."

"Nanti dulu! Biar dulu, aku nak kau buat kerja lain.."

"Okay bos!"

"You makanlah," ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia menemani Tengku Arissya lunch.

"You tak makan ke?" Soal Tengku Arissya.

"Tak apa, I tak ada selera nak makan. You makanlah. Kejap lagi nak balik ofis I follow you dari belakang.."

"Tapi you pun tengah kerja kan. Tak apalah, I boleh drive sendiri ke ofis tanpa you follow.."

"Tak apa Arissya. You dalam bahaya. I kena jaga keselamatan you.." balas Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya terharu.

"I okay aje.."

"You rasa siapa yang nak langgar you?" Soal Tengku Harith Zaqwan sekadar bertanya.

"I rasa Qistina upah orang untuk bunuh I.."

Tengku Harith Zaqwan juga merasakan hal yang sama, "Kalau betul dia I takkan lepaskan dia. I akan pastikan dia menerima hukuman di atas kezalimannya.."

"I tak sangka dia marah I sampai macam tu sekali. I tahu dia nak you, Harith. Dia ingat kita ada apa-apa. Dia marah pasal yang hari tu," balas Tengku Arissya yang mula faham segalanya.

"I tak inginlah perempuan iblis tu!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Tapi dia memang nak you dari dulu lagi.."

"So now you dah percaya yang I dengan dia dulu tak ada apa-apa? I diperangkap Arissya. Dia dalang disebalik semua tu.."

"I percaya you.."

"Tapi sayang kan, baru sekarang you percayakan I. Kenapa tidak dari dulu.." ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia nampak sedih. Buat masa sekarang dia tak ada apa-apa lagi perasaan pada Tengku Arissya. Hatinya hambar.

"I tahu itu kesilapan I yang paling besar. Really sorry, Harith.."

"Tak apalah, cuma I nak you berwaspada. Perempuan gila tu boleh buat apa saja pada you.."

"Satu perkara I nak you tahu, I akan tolong you untuk perangkap Tengku Qistina. I tak kisah jika nyawa I menjadi taruhannya. I sudah bersiap sedia.."

"Noo Arissya. Noo!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Why Harith?"

"You perempuan, biar I aje yang settlekan semua ni.."

"Tapi bahaya Harith!"

"Biarlah nyawa I yang terkorban sekalipun, lagipun I dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Mama I tinggalkan I. I sendirian. Sepinya terasa dunia I selama ni.."

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan buat Tengku Arissya menitiskan air matanya. Dia menolak pinggan makanannya.

"Arissya why?"

"You buat I sedih. I... I.." Tengku Arissya tak dapat berkata-kata. Dia menangis lagi. Tengku Harith Zaqwan menghulurkan tuala kecil sampul tangan miliknya.

"Arissya jangan menangis. Semuanya dah I lalui, tak apalah. Mungkin ni takdir hidup I. I okay insya-Allah I okay.." balas Tengku Harith Zaqwan.

Selesai mereka makan di restoran itu, Tengku Harith Zaqwan follow Tengku Arissya pulang ke ofis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience